Sunday, December 24, 2017

Nostalgia  5

Alhamdulillah.  Pagi yg damai. Hati yg tenang. Tidor yg lena. Mimpi yg indah. Dan kita bangun dlm keadaan penuh bersemangat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup ini..semua tu anugerah Allah yg tak ternilai buat kita.
Kebetulan cucu masih tidor. Sambil-sambil mendengar peringatan drp slot Tanya lah Ustaz TV9..Kaknum ambil kesempatan ini untuk terus bercerita. Berbekalkan hf di tangan...Kaknum cuba catatkan apa yg tersimpan di hati. Harap kawan-kawan baca ye...
________________________________________________

Hidup di kampong halaman...aku membesar sebagai Johan. Haha! Maksudku.. pada waktu itu aku bebas bergaul dengan sesiapa sahaja. Bersama-sama anak-anak sekampong yg rata-rata mempunyai talian darah. Masih ku ingat..antaranya sepupu ku Azmi ( sekarang dah arwah ) al fatihah buat sepupu ku.

Aku juga bebas berjalan ke mana sahaja tanpa halangan. Kebetulan hobiku merayap. Ke hulu ke hilir bersama sekumpulan kawan. Ada yg lebih muda dan ada yg lebih tua. Anehnya ramai kawan-kawanku ialah lelaki..Alangkah bahagianya bermain bersama-sama..zaman kanak-kanak disebuah kampong yg pada masa itu tiada orang jahat..tiada perogol..tiada penagih dadah.

Yg ada orang-orang yg hobinya mencuri. Haha..mencuri lembu untuk disembelih dan dijual. Mungkin kerana desakan hidup atau masaalah peribadi. Ini aku terdengar cerita drp orang-orang tua tapi kesnya hanya sedikit. Pencurinya juga bukan org kg ku..

Aku masih ingat antara permainan kami pada masa itu ialah bermain getah. Sape yg menang dan dpt kumpul getah ikat yg byk dialah pemenang. Jika menang balik ke rumah dgn hati yg seronok. Jika kalah balik ke rumah dgn muka yg moyok. Frust..

Selain tu..kami juga pernah main upeh..main guli main kapal terbang dll. Pendek kata..hidup di zaman kanak-kanakku yg penuh indah.

Persekolahan aku teruskan macam biasa. Malah keputusan yg ku capai juga agak baik. Dah naik darjah tinggi..sudah ku pandai aturkan jadual. Lepas sekolah balik makan dan aku ambil peluang rehat sekejap. Lepas tu petang aku sudahkan kerja-kerja sekolah. Ketika belajar tu..jika terasa panas belajar di atas rumah..aku akan angkut buku dan pergi belajar di bawah pokok..

Tiba-tiba pada satu hari cikgu cakap esok bersiap sedia sbb cikgu nak bawa pergi periksa di sekolah lain di bandar. Aku kurang faham kenapa. Tapi ayah bantu aku siapkan baju.

Sesudah dibasuh..baju sekolah ku di bubuh kanji dan di gosok. Kanji yg digunakan untuk baju ialah kanji yg kita buat masak tu. Tujuannya untuk mengeraskan baju. Seterika ayah guna sterika arang. Mula-mula bakar tempurung atau kayu. Bila dah ada bara..bara tu diambil dan dimasukkan ke dalam sterika besi atau tembaga. Sterika zaman dulu ada mulut yg boleh dibuka untuk mengisi bara panas.

Aktiviti sterika kena hati-hati. Jgn sampai percikan bara api keluar. Bila itu berlaku..akan menyebabkan baju berlubang sbb terbakar. Atau habuk-habuk hitam akan keluar dan akan mengotorkan baju puteh.

Pagi esoknya aku ke sekolah dgn baju bergosok sbb cikgu nak bawa ke sekolah di bandar. Cikgu membawa kami dengan menaiki kereta. Bersama aku ada beberapa murid lain..sampai di sekolah..aku kena hadapi peperiksaan. Rupa-rupanya peperiksaan itu untuk menentukan samaada aku layak atau tidak masuk ke sekolah bersrama penuh.

Aku tak kesah pun dgn asrama. Yg aku tahu..aku amat seronok berada dikampong..belajar..bermain..berjalan-jalan berkawan dan melakukan aktiviti zaman kanak-kanak tanpa halangan.

Cuma yg agak menyedihkan aku..aku terpaksa ke sekolah jalan kaki. Melihatkan kawan-kawan lain naik basikal atau motosikal atau kereta..aku amat-amat cemburu. Seronoknye mereka. Tapi aku!!

Yg menyedihkan lagi setiap kali nak ke sekolah..aku terpaksa lalu kot jalan tu. Nak lalu jalan pintas..bermakna aku terpaksa masuk belukar. Mana tahu kot-kot ada ular ke..binatang buas ke...Nak tak nak aku terpaksa juga melalui jalan tu..

Dengan keadaan siang yg dah mula mengesot senja.. Suasana di kawasan itu amat sunyi. Pokok-pokok dan belukar di kiri kanan. Tiada manusia yg lalu lalang. Yg ada bunyi suara unggas di sana sini...tiap kali bulu roma meremang...orang tua- tua pernah bercerita..sang harimau pun pernah datang ke kawasan tu untuk mencari durian. Tiap kali lalu kawasan tu..tiap kali aku berdoa.

Di kawasan tu sebenarnya ada kubur. Di sebelah kubur tu ada surau kayu yg agak usang. Ia dibina oleh seorang hartawan sebagai jariahnya dan kemudian diwarisi oleh anaknya yg bernama Zakaria. Tanah sekelilingnya juga dimiliki oleh orang kaya tu..

Rupa-rupanya aku takutkan kawasan kubur tu. Aku takutkan suasana senja dan kesunyian serta takutkan hantu- hantu jembalang yg akan mengganggu. Bahkan.. keadaan seram ini sering mengganggu dlm tidurku. aku terbawa-bawa ke dalam tidur suasana si situ dengan mimpi-mimpi yg menyeramkan.

Berbalik kpd cerita aktiviti harian ayah dan mak. Mak terus kerja menoreh getah. Ayah teruskan aktiviti tanam tembakau. Ayah juga sering dijemput jadi penceramah politik atas latar belakangnya belajar di pondok sekitar Melor. Yg aku ingat ada je kereta dtg jemput ayah pergi ceramah. Biasanya waktu malam dan ayah dihantar balik rumah lewat malam atau awal pagi.

Satu hari..ayah belikan mak rantai tangan. Aku ingat itu lah rantai tangan emas emak yg pertama pemberian ayah. Mungkin hasil dari tanaman tembakau yg mereka usahakan. Gembiranya mak masa tu Allah saja yg tahu.  Aku pun turut happy.

Pada suatu hari aku bersama kawan- kawan ke sebuah dusun. Biasanya bila kami ke dusun..kami intai-intai buah mata ayam..buah sengkuang..buah ginang buat pengalas perut. Pernah kami kesebuah belukar yg penuh semak samun. Di situ tumbuh pokok sengkuang. Buahnya kecil-kecil besar sikit daripada guli..bijinya besar berbenjol dan rasanya masam kelat yg belum masak. Yg dah masak rasanya masam-masam manis...yg hijau kami kupas kulit cicah garam.

Seronoknya masuk hutan. Aku tak kesah bahaya apa. Ular ke kala jengking ke..aku tak takut dan aku tak fikir apa-apa bahaya..hatta orang jahat pun. Sape punya pokok tu pun aku tak kesah..Entah-entah masa tu aku hanya berkaki ayam. Aku dah lupa.

Pada suatu petang..aku teruskan aktiviti yg sama. Ke sebuah kebun bersama kawan-kawan. Kami bernyanyi-nyanyi dan bercakap-cakap. Gembira sangat lepas bebas macam tu. Tiba-tiba...tum!! Aku ditembak dan terus pengsan....nak tahu sape yg tembak aku dan kenapa. Siapa yg selamatkan aku??

Tunggu catatan yg akan datang....
Tunggu tau!!
____________________________________________
Nampaknya cucu dah bangun. Perut pun dah lapar. Kaknum stop di sini dulu ye. Ada tugas dok tunggu tu. Assallamualaikum. ......

No comments:

Post a Comment