Nostalgia 31
Ketika menyarung cincin di jari manisku...Rahman berbisik..semoga jodoh kita kekal abadi selamanya. Itu kata-kata pertama yg dia ucapkan sebaik sahaja kami diijab kabulkan dan bergelar suami isteri. Terasa bahagia yg tidak terhingga. Hatiku berbunga-bunga mekar..
Penantianku untuk mengetahui siapakah jodohku selama ini sudah pun terjawab..rupa-rupanya dia. Allah kurniakan seorang jejaka tampan berasal nun jauh di Selatan tanah air. Jauhnya jarak kami. Antara bumi Kelantan dan Johor pada masa itu dirasakan amat jauh. Namun takdir Yang Maha Esa..kami bertemu di ibu Kota Kuala Lumpur...tepatnya Angkasapuri tempat kami mecari rezeki.
Kenapa tidak dengan orang Kelantan je. Kan itu jodoh namanya. Ada juga yg menaruh hati padaku. Namun hati ini seolah-olah hambar. Dan aku...aku tidak kesah pun dari mana asal jodohku. Pokoknya dia benar-benar serious dan ikhlas..
Ok..sebaik tiba di KL..aku berpindah ke rumah suami di kampong Dato Keramat. Sebelum ni Rahman menyewa sebuah rumah kecil sederet milik penduduk di situ. Walau pun rumah yg sedang-sedang je..namun aku terima keadaan itu seadanya. Yg penting kami bahagia..
Bermulalah tugasku sebagai seorang isteri. Menggalas tanggung jawab sedaya upayaku yg tidak seberapa ni. Di sini..kami berusaha untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Memahami hati budi dan perasaan masing-masing. Meneroka latar belakang..memahami gelagat..feel dan sebagainya..
Memang bukan senang. Kerana kami berasal dari latar belakang yg berbeza. Aku gemar masakan emak. Dia gemar masakan ibunya. Hari demi hari aku cuba belajar dan terima hakikat dengan hati terbuka. Lama-lama serasi itu mula timbul.
Kami berulang alik dari rumah ke pejabat dengan motosikal. Untuk membeli kereta..kami belum mampu. Jadual kerja shift kami cuba selaraskan..jika tidak dia terpaksa menjemput aku pulang. Begitulah hari-hari kami. Terasa bahagia saat bersama. Terasa sunyi bila berjauhan..
Tak beberapa lama..Rahman membawaku pulang bercuti ke kampongnya di Batu Pahat. Berdebar hatiku untuk bertemu keluarga mertua. Dlm hati ada bimbang ada seronok dan macam-macam. Namun..sebaik tiba.aku disambut mesra oleh mereka..
Serba ringkas..kami masing-masing akur tiada kenduri sambut menantu. Aku faham situasi kami yg kurang mengizinkan. Namun aku seronok bila dapat kenal keluarga mertua. Orangnya baik-baik dan peramah..Mereka menerimaku seadanya.
Yg jelas..aku orang kampong dan keluarga Rahman pun orang kampong. Latar belakang kami pun tidak banyak bezanya. So antara aku dan Rahman dikira amat sepadan..
Bila tiba hari raya..kami sama-sama sepakat. Ada kalanya balik ke kampong ku terlebih dahulu dan kemudian ke Johor. Dan begitulah sebaliknya. Saat muda. Semangat masih kuat. Darah masih panas. Kami tiada masaalah untuk berulang alik jarak jauh. Bahkan terasa seronok begitu..
Sudah setahun kami bersama. Seakan baru sekejap. Suka duka hilai tawa kami bersama.
Pada suatu hari..teringin sangat aku nak makan sayur pucuk ubi. Ia sayur kegemaran ibu mertua. Lantas aku cuba masak. Biasa lah bila dah kahwin..kerja-kerja memasak tu sentiasa aku lakukan bila berpeluang. Sayur pucuk ubi aku masak dengan penuh kasih sayang. Sebelum ke office aku jamah sayur itu dengan penuh berselera..
Tiba-tiba di tengah jalan..tekakku rasa semacam. Macam loya dan terasa nak keluar je apa yg aku telan tadi. Aku mabuk sbb makan pucuk ubi ke?? dlm hati terasa bimbang. Teringat cakap-cakap orang tua. Pucuk ubi jika tak kena cara masak akan ada racun. Risau hatiku di kala tu...
Bimbangkan kesihatanku..kami ke klinik untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah..rupa-rupanya aku hamil. Dan bermula dari saat itu hidup kami sedikit berubah. Aku sering muntah-muntah dan ada makanan yg aku tak boleh jamah. Ooo mcm ni rupanya rasa mengandung. Ketika ini perhatian suami amat-amat aku perlukan..
Cepat-cepat aku beritahu emak dan ayah di kampong. Sudah semestinya mereka gembira. Apatah lagi untuk menyambut cucu pertama..
Dari Keramat..kami pindah ke sebuah rumah di Pantai Dalam. Tujuannya agar lebih dekat untuk ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi aku yg sudah hamil. Orang kata tak eluk naik motor jauh-jauh..Kami menyewa sebuah rumah dua tingkat. Agak lebih eluk dari rumah di Keramat. Untuk ke pejabat pun hanya dlm 10 minit je.
Walau pun hamil..namun aku tidak terkecuali. Tugasan keluar membuat liputan dan balik mengejar masa itu mesti aku laksanakan. Aku tidak mahu kawan-kawan lihat aku lemah dan tak mampu. Aku gagahi dan pikul tanggung jawab sebaik mungkin.
Berita adalah darah dagingku. Kadang kala aku terpaksa ke Ulu Selangor dlm keadaan sarat mengandung dan masa untuk bersalin hampir tiba. Namun..aku teruskan jua.
Beberapa ketika sebelum bersalin..aku mula bercuti. Suami menghantarku pulang ke kampong. Belum ada kereta kami naik bas je. Kami sama-sama menunggu saat bayi pertama kami lahir...opss belum lagi. Tanda-tanda pun belum ada walau pun melewati tarikh yg tercatat.
Sedangkan cuti Rahman sudah pun tamat. Tunggu punya tunggu bayi belum lagi nak keluar..Nampak gaya terpaksalah dia pulang ke KL..
Apa jadi selepas tu..
Tunggu..
___________________________________
Haha itu sedikit sebanyak yg dapat Kaknum catatkan dlm cerita kali ni. Harap tidak membosankan ye.
Assalamualaikum. .
No comments:
Post a Comment