Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 26 by ZN

Nostalgia 26

Memang hidup kita ni banyak cabaran. Banyak ujian. Ada kala kita tersungkur. Ada kala kita leka. Namun bila tersungkur dan terleka tu..cepat-cepat lah bangkit. Perbetulkan apa yg kusut. Leraikan apa yg tersimpul. Jangan kita terusan mengalah dan terlalai..ingat Allah. Allah sentiasa menguji kita...baik..pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye!!
________________________________________

Emak seakan berat hati untuk melepaskan aku pergi ke KL. Lebih-lebih lagi aku baru saja balik. Penat belajar belum reda. Emak cakap..rehat-rehat la dulu...aku faham maksud mak tu. Lebih-lebih lagi kami baru je bersama. Sembilan tahun berpisah kerana emak megikut ayah ke Sabah. Kalau jumpa pun sekejap je ketika masing-masing cuti..

Namun bagiku..perasaan untuk mencari kerja membuak-buak dlm hati. Aku sisih semua perkara. Tumpuan ku kini untuk bekerja. Seakan cemburu bila melihat sepupuku Alwi dah tamat belajar di UM dan beroleh kerja sebagai pegawai besar di Kelantan. Bertemu jodoh pula dengan kawan se U nya...

Aku mesti kerja untuk membantu emak dan ayah..jika nak harapkan peluang kerja di Kelantan ni aku rasa agak sukar. Ini kerana aku tak nampak jalan kecuali di Ibu kota.

Teringat aku tatkala kerja sebagai PA kpd bos di syarikat jual kereta. Gajinya ciput je tak termampu nak bantu emak dan ayah. Teringat pulak aku kpd kerja pelayan disebuah restoren terkenal di Kota Bharu. Aku kerja tu masa cuti semester ketika emak masih di Sabah. Gaji yg ku dapat kira-kira 150 ringgit sebulan. Masa masih belajar takpa. Tapi tak kan aku nak sambung kerja macam tu selepas aku bertungkus lumus belajar dan dah dapat diploma..

Kali ni aku nekad. Aku mesti ke KL. Mahu tak mahu emak ikut je kehendak ku. Emak tahu niatku sebenar untuk membantu keluarga. Aku hubungi kawan se kampus yg ku panggil Adib. Kebetulan Adib pun sedang mencari kerja.

Tiba di KL..aku bertemu Adib. Berpakat cari kerja bersama-sama. Dek kerana duit dlm tangan yg tak seberapa..aku tumpang Adib duduk tempat dia. Dia pula tumpang kawan dia. Kami saling menumpang tinggal di sebuah bilik di KL.

Pagi-pagi kami beli akhbar. Dlm akhbar tu ada macam-macam iklan kerja kosong. Kami pergi dari satu pejabat ke satu pejabat. Bertanya dan mencari. Terfikir jugak seolah-olah hidup ku macam pengemis. Namun..niat kami adalah murni. Bukan minta sedekah.

Macam-macam syarikat aku singgah...awak pandai copy writing tak? Aku ternganga apa maksud copy writing tu...aku jahil dlm bab tu..tak pa la jika nak pakai pekerja kami bagi tahu. Itu antara jawapan yg kami terima..dlm hati berkata..rupa-rupanya susah jugak nak cari kerja kat KL ni ye..

Teringat kpd seorang kawan dari Melaka bernama Gayah. Dia lebih muda beberapa tahun dariku. Tak salah ingatan..Gayah ketika itu bekerja sambilan di Syarikat Dunlop di Petaling Jaya. Menerusinya aku mencuba nasib dan alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sambilan. Tugasku ialah kira mengira...

Bekerjalah aku di Syarikat tu. Namun pening kepala jugak bila berurusan dgn kira mengira ni. Silap-silap kira naya aku. Di Dunlop aku kenal dgn bosnya yg bernama Eric. Dia ni orangnya baik..tapi kata-kata bloody hell tu memang sentiasa dimulutnya. Gayah dah pesan..Kaknum..buat tak tahu je laa apa yg dia cakap tu. Yg penting kerja..

