Sunday, December 24, 2017

Nostalgia 7

La ni dah pukul 6.02  petang. Biasa diwaktu begini jika hari minggu Kaknum turun tinjau kebun tepi rumah. Atau pi buat senaman  berjalan kaki keliling kampong. bersama cucu. Tapi petang ni hujan lebat. So Kaknum ambil kesempatan ni untuk menulis. Harap kekawan baca ye...
___________________________________________________

Suatu hari ayah mengajak kami ke Machang. Bukan main seronoknya aku untuk ke sana. Turun rumah kami berjalan kaki ke jalan raya besar. Masa perjalanan tu kira-kira 20 minit. Tiba di jln besar kami tunggu bas sampai. Bila nampak kelibat bas dtg ayah tercegat ditepi jln dan menahan bas tu. Biasanya untuk ke Machang..kami melalui bandar Pasir Puteh. Dari perhentian bas Pasir Puteh kami menaiki bas satu lagi ke Machang.

Dlm perjalanan..mulut ku becok bertanya itu dan ini. Ayah ku menjawab satu persatu. Nak tahu apa panggilan aku terhadap ayah? Aku panggil dia abang!!.haha. Ini kerana aku terikut-ikut cara emak memanggil ayahku abang Noh. Panggilan abang ni terlekat sehingga aku masuk tingkatan 3.

Walau pun berjauhan..hubungan kami dgn keluarga di Kg Membuaya Machang amat erat. Agak lama nenekku sebelah ayah meninggal..tok cek (datuk ku) mendapat jodoh. Dengan isteri baharu tok cek dianugerahkan 3 orang cahaya mata. Merekalah bapa saudaraku Pak cik Nasir...Mok Dah dan Cik Su.

Di Machang ayah membawa kami ke rumah sanak saudara maranya. Ada di Bukit Bakar..Kemuning dan sekitarnya. Sebagai anak sulung..namaku agak famous di sana. Rumah tok cek dlm kebun getah. Telaga dibina agak jauh dari rumah iaitu dekat sawah padi. Aku terasa pelik kenapa telaga agak jauh. Sudah mandi kena jln jauh utk naik kerumah. Kerja masak memasak pun agak sukar..

Yg mujurnya..kebanyakan anak murid yg nak belajar alquran dgn tok cek...mereka angkut air perigi ke tempayan. Agaknya ini sebagai upah kpd guru yg mengajar. Zaman dulu-dulu kebanyakan kelas alquran dibuat secara percuma tiada apa-apa bayaran. Ku doakan arwah tok cek dan nenek ku ditempatkan bersama orang-orang yg soleh. Alfatihah...

Balik ke Melor..aku meneruskan rutin biasa. Jika tak sekolah..kami ramai-ramai cari belalang di sawah padi. Biasa aktiviti ni dilakukan selepas padi masak dan telah dituai. Aktiviti dilakukan pada waktu malam..bercahayakan lampu gasolin..kami turun ke sawah yg tanahnya dah kering. Si belalang akan berterbangan dekat dgn lampu dan kami pun tangkap.

Seronok menangkap belalang yg mabuk lampu. Kami menangkap belalang agak jauh dari kawasan rumah dan berakhir lewat mlm. Keesukkannya..itulah lauk kami makan dgn nasi. Aku suka belalang digoreng rangup masakan emak. Lebih sedap bila belalang goreng tu ditumbuk buat sambal. Rindunya aku dgn emakku..rindu kepada ayah..rindu dgn persekitaran kg yg aman damai..aku rindu juga kpd pakteh Soh iaitu bapa saudaraku yg sering mengetuai aktiviti kami mencari belalang..

Aku juga pernah ikut datuk ku mengail ikan. Kadang kala  kami pergi mengail jauh di kampong sebelah. Datuk ku suka mencari ikan air tawar. Mengail..tahan tauk..dan serkap ikan. Itu hobinya. Kadang-kadang dapat ikan haruan..ikan puyu ikan keli sepat dll.

Jika ikan puyu nenek ku bakar tawar begitu sahaja dan cicah air asam. Jika ikan haruan di masak gulai. Biasanya beras tumbuk kunyit lengkuas asam keping garam dimasukkan sebagai rencah. Beras tumbuk digunakan untuk memekatkan kuah dan ikan kurang bau hanyir..

Nenekku pula suka menangguk udang. Acap kali juga aku ikut nenek ke tepi sungai yg airnya melimpah tebing untuk menangguk udang. Biasanya dimusim tengkujuh. Kami menangguk di air yg cetek dan biasanya hasil yg kami dpt tu cukup untuk lauk kami seharian. Seronok bersama nenek yg akhirnya menjadi tempat aku dan adik lelaki  menumpang kasih.

Satu ketika..ayah berbincang dgn mak untuk gadaikan rantai tangan yg ayah belikan dulu. Mak relakan saja rantai tgn kesayangannya di pajak gadai. Aku belum faham apa-apa pada waktu tu. Namun..selepas tu ayah belikan aku sebuah basikal. Seronoknya aku pada masa tu Tuhan saja yg tahu. Agaknya ayah kesihankan aku yg terpaksa ke sekolah berjln kaki. Tahun depan aku akan masuk tgtan 1 dan adikku pun dah mula besar dan bersekolah...

Tak lama..banyak jentolak tiba di kampong kami. Kerja-kerja menebang pokok getah berleluasa. Tanah-tanah milik semakin sempit. Tanah digali memanjang...

Rupa-rupanya di kampong ku akan dibina tali air. Panjang kawasan tali air itu meliputi segenap jajahan. Maka kampong yg dulunya sunyi..kini mula bertukar wajah. Jadi bising dgn jentolak dan mesin potong kayu. Orang-orang kg tak banyak komen. Mereka terima perubahan itu dgn senang hati.

Apa tidaknya..selepas ini kemudahan pengairan sawah padi sudah tersedia. Air akan dialirkan ke sawah secara teratur dan padi akan dapat ditanam 2 kali setahun. Ini rezeki kpd kami sekali gus punca rezeki pun bertambah...

Namun...bagiku...ada perkara paling menyedihkan berlaku. Aku sedih yg teramat sangat sampai aku menangis teresak-esak dan air mata bercucuran.

Nak tahu kenapa aku sedih??

Tunggu coretan seterusnya..
__________________________________________________
.
Nampaknya hujan dah berhenti. Waktu maghrib pun dah masuk. Kaknum berundur dulu ye.

Jom solat.!!!

Assallamualaikum.

No comments:

Post a Comment