Nostalgia 11
Perjalanan hidup kita ni berliku-liku. Iman perlu teguh. Jiwa perlu kental. Hati kena tabah. Semangat mesti kuat. Kejayaan tidak datang bergolek. Kena ada usaha. Usaha pulak mestilah berterusan tiada noktah. Yg penting berjaya di dunia..cemerlang di Akhirat!
Haha...harap mukaddimah ni tak membosankan ye. Kaknum tuliskan tu tulus dan ikhlas dari hati.. Sebenarnya nak sambung cerita Kaknum ni. Nenek-nenek kan tak sah jika tak nggepek. Harap kekawan tak jemu baca ye!!
________________________________________
Siapnya tali air di kampong kami memberikan nafas baru kpd orang-orang kampong. Ia juga merobah landskap sebuah kampong yg dulunya hijau dgn pokok-pokok getah dusun dan padi..kini menjadi semakin indah.
Tali air yg merentasi kampong. Dikiri kanannya ada tebing cukup untuk laluan kereta motosikal dan basikal. Di tepi tebing pula ada yg ditanam pokok-pokok hiasan. Ada pokok pinang dll. Sebagai penyambung jalan..satu jambatan dibina untk memudahkan lalu lalang dari pekan Melor ke banyak kampong sekitar.
Indahnya kampong kami. Dari jambatan yg dibina..aku sering merenung jauh ke bahagian hulu. Nun jauh di sana ada bukit bukau yg kelihatan membiru. Tatkala waktu senja..kelihatan pula sinaran sang mentari petang yg semakin terbenam dicelah-celah pepohon padi dan pokok-pokok.
Tali air itulah tempat aku bersukaria bersama kekawan sekampong. Jika dulu..masa kami banyak dihabiskan dgn meneroka kawasan hutan dipinggir kampong. Namun kini..tali air lah sasaran kami..pagi petang aku terjun mandi manda dan bermain.
Seingat aku air di dlm tali air tu lebih jernih. Aku belajar berenang. Kadang-kadang naik rakit buluh yg org kg buat. Paling seronok..naik pelampung kain sarung. Kain dibentang atas air dan kain tu akan membulat dek udara yg terperangkap di dlmnya. Aku pun simpul gelombang udara itu dan pegang simpulannya..Dgn pelampung kain itu lah aku berenang-renang atas air.
Tak kira kanak-kanak..muda tua..lelaki perempuan..tali air itu lah penghibur kami. Bagi emak..tali air tu tempat dia mencari rezeki. Mengail ikan dan tahan tuar udang.
Satu hari..ketika asyik bermain rakit..tetiba aku terjatuh dan lemas. Nasib baik aku sempat berpaut pada rakit dan dapat selamatkan diri.
Pada satu hari lain pulak heboh sekampong. Sepupuku Nora tertelan duit syiling yg disimpan dlm mulutnya ketika berenang. Tak silap aku duit syiling 50 sen. Berbueh-bueh mulutnya dan orang-orang kampong dtg menolong. Tetiba Nora dpt bernafas semula..
Keesukannya..Nora dtg dan tunjukkan duit syiling yg ditelannya semalam. Rupanya dah kemek sedikit di tepi bahagian bulatannya. Haha..Lepas membuang..Nora kais duit tu dan cuci!!!
Kesah itu memang nostalgia yg tak mungkin ku lupakan selagi hayat dikandung badan. Walau pun aku dah tak lagi tinggal dgn nenek dan datuk di kampong..namun semua tu tetap segar dlm ingatan.
Baiklah..berbalik kpd kesahku di rumah sewa. Kenakalanku ketika di kampong terbawa-bawa ke rumah sewa. Satu mlm aku terfikir untuk takutkan rakan-rakan serta cikgu.
Kebiasaan kami ulang kaji di sekolah pada waktu mlm. Waktu tu dah nak periksa SPM. Sebaik tiba di sekolah..aku selubung tubuhku dgn kain dan sembunyi bawah tangga. Lama ku tunggu tetiba cikgu dll lalu. Kelibat aku yg bertutup litup tu membuatkan mereka seram..takut..haha aku nampak muka cikgu begitu panik dan takut. Huhu tetiba aku yg muncul..
Itu kesah belajar waktu malam. Waktu tengah hari pulak..sebaik balik dari sekolah aku terpaksa masak nasi. Jika tak aku akan terus kebulur. Aku ingat kawan ku Khatijah..Sharifah dll yg aku lupa nama. Untuk masak kami guna dapor kayu. So balik sekolah kami sama-sama gi kutip kayu-kayu serpihan di sawmill Hj Ya untuk buat masak. Lepas tanak nasi..aku bakar lauk ikan kering..