Dari situ aku masih meninjau peluang kerja di tempat lain. Kebetulan aku berkenalan dgn seseorang. Tak silap aku.. Husin namanya. Dia kata ada syarikat nak cari pekerja. Pemiliknya seorang berbangsa Cina. Dia berkongsi dengan seorang partner yg bernama Shariff orang Sabah. Syarikat ni nak bina stesen minyak.

Aku berhenti kerja di Dunlop dan kerjalah dgn Syarikat ni. Juga terletak di Petaling Jaya. Ulang Alik dari tempat kerja dengan bas. Satu hari bos suruh aku lukis plan stesen minyak. Berbekalkan bakat yg tak seberapa aku pun lukis lah pelan tu setakat kemampuanku.

Kedua-dua bos jarang-jarang datang. Bos Shariff ni bergaya orangnya. Sentiasa bawa brief case. Dia mengingatkan aku kpd bos pertamaku ketika bekerja di KB ketika dulu...

Tak beberapa lama..aku merasakan syarikat tu macam ada masaalah. Projek tak jalan pun. Sewa pejabat taukeh bayar. Dengan bantuan abang Husin..aku pindah kerja lagi. Kali ni aku kerja dgn taukeh berbangsa India. Aku kerja sebagai kerani. Namun aktiviti di tempat kerja tu aku kurang ingat. Yg aku ingat cuci karpet dan aktiviti menyelam.

Lari benar dgn kelayakan yg aku dapat. Aku bekerja sambil mencari kerja yg sesuai. Tak jemu-jemu aku mencari peluang. Suatu hari..aku terpanggil untuk menalifon Encik Khalid Jefri pemilik kepada syarikat percetakan akhbar tabloid di Sentul. Tak ingat dari mana aku dapat nombornya. Namun bila dial..Encik Khalid sendiri yg jawab dan aku terus bertanya peluang kerja...

Tak banyak kerenah..aku diminta oleh En Khalid ke pejabatnya di Sentul. Ketika itu akhbar Harian Nasional adalah di bawah terbitannya..

Setiba di pejabatnya..aku naik ke tingkat 7 tpt bos besar. Aku ditemuduga saat itu dan alhamdulillah..aku diterima bekerja sebagai wartawan kadet. Dlm hati aku berkata..kali ni memang kena dgn kelulusan ku. Aku harap aku akan berjaya di sini..

Saat melapor diri di pejabat Harian Nasional..ramai yg bertanya. Awak ni keluarga Encik Khalid ke..atau anak kekawan En Khalid. Mereka hairan bila aku jawab tidak ada kaitan dgn bos. Rupa-rupanya..rata-rata pekerja di situ ialah kerabat atau yg dah kenal dgn bos..ada juga pekerja dulunya staff Utusan Melayu.

Aku mula kenal ramai orang. Staff di pelbagai jabatan. Ada juga jabatan majallah. Di sini juga aku kenal Zahari Affandi orang Kelantan yg banyak berjasa dgn ku. Aku juga kenal dgn Lokman yg cuba mengusik ku dgn menyamar dlm talian telefon. Ghairah bercakap..rupa-rupanya si pemanggil ialah dia yg duduk tak jauh dari meja ku...maklum lah..waktu tu aku masih single mingle...haha!!

Bermulalah episod aku sebagai wartawan akhbar. Masuk keluar buat liputan itu lah kerja ku. Menghubungi orang untuk mendapat maklum balas untuk di buat berita. Semuanya memang sepadan dengan apa yg aku belajar. Segala masaalah aku atasi seadanya. Aku perlu banyak lagi pengalaman...

Namun..aku sangka panas hingga ke petang. Tak lama selepas itu syarikat seakan ada masaalah. Aku tak boleh lama di sini. Maka pengarang Zahari Affandi tampil membantu...

Apakah corak bantuan Zahari Affandi kpd ku. Tunggu episod seterusnya..
_______________________________________________

Itu saja cerita Kaknum kali ni. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Ada yg berterabur. Lama sgt dah kurang ingat. Nama-nama pun kurang ingat dah..

Assallamualaikum

No comments:

Post a Comment