Nostalgia 28
Jika kita pilih berniaga dan kerja sendiri...teruskan lah perjuangan tu. Jgn sesekali mengalah. Selesaikan masaalah... tempuhi cabaran mendatang. Buat persiapan untuk bersaing. Jgn cepat give up. Berdoa dan tawakkal. Pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca yer..
_______________________________________________
Berat hati untuk melangkah ke Bahagian Berita dan Ehwal Semasa TV. Walau pun jarak antara TV dan Radio tak jauh..namun aku masih takut dan bimbang. Aku takut mcm mana keadaan ku di sana. Namun arahan Encik Saleh Pateh Akhir mesti ku akur. Dia bos dan calang-calang orang pulak tu..
Mahu tak mahu aku gagahkan hati. Aku kuatkan semangat. Ku kumpul segala kudrat. Aku pun ke BES TV untuk melapor diri dan bertugas. Aku melapor di Pejabat Hj Zahari Saad selaku Pengawal BES pada masa itu.
BES TV pada ketika tu suatu unit yg dilihat penting sekali. Di situ merupakan pusat berita. Dari peringkat Menteri..Raja-Raja sehinggalah ke peringkat akar umbi. Semuanya termasuk dlm sumber berita. Adakalanya mendapat arahan khas utk membuat liputan..BES juga merupakan lokasi panas. Jika tersalah lapor akan jadi riuh se negara.
Dulu Stesen RTM berdiri dgn gah sekali. Kurang persaingan. TV3 masih baru. Namun rata-rata masyarakat lebih percaya berita yg keluar daripada agensi Kerajaan..itu aku agak-agak je laa. Haha!!
Di bawah Unit BES ada juga sekumpulan petugas yg bertanggung jawab menerbitkan bahan-bahan berita mingguan dlm bentuk majallah. Ia diketuai oleh En Yahya Sulaiman.. Ada juga Unit Ehwal Semasa yg bertanggung jawab menerbitkan liputan siaran langsung majlis-majlis yg dianggap penting dan bersejarah.
Aku di tempatkan di Unit BES untuk menjadi wartawan TV. Belum ada pendedahan dgn TV. Aku terpaksa belajar dlm pelbagai peringkat. Menulis berita..melapor..suntingan..membaca dan sebagainya.
Namun..subjek Skript Writing yg aku belajar di ITM sebelum ni banyak membantu. Menerusi Pensyarah Puan Sujiah Salleh..aku belajar mengenai shot shot TV. Yg aku masih ingat..close up..medium shot..tracking shot. Over the shoulder shot dan mcm-mcm lagi.
Malah aku dah pun menghasilkan sebuah skrip drama TV siap dgn skrip pengarahannya sekali. Dan aku lulus dgn baik. Alhamdulillah...segalanya banyak membantu ku ketika di tempat baru ni..
Di sini aku kenal Khairuddin Che Long..Harjit Sing Hullon Mary Ann Masilamani..Salasiah Zakaria..Hashim Embi dll nama yg masyhur. Khairuddin adalah Ketua Pemberita yg tugasnya menentukan tugasan wartawan setiap hari.
Adnan Ghailan..Fakrulrazi..Azizah Sulaiman..Shamshuddin..Normah Khalid dll..itu kawan setugas. Manakala editor pula Mohd Mat Hussin..Ismail..Mohd Nor..Shah Bahrom..Zulkifli Munah Madar..Yah Mat Zain...semuanya aku mula kenal..termasuklah Ismail Mustapha..orang kuat berita yg sentiasa dgn hisap paipnya.
Walau pun masih baharu di TV..namun aku tak terkecuali. Biasanya sesuatu liputan..kami keluar dgn seorang jurukamera..seorang juru bunyi dan seorang pemandu. So kerjaku lebih mudah dan tidak terkial-kial keseorangan.
Err..awak nak suruh saya ambik shot mcm mana. Masih ku ingat juru kamera Omar Salleh bertanya ku bila kami membuat liputan di satu majlis perasmian di Ibu Kota. Aku jangka Omar tahu aku budak baru dan cara dia tanya tu utk menguji kemampuanku ketika membuat kerja...haha!!
Aku jawab dgn selamba. You rakamla shot yg biasa you ambik ye. Haha tu jawapan ku yg selamat. Sebenarnya dlm hati aku berkata.tak kan la liputan biasa nk shot yg pelik-pelik kot!..atau dia memang menunggu arahan penerbit. Aku pun sememangnya masih blurr lagi tentang proses kerja di TV..
Begitu lah hari-hari yg ku lalui. Makin lama makin timbul rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila kita ada ramai kawan. Semua peringkat. Jurukamera..juruteknik..penyunting visual..juru bunyi..editor..ketua pemberita.. pemandu..semuanya kerja dlm satu pasukan. Semuanya baik-baik dan mesra.
