Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 23 by ZN

Nostalgia 23

Pagi khamis 23 hb November 2017. Sebulan lebih je lagi untuk ke tahun  baharu 2018. Kejap je rasa setahun dah berlalu. Ayuh kita hitung-hitungkan. Cukupkah amalan kita untuk ke sana nanti. Allahhuakbar..terasa sikit je kan. Apa pun yg kita buat..Ayuh kita niat kerana Allah. Agar semua benda yg baik-baik yg kita lakukan itu diberkati. Hari ni Kaknum nak sambung cerita lah. Harap kekawan baca ye..
_____________________________________

Perginya datuk buat selama-lamanya membuatkan hati mak cukup sedih. Apa tidaknya..dah kira-kira  9 tahun mak dan ayah ke Sabah. Dengan datuk mak jarang jumpa. Kalau jumpa pun hanya beberapa kali je ketika emak ayah balik bercuti di kampong. Datuk meninggal pun mak tak dapat tengok jenazahnya. Mak tak dapat menatap wajah datuk buat kali terakhir. Mak balik dari Sabah agak lewat kerana kelewatan dapat tiket pesawat. Namun mak redha.

Mungkin kerana terlalu sedih..mak beritahu ayah dia dah tak mahu ke Sabah mengikut ayah. Ayah sedih dgn keputusan mak. Ayah pun redha. Ayah izinkan mak tinggal di kampong bersama kami. Emak nak jaga nenek yg sudah semakin berusia..

Sebelum tu nenekku ada berpindah tinggal bersama sepupuku Mok Jah. Nenek dibawa tinggal di rumah peningglan pok teh Soh yg pindah ke Lebir. Rumah tu berhampiran rumah pakda Awang. Mok Jah nasibnya agak menyedihkan. Ibunya bercerai dgn ayahnya pakda Awang ketika dia masih kecil. Neneklah yg jaga dia sebaik kedua ibu bapanya bercerai. Itu lah yg aku ingat.
Kini mok Jah dah meningkat remaja..

Aku pulak..dlm sedih aku gembira. Aku seronok dapat jumpa adik-adik terutama adik baharuku Zuhaini. Itu kali pertama aku dapat melihat wajah adikku yg comel. Ketika itu adik baharu boleh bertutur sepatah dua.

Untuk serasikan diri..aku pujuk adik dan ku bawa dia round-round kampong naik motosikal. Ada sekali tu aku dan adik terjatuh motosikal dan aku bisik kat adik jangan beritahu mak ye...seronoknye aku ada ayah dan mak di sisi.

Selang beberapa waktu..tiba masanya untuk ku kembali menyambung pelajaranku di Uitm. Berat rasa hati nak pergi. Tapi aku terpaksa juga. Kebetulan waktu musim cuti..maka semua berebut nak beli tiket. Aku ketinggalan dan tak dapat beli tiket bas ke KL.

Lantas aku hubungi seorang rakan yg sama-sama senasib dan dia tolong belikan. Kawanku ini orang Pasir Mas kalau tak silap nama Zah. Zah cakap satu-satunya bas yg masih ada ialah bas Mustapha Agensi. Sebuah bas pelancongan.

Nak tak nak aku terpaksa naik bas tu. Pada hari yg ditetapkan...ayah pagi-pagi lagi menghantarkan aku dari rumah datuk ke jalan besar. Ayah hantar dengan basikal. Namun yg aku ingat basikal tu kami tak naik cuma untuk membawa beg barang-barangku sahaja.

Aku naik bas ke KB. Sampai di stesen bas KB aku ke rumah abang Him terlebih dahulu sementara untuk menunggu naik bas kira-kira jam 8 malam. Selepas maghrib aku turun dari rumah abang Him ke stesen bas yg terletak tidak jauh dari situ. Setelah bertemu kawanku Zah..kami pun sama-sama naik dan duduk di kerusi yg tertera no ditiket.

Malam tu seperti biasa. Tiada hujan dan mlm yg tenang. Bas kami mulanya bergerak perlahan-lahan meninggalkan bandar KB. Hati ku agak sunyi..

Aku duduk di sebelah seorang warga Singapura berbangsa Melayu.. so kami mula berkenalan dan berbual-bual. Macam-macam yg kami bualkan. Ada mengenai Malaysia dan ada yg mengenai Singapura. Peramah je pelancong tu. Aku seronok berbual dgnnya.

Laluan kami dari KB menghala keTerengganu...kami melepasi bandar Pasir Puteh Jertih dan seterusnya bandar Kuala Terengganu. Tiba-tiba aku rasakan bas tu bergerak terlalu cepat. Laju dan laju. Aku pada mulanya tak rasa apa-apa. Lantas aku terlelap seketika..sedar-sedar aku merasakan bas kami terhoyong hayang. Dlm kegelapan mlm aku rasa panik dan takut...tiba-tiba dum!! Bas yg aku naiki terjunam dan terbalik...

Aku..dlm keadaan mamai terdengar jeritan dan pekikan. Ada yg minta tolong ada yg menangis. Masing-masing trauma. Kebanyakan penumpang adalah pelancong. Penumpang Singapura tu membantuku.

Dia membantu aku keluar dari bas. Penumpang lain cuba mencari jln keluar. Mereka cuba pecahkan cermin belakang bas. Orang-orang kampong turut membantu..Seorang demi sorang merangkak keluar. Aku lihat kawanku selamat. Alhamdulillah..Aku juga selamat cuma luka kecil di tepi hidung dan mukaku bengkak. Mungkin kerana terhantuk ke depan ketika aku terlelap seketika.

Penumpang lain ada yg cedera dikepala. Patah pahanya dan sebagainya. Aku bersyukur kerana selamat. Namun aku sangat takut dan panik. Dlm kegelapan mlm aku mengambil beg ku dan duduk ditepi jln. Aku buntu tak tahu nak buat apa. Kami beramai-ramai mennggu bantuan.

Peristiwa pahit dan ngeri. Tiba-tiba ada hamba Allah yg kebetulan nak balik ke Kelantan ingin membantu. Dia mahu menghantar aku dan kawanku balik ke rumah kami di Kelantan.

Mengharapkan dia orang yg baik-baik aku pun bersetuju menumpang keretanya balik ke Kelantan semula. Kami sebenarnya sudah berada jauh melebihi Kuala Terengganu. Dlm perjalanan..seingat aku orang tu singgah di kedai dan belanja kami minum. Aku pun ikut. Dlm hati penuh tawakkal dan berserah hanya kpd Allah..aku benar-benar mohon agar kami selamat.

Apa jadi kpd ku selepas itu.

Betulkah yg aku tumpang tu orang yg baik-baik..

Selamat kah aku tiba ke kampong.

Tunggu akan ku ceritakan..in Syaa Allah..
______________________________________

Tu je cerita kaknum kali ni. Maaf jika turutan dan fakta yg kurang tepat. Yg sudi baca Kaknum ucapkan byk-byk terima kasih.

Assallamualaikum

No comments:

Post a Comment