Cuti sekolah..aku ajak adik Azizi ke rumah Tok Cek di Machang. Walau pun naik bas dan terpaksa berjln kaki berbatu-batu..namun kami tetap gembira. Rindu bertemu Tok Cek yg sekian lama sudah terubat.
Di rumah Tok Cek..aku teruskan aktiviti. Mencabut padi dan mencedung padi. Ketika cabut anak-anak padi..aku terpaksa duduk bertinggung. Masa ni ok la sikit walau pun terpaksa bergelut dgn selut. Tapi ketika mencedung lain hal la pulak. Aku terpaksa bergelut pula dgn lintah. Adui!! Darah berlecer susah nak kering jika di gigit lintah. Geli geleman aku dibuatnya. Namun aku terus je buat kerja. Bukan aku rajin sangat!. Tapi sebab aku segan dgn nenek tiri ku yg baik hati tu.
Lepas tu..nenek ajak aku dan adik kutip siput. Ada siput gondang dan siput biasa. Aku suka makan siput biasa masak lemak. Huh..tambah ikan rebus dan sambal jantan nenek ku buat..mahu aku tambah nasi dua pinggan.
Begitu lah rentetan kehidupanku sebagai anak kampong..
Yg aku paling bangga walau pun susah mcm mana pun aku tetap rajin belajar. Biar pun aku belum faham sangat kenapa kita perlu belajar..namun aku terus belajar. Matlamatku nak masuk U.
Tiba waktu peperiksaan SPM. Aku berusaha sedaya upaya menjawab soalan. Selepas membaca soalan..aku cuba faham dan tulis dulu point-point takut terlupa. Lepas tu baharulah aku menulis..antara yg aku ingat kawan sekampong yg turut ambik SPM sekali dgn ku..Rainah..Azmi..Zamri..Wan Mansor dan ramai lagi..
Ok.. tamat peperiksaan..aku terasa macam banyak masa terluang. Dan aku rindu sangat-sangat dgn Paksu Ri yg telah agak lama tak berjumpa. Paksu Ri bagaikan abangku lah sbb kami membesar disatu bumbung. Dia bapa saudaraku yg bongsu. Selepas menjadi askar dan berkahwin..dia membawa isterinya yg aku panggil moksu ke Jaya Gading..
Aku terasa sunyi dan rindu. Jiwa remaja ku berbisik macam-macam. Tetiba aku nekad. Aku nk cari paksu Ri di Kuantan. Pagi-pagi aku bersiap. Nenek ku menyangka aku nak ke Machang rumah Tok Chek. Namun kali ni aku tak bawa adik.
Aku turun rumah untuk ke Kuantan. Tak lupa ku bawa ubi gadung untuk Paksu. Aku buat sesuatu yg agak bahaya. Namun aku tak terfikir akan bahaya tu. Dari Melor..aku naik bas ke Pasir Puteh. Dari Pasir Puteh aku naik bas ke Jertih. Dari Jertih Terengganu aku naik bas ke Kuantan Pahang. Tiada siapa pun tahu. Duit ringgit pun tak banyak..aku berusia 17 th..
Setiba di Kuantan..aku terpinga-pinga. Tak tahu mana arah sbb aku tak biasa. Tapi aku bertanya. Maka aku pun naiklah bas ke Jaya Gading. Aku bertanya lagi. Setibanya di Kem Askar..aku turun bas. Terpinga-pinga lagi. Mana rumah Paksu..
Aku masuk pintu kem/kuarters. Berbekalkan alamat..aku bertanya mana satu rumah Paksu. Seorang tentera membantu ku. Dia tunjukkan jln dan hantar aku ke rumah bapa saudaraku itu..waktu dah hampir senja.
Paksu dan maksu terkejut. Aku berjaya sampai kerumah paksu. Dia gembira dlm marah. Lebih dia marah sbb aku tak cakap pun kat datuk dan nenek serta adik. Sanggup kan aku!! Aku buat-buat tak faham paksu marah..namun rindu ku sudah terubat!! haha
Lepas tu..paksu beritahu datuk di kampong aku di Kuantan tu. Aku pun tak ingat mcm mana dia beritahu..
Dah terjawab kan teka teki kesah hidup ku. Di rumah paksu bermula hidupku yg baru. Nak tahu apa aktivitiku selepas tu? Tunggu!! In Syaa Allah aku ceritakan. Stay tune!! Maaf cerita yg agak panjang.
___________________________
Opps...pls jangan buat apa yg kaknum buat ni ye. Dulu-dulu tak banyak orang jahat. Tak ramai penagih perogol dan pencolek. La ni tak leh buat mcm tu tau. Bahaya!!
Ingat tu!!
Assallamualaikum...
No comments:
Post a Comment