Aku ingat ketika bulan puasa. Kami ramai-ramai share beli juadah berbuka di gerai dan sama,-sama menikmatinya ketika berbuka. Tukang beli juadah tu ialah Rozi Khamis. Maka sepantas kilat pembaca berita penerbit berita Pembantu skrip wartawan juru sunting editor masing-masing bergegas berbuka...kemudian mengejar solat maghrib sebelum ke studio untuk mengudarakan berita tepat pada jam 8 mlm...
Aku sungguh kagum dgn cara mereka bekerja dlm satu pasukan. Semuanya terpahat dlm memori ku..
Ketika ini aku menyewa bilik.bersama kawan-kawan di Kg Baharu. Rumah Sewa ku di Jln Dato Dagang. Untuk berulang alek kerja..aku menaiki kereta kawan dan aku bayar sewa kereta secara bulanan. Di rumah sewa aku pasang talian telefon untuk memudahkan urusan peribadi dan urusan kerja. Masa tu belum lagi ada telefon bimbit.
Masa kian berlalu. Aku dah makin seronok kerja di sini. Namun ingatan ku kpd ibu ayah adik- adik di kampong tetap terpahat di hati. Ingatan ku terhadap kampong halaman ku dan semua sanak saudara. Wang gaji..tak lupa ku kirim kpd ayah dan emak setiap bulan. Itu lah cara untuk membantu mereka sedikit sebanyak.
Seingat aku..ayah sudah pun balik dari Sabah dan tak akan sambung lagi. Paling seronok ibu ku. Orang-orang kg sudah ada yg menjadi imam solat mereka. Ayah diterima sebagai Pegawai Penerangan yg berpejabat d Wisma Persekutuan Kota Bharu..
Ketika ini terbuka hati ayah untuk belajar memandu kereta. Bayangkan dlm usia yg menghampiri 50an ayah baharu je belajar memandu. Namun ayah gigih. Semangat ayah kuat. Ketika diuji..ayah lulus dan dapat lesen memandu. Emak paling seronok. Aku pun gembira.
Masa kian berjalan. Semuanya dlm aturan Allah Yg Maha Esa. Tak lama ayah cakap nak buat rumah di tapak rumah kami dulu. Ayah minta sikit sumbangan wang daripada ku. Ayah nak buat tambah duit yg dia ada. Ayah cakap nak buat rumah yg biasa je cukup utk tempat kami berteduh. Aku sokong hajat ayah..
Tak lama..sempurna lah rumah kami. Ayah paling seronok sbb ada rumah sendiri tpt kami berteduh. Yg penting ia hasil keringat ayah sepanjang 10 tahun mengajar di Sabah. Yg aku lihat..keadaan keluarga kami sudah jauh berubah. Aku sudah bekerja. Adikku Azizi menjadi Guru. Ayah bekerja sebagai Pegawai Penerangan scara kontrak. Kami amat bersyukur..
Tak lama..emakku buka kedai di tepi rumah kami. Kedai runcit dan kueh mueh. Emak suka buat kueh mueh dan makanan. Sebelum buka kedai..emak buat kueh utk dijual di kedai orang. Tabiat emak ketika menjual di kantin sekolah di Sabah terbawak-bawak ke kampong. Emak suka. Kami pun happy..
Berbalik kpd kesahku di KL..ditakdirkan suatu hari aku bertemu si Z di KL. Entah mcm mana aku boleh bertemu dia.. Z ialah kawan sekelasku yg begitu happy dtg kerumah untuk memberitahu yg aku dpt masuk tgtan 6 di SMIP. Masa dia dtg aku sdg mandi berkemban di telaga belakang rumah datukku. Malu sungguh memikirkn saat lalu..
Rupa-rupaya Z memberitahu yg di memang minat kat aku ketika zaman persekolahan tu. Namun dia tak cakap. Mungkin segan atau mungkin belum matang..maklumlah kami masih belasan tahun..lagi pun mungkin bukan jodoh..banyak yg di bualkan dgn Z..kesah mcm-mcm. Seingat aku dia dah berkahwin masa pertemuan itu...dan aku masih mencari jodoh yg sesuai..
Memang aku ramai kenalan. Ada juga peminat. Namun..semuanya semacam hambar. Hatiku seakan belum terbuka. Belum sampai jodoh lagi kot...alasan untuk sedapkan hati..
Tak lama kemudian..aku menerima panggilan telefon. Daripada rakan sepejabatku. Dia ialah lelaki..seakan pelik tapi itu lah hakikatnya. Kami kenal gitu-gitu je. Sekadar berselisih..Sbb aku sentiasa sibuk keluar masuk pejabat buat liputan. Namun hari tu dia telefon. Kenapa ye..
Apa yg berlaku selepas tu...haha nanti.aku sambung.
In Syaa Allah..
_________________________________________________
Nampaknya cuaca di luar terang benderang. Jom buat kerja!!
Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment