Tuesday, October 16, 2012

Sesungguhnya kehidupan kita semakin hari semakin singkat. Tiba masa, kita akan pergi buat selama-lamanya. Niat dihati tak nak menggalas dosa ke sana. Hamba takut jika ada dosa yang tidak terampunkan. Jika kita terpaksa berdepan dan bertemu dalam perbicaan kerana kesilapan dan dosa2 di dunia ini. Dengan setulusnya...dosa-dosa anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, dan kekawan, hamba maafkan. tak kira kecil atau besar.....dan hamba juga memohon kemaafan daripada anda, atau sesiapa sahaja yang hamba pernah berdosa, baik secara jelas atau sembunyi2.....ingatlah Tuhan Maha Pengasih dan Pengampun.....marilah kita jadikan ini iktibar dan pedoman. Marilah kita berlapang dada....saling maaf memaafkan sesama kita. Baik diselesaikan segala urusan ini di atas dunia ini sebelum terlewat. Jika tidak....apakah kita sanggup menghadapi situasi sukar diakhirat kelak...dan akhirnya merugikan kita juga. Wallahhua"lam..

No comments:

Post a Comment