Nostalgia 16
Wookeh..dah 3.11 petang. Orang tua-tua pesan tak elok tidor petang-petang terutama lepas makan. Yg eloknya kita tidor sejenak waktu tengah hari spt yg nabi kita buat. Ia untuk rehatkan minda dan fizikal kita utk tempuhi jam-jam berikutnya. Qailullah juga membantu kita jadi kuat terutama yg nak bangun solat sunat pada sepertiga mlm. So untuk hilangkan rasa nak tidor..Kaknum rasa nak bercerita lah. Jom baca cerita Kaknum yg tak seberapa ni ye..
__________________________________________
Berulang alek dari kampong ke bandar..itulah yg aku terpaksa lakukan demi mencari rezeki. Jika malas berjalan kaki dari rumah datuk ke jln besar..aku minta tolong sepupuku Udent atau Azmi hantar dgn membonceng motosikal. Aku ke Kota Bharu naik bas..
Jalan ke kampongku ketika ini lebih elok berbanding ketika aku masih bersekolah rendah. Ketika dulu..jalan kampong belum bertar. Ketika hujan ia akan menjadi lecak dan berselut. Aku masih ingat ketika ke sekolah pada musim tengkujuh..aku sanggup berjalan dengan berkaki ayam kerana tak sanggup biarkan kasut sekolah ku kotor terkena selut.
Tiba di jln besar..aku cari perigi untuk bersihkan kaki sebelum pakai kasut sekolah. Biasanya aku singgah di kedai mak ji di persimpangan jln untuk mencari telaga.
Ketika ini taraf hidup orang-orang kg agak lebih baik. Bahkan dah ada yg mampu membeli motosikal...masa ni yg mampu beli kereta pun boleh dibilang dgn jari. Kebiasaannya mereka daripada kalangan org-org yg bekerja makan gaji. Salah seorang drpd mereka suami Hj mek tu. Aku sering terserempak dgn dia yg menaiki kereta ketika aku berjalan kaki balik dari sekolah..
"Tok leh muat doh..tayar ggessek"...itu yg dia cakap ketika terserempak dgn aku. Aku angguk je kepala. Aku faham..keretanya pun bukannya kereta baharu sgt...namun jauh di sudut hati...aku teringin sangat untuk naik kereta. Lebih-lebih lagi ketika aku dah penat berjalan kaki dlm bahang panas dan perut yg kelaparan...In Syaa Allah..suatu hari akan aku miliki keretaku sendiri..pujuk hati kecilku..
Mentaliti orang-orang kg juga aku lihat dah semakin berubah. Masing-masing dah mula dorong anak-anak belajar. Bahkan semacam ada pertandingan pula. Anak siapa yg dah berjaya dan dpt masuk U. Bermula dgn sepupu ku Alwi yg masuk UM..cikgu Wel yg terpilih belajar di sekolah tersohor di luar Kelantan dan seterusnya masuk maktab perguruan...
Seorang demi seorang anak-anak kampong ku melakar kejayaan. Malah..ada yg berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Bermakna..seorang demi seorang..anak-anak muda di kg ku yg terpaksa keluar..meninggalkan emak ayah adik beradik..kawan-kawan dan keseronokkan suasana kg.
Sekaligus suasana kg menjadi seakan semakin sepi. Yg tinggal orang-orang yg agak banyak umurnya meneruskan aktiviti tradisi menanam padi berkebun menoreh getah dan menternak..
Bagi yg dah berumur pula..seorang demi seorang terpaksa pergi menyahut panggilan Ilahi. Bermula dgn Pak Teh Latiff..kaknik mek..mok Sar dll...
Kemeriahan hanya kembali ketika musim raya Aidil Fitri dan Raya Aidil Adha. Masa ni ramailah anak-anak muda berkumpul di jambatan menantikan tiba waktu berbuka puasa atau pun ketika solat sunat raya. Ibu ayah lah paling seronok kerana anak-anak semua dpt balik meraikan hari raya bersama-sama..
Ok berbalik kpd nasibku yg mula belajar erti bekerja makan gaji... Aku terus bekerja dan bekerja. Segala arahan bos aku turuti demi tugas. Waktu ini badanku agak susut mungkin aku dah pandai jaga badan...atau pun aku mungkin nak jimat duit.
Satu hari aku bergambar yg menampakkan susuk tubuhku yg semakin mengecil. Aku poskan sekeping untuk tatapan ayah dan emak yg jauh diperantauan. Aku ingat mak suka apabila dpt menatap wajah anak sulung kesayangannya. Namun..sebaik buka sampul surat dan menatap susuk tubuhku yg kurus..emak cukup terkesan...
Mak sedih sekali. Mak tanya kenapa aku jadi begitu kurus. Adakah aku tak cukup makan. Atau aku dilanda masaalah..itu lah naluri seorang ibu...emak sebak menatap gambarku..dia yg mulanya nak beli barang-barang dapor di pasar Tagasan..terus balik rumah. Tak terbeli apa-apa pun. Aku tahu emak rindukan aku dan adik Azizi...
Lama juga aku bekerja sebagai PA kpd seorang taukeh kereta...ditakdirkan dlm diam-diam bos menaruh hati kat aku. Kadang-kadang bos luahkan perasaannya. Aku malu tersipu-sipu. Apalah yg aku nak cakapkan sbb bagiku aku belum betul-betul matang untuk menilai perasaanku sendiri..
Aku mengutus sekeping surat buat ayah...
"Ayahanda...bos sekian-sekian nak masuk meminang anakanda. Sebagai isteri kedua. Apa pandangan ayahanda. Harap ayahanda bgi jawapan"...begitulah agak-agak isi surat aku kpd ayahku di Sabah.
Selang beberapa minggu...ayahku menjawab surat yg ku hantar...
"Ayahanda belum berminat bermenantukan orang yg sebaya dgn ayahanda"...demikian ayahku menulis. So aku pun terima keputusan ayah dgn rela hati.
Bagiku..masih jauh lagi perjalanan untuk ku mengejar cita-cita. Aku ingin terus belajar. Aku ingin ubah nasib keluarga dan diriku sendiri. Walau pun bosku orang kaya...namun aku perlu berusaha sendiri. Itulah namanya perjuanganku..untuk diri dan keluarga..
Keputusan STPM pun diumumkan. Aku mendapat 3 Prinsipal dan 2 Subsid. Kurang berpuas hati. Namun aku terima ketentuan itu. Mungkin aku tak cukup gigih. Mungkin aku main-main. Atau mungkin itu dan ini..
Namun..aku tetap cuba nasib mohon ke U. Aku isi borang UPU dll. Dlm hati aku berdoa dan mengharap. Satu pengharapan tak yg kunjung padam...
Adakah aku berjaya ke menara gading yg amat aku dambakan?
Bagaimana kesah perjalanan hidupku seterusnya.
Jika adik-adik..anak-anak waris warah berminat nak tahu..In Syaa Allah akan ku ceritakan nanti.
Mohon maaf jika ada fakta yg tak selari dan bahasa yg tak betul ye..
___________________________________________
Haha..sebenarnya Kaknum terus tulis cerita ni spontan dari hf ni ha. Sbb tu byk typing error. Mata pun dah berpinar semacam.
Akhir kata pesan Kaknum..jgn mengeluh jika nasib kita tak mewah spt org lain. Kita ada bahagian kita. Mereka ada bahagian mereka. Semua tu dah pun Allah tetapkan. Terimalah dgn berlapang dada. Fikir yg baik-baik je. Usaha ikhtiar dan doa. Itu sebaik-baiknya.
Assallamualaikum. .
No comments:
Post a Comment