Nostalgia 30
Alhamdulillah hujan yg tadinya lebat dah kembali reda. Cuaca masih redup. Suhu pulak sesedap rasa. Dlm keadaan mcm ni..Teringin pulak Kaknum nak sambung cerita. Jangan jemu baca ye kekawan..
________________________________________
Semacam bermimpi. Sebelum balik ke kampong aku sempatlah pinjam dua pasang baju pengantin drpd kawan sebilik. Entah kenapa aku pinjam baju tu aku pun tak pasti. Sedangkan aku hanya balik nak bertunang je..
Kebetulan kawan sebilikku baharu je kahwin. Tak silap aku dia orang Kedah. Teringin bertemu dia namun kami lost contact dah...lama dah..selepas akad nikah..dia masih tinggal bersama kami sementara dapat bersama dgn suaminya...so aku bawa balik baju pengantin tu bersama ke kampong..sepasang berwarna kuning muda sepasang berwarna biru..
Di kampong..aku membuat persiapan ala kadar je. Maklumlah aku baru kerja dan wang simpanan utk beli itu dan ini belum cukup. Aku pun tak minta apa-apa yg pelik-pelik drpd emak dan ayah. Pertama kerana aku tahu kemampuan mereka. Ke dua aku malu.. aku segan dgn emak dan ayah.
Tiba-tiba ayah cakap..tak payah bertunang lah. Kawin terus. Wow!! Itu yg ayah cakap. Macam mimpi kan!!Kebetulan Rahman sudah pun tiba dan sudah bertemu ayah dan emak. Kata-kata ayah tu bagaikan satu kejutan buat kami. Aku tak kesah. Namun semuanya kami serahkan kpd ayah untuk uruskan. Ini temasuk persiapan mengisi borang dan sebagainya..
Dlm hati aku berkata..kahwin terus lagi baik. Haha.!!Sbb kami tinggal jauh di KL. Keluarga Rahman pun dok jauh kat Johor. Lagi pun kerja macam aku ni bukan boleh cuti sesuka hati...haha itu yg aku fikir..
Rahman berasal dari Johor. Dia dari keluarga yg biasa-biasa je. Sbb tu dia tak janjikan rombongan yg ramai ke rumah kami..
Ayah ke hulu ke hilir dgn motosikalnya bertemu tok imam dan orang-orang kampong. Ayah bertemu tok imam untuk uruskan majlis akad nikah. Orang-orang kampong pula ayah jemput untuk majlis tahlil pada malamnya.
Kami tidak membuat kenduri besar. Cuma emak dan ayah berpakat untuk menjamu jiran-jiran dan orang-orang kampong serta keluarga dlm majlis kesyukuran kecil-kecilan selepas tahlil pada sebelah malamnya.
Tukang masak pula emak jemput jiran tetangga datang menolong. Ramai yg datang tlg.Wak Timah..Wak Mek Jah..Tok Aji Daud..dll. Walau pun kecil-kecilan..namun aku rasa ianya cukup meriah..
Aku lihat ayah paling sibuk. Begitu juga emak. Aku pula agak tenang. Tak ada apa yg aku risaukan. Aku tak risaukan pakaian pengantin. Aku tak risaukan make up. Aku tak risaukan bilik pengantin..pelamin dan sebagainya...jauh sekali memikirkan cenderahati. Apatah lagi untuk aku mengimpikan bilik pengantin yg indah-indah bagaikan atas kayangan..
Apa yg ada itulah yg aku gunakan. Aku fikirkan sederhana. Amat-amat sederhana. Biarlah apa yg orang akan katakan. Yg penting aku selesa. Yg pentng kami bahagia.Yg penting akad yg sah dan kami tidak terbeban.
Tidak bersolek tebal..hanya sekadarnya. Seingat aku majlis akad di selesaikan di masjid. Selain pengantin lelaki..keluarga pihak lelaki termasuk ayahnya abang ipar dan keluarga ku turut menyaksikan majlis yg bersejarah dlm hidup ku.
Tahu-tahu aku dah pun bergelar isteri. Sebaik pulang dari masjid.. Rahman ke bilik untuk menyarungkan cincin di jari manisku.. Itu je..
Cukup sederhana. Cukup mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami pada ketika itu..kini aku sudah pun bergelar seorang isteri. Dlm hati ku..hanya Allah yg Maha Mengetahui..betapa aku gembira dan bersyukur di saat itu..
Dah dewasa rupanya aku kini. Aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yg hanya berjalan kaki ke sekolah. Aku bukan lagi remaja yg dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah kerana perpisahan terpaksa..
Terlintas zaman aku ketika kecil. Zaman aku belajar di sekolah dlm tingkatan. Saat kenakalanku..Ketika aku pelajar ITM ketika mengemis mencari kerja..ketika aku bekerja sementara dan sebagainya. Kini aku sudah beroleh kerja tetap dan kemudiannya berkahwin..
Aku mengharapkan aku bahagia sepertimana orang lain juga..malam itu orang kampong datang untuk majlis tahlil. Riuh di rumah dengan gelak tawa.. Emak ayah nenek dan adik-adik sibuk melayan tetamu...mereka kelihatan cukup gembira...dan majlis itu berakhir lewat malam dan masing-masing kami sudah kepenatan..
Keesukkannya..seperti biasalah jika lepas kenduri. Peralatan memasak pinggan mangkuk masih ada yg belum beres. Pagi-pagi Cik Ora sepupuku datang. Cik Ora yg tertelan duit syiling 20 sen dlm tekaknya ketika mandi manda dlm tali air dekat rumahku. Cik Ora tidak berat tangan. Dia sepantasnya berusaha membersih peralatan dapor dengan seikhlas hati..
Cik Ora baik orangnya. Dia adik Alwi yg tak berpeluang ke U walau pun tamat tgtan 6 swasta. Untuk mengisi masa Cik Ora menulis dan nukilannya ada yg tersiar dlm corong radio tempatan. Aku sebenarnya amat lega apabila Cik Ora datang membantu. Begitulah adat kami di kampong. Tolong menolong dan bantu membantu itu sudah menjadi kebiasaan. Kami dgn orang-orang kampong bagaikan aur dengan tebing..
Selang beberapa hari...kami terpaksa kembali ke KL untuk meneruskan tanggung jawab bekerja. Emak dan nenek begitu sedih untuk berpisah dgn ku. Ayah pun demikian. Namun apa daya. Aku bekerja nun jauh di ibu negara. Walau pun belum puas bertemu dan bermesra dgn emak ayah nenek dan adik-adik..namun aku terpaksa pergi..
Dengan menaiki bas..kami berangkat ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu. Aku dan suami. Apakah akhirnya aku berjaya melayari hidup yg penuh pancaroba ni..
Jika nak tahu...tunggu ye...
____________________________________
Itu je nukilan Kaknum dlm episod 30 ni. Maaf jika ia agak membosankan. Maaf jika fakta dan bahasa yg kurang tepat dan teratur..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment