Nostalgia 24
Jumaat penghulu segala hari. Salam maulilrasul. Ayuh kita sama-sama muhasabah diri. Sama-sama sucikan hati dari segala dosa dan noda.. Ayuh sentiasa ingatkan baginda Rasulullah dan ajaran-ajarannya. Semoga kita kembali ke alam sana dengan keadaan yg bersih suci dari segala dosa.
Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita ni. Setelah sekian lama tertangguh. Harap kekawan baca ye..
_________________________________
Terlibat dlm kemalangan bas merupakan suatu tragedi ngeri buatku. Namun aku bersyukur kerana Allah masih selamatkan kami. Tiada kehilangan nyawa kecuali cedera. Melihatkan keadaan bas yg keempat-empat tayarnya berada di atas dan bumbungnya yg senget kesebelah...sudah pasti orang menganggapkan ia sesuatu yg amat dahsyat..
Rupa-rupanya bas yg kami naiki itu dipecut terlalu laju. Terbabas di selekoh dan memasuki parit. Seakan sekelip mata disaat rata-rata penumpang sudah terlelap. Itu yg aku agak. Terdengar ditelingaku penumpang berkata pemandu bas telah melarikan diri..
Berserah aku pada nasib. Aku.tak putus-putus berdoa agar aku selamat tatkala berada dlm sebuah kereta dengan pemandunya begitu asing. Aku tak kenal pun siapa dia. Adakah dia orang yg baik-baik atau sebaliknya. Orang tu dlm lingkungan lewat 30han. Dia berdua bersama seorang lagi kawannya. Namun pelawaannya untuk membawa kami pulang ke Kota Bharu itu aku anggap dia benar-benar ikhlas.
Di rumah datuk..menjelang subuh emak bercakap-cakap dengan ayah mengenaiku. Emak kata mungkin aku dah tiba di KL waktu ni. Tiba-tiba ada orang memberi salam. Emak membuka pintu dan terkejut besar melihat wajahku yg kembali semula kerumah. Aku ceritakan peristiwa pahit kemalangan bas tu pada emak dan ayah...
Bermakna..orang yg tumpangkan aku tu orang yg baik-baik. Alhamdulillah Allah telah membantu kami. Aku terhutang budi sangat-sangat pada dia. Setelah pagi..ayah membawaku ke hospital. Aku dirawat sebagai pesakit luar..
Seingat aku..selang sehari selepas kejadian itu..aku terpaksa kembali semula ke ITM. Dengan kawan aku berpakat untuk pergi semula bersama-sama. Kali ni kami menaiki bas ekspress awam bukan bas pelancong.
Sebelum bertolak ayah membekalkan aku dgn satu ayat. Ia untuk mengelak dari rasa takut dan gerun untuk aku naik bas lagi.
LAA TAHZAN INNALLAH HAMAANA..Maksudnya jgn takut..Allah bersama-sama kita. Ayat itu aku hafal dan amalkan...
Apa dayaku insan biasa yg baharu saja terkena musibah. Sebaik bas bergerak..aku sudah mula kecut. Hati ku gerun. Perasaanku gelabah. Fikiranku masih tak keruan. Aku menjadi trauma. Kejadian kemalangan bas terbalik masih terngiang-ngiang di benakku...aku menangis dan menangis. Dek ketakutan yg teramat sangat dan trauma yg berpanjangan tu..aku sambar je tangan orang sebelah dan aku pegang tangannya kuat-kuat. Tak ku lepaskan tangan tu sehingga ke penghujung destinasi..
Aku akhirnya tiba di Pudu Raya dengan selamat. Tapi mukaku yg bengkak dan luka ditepi hidung masih berbekas. Aku berpakat dgn Zah untuk menaiki teksi ke ITM Shah Alam.
Trauma menaiki bas selama bertahun-tahun. Jika nak ke mana-mana aku sanggup menaiki teksi je walau pun tambangnya agak mahal. Atau aku lebih rela tak ke mana-mana..dok terperap kat bilik..
Di kampus..aku agak segan dengan kekawan kerana mukaku yg bengkak dan tepi hidung yg luka belum sembuh. Namun aku terus gagahkan diri. Kuatkan semangat. Aku tidak mahu kecundang. Aku ingin habiskan pelajaranku dengan jaya. Seingat aku...ketika ini aku di semester ke 3. Namun ia adalah semester pertama dlm kursus yg ku ambik iaitu Sebaran Am..
Masih jauh lagi perjalanan aku untuk menuntut ilmu. Ada perkara baharu yg aku belajar. Yg aku.ingat antaranya Communication Law..Public Speaking..Fotografi..Script Writing..Journalism dll. Ia berlarutan dari satu semester ke satu semester. Namun pada tahun akhir..subjek aku lebih fokus. Aku pilih untuk mahir dlm kewartawanan. Jadi major aku ialah Journalism. Kawan-kawan lain ada yg pilih Advertising, Public Relation, atau Broadcasting.
Aku seronok belajar Journalism. Pensyarah juga ada memujiku atas hasil laporan yg ku buat. Mungkin sebelum ni aku telah menyertai kursus kewartawanan tatkala ditingkatan 6 swasta atau mungkin kerana aku berminat. Semua tu pendorong dan penguat semangat untukku terus belajar.
Namun gadis kampong yg tak banyak pendedahan. Aku belum faseh bertutur dlm Bahasa Inggeris..aku belum pandai bergaya. Aku adalah aku yg cukup sederhana. Maka kekawan yg aku pilih juga terdiri daripada jenis yg citarasa sama dgn ku..
Namun aku masih rapat dgn Faridah anak seorang dato yg terkenal. Malah ditahun akhir..seingat aku..aku tinggal sebilik dengannya di asrama Kenanga.. aku juga rapat dengan Juwita yg akhirnya bertemu jodoh dgn seorang kerabat diraja Kelantan iaitu Tg Idris. Aku juga tinggal sebilik dgn Juwita..
Aku masih ingat Masnah..orang Muar yg menjadi rakan sedorm ku...kami saling bantu membantu terutama dari segi semangat..
Dlm kelas Sebaran Am aku masih ingat Ibrahim Yahya yg lebih dikenali dgn nama Tiger..Yg akhirnya menjadi KP Jab Penyiaran dan kini orang kuat TPM Dato Seri Zahid Hamidi..isterinya Rohaiza. Keduanya mendapat anugerah Dato. Aku masih ingat Rosni yg lemah lembut kini menjadi isteri kpd MB Johor dan bergelar Datin Seri. Amal..Kak Yong Melati Ariff..Norizan..Tumpang Saptu..dll. rata-rata dah menjadi orang yg hebat-hebat belaka...
Masa kian berlalu. Aku terus belajar dan belajar. Dlm pada tu banyak rentetan pahit manis yg aku hadapi. Cabaran alam remajaku juga serta lain-lain masaalah..akhirnya aku tiba di tahun akhir. Tahun yg agak mencabar juga. Jika aku kecundang kali ini bermakna aku tidak dapat diploma seperti yg ku harap-harapkan. Namun masaalahku ialah subjek Comunication Law. Semuanya dlm BI. Aku risau dengan subjek tu...
Apakah aku berjaya meneruskan pelajaranku sampai ke titik penyudah. Akan ku ceritakan lagi. In Syaa Allah..
____________________________________________
Setakat tu je dulu yg dapat Kaknum nukilkan kali ni. Ingat ye. Teruskan berdoa. Jgn sesekali kita berputus asa. Sentiasalah ingat kepada Allah walau pun ketika kita senang dan ketika susah. In Syaa Allah..hidup kita akan jadi lebih berkat.
Assallamualaikum..
No comments:
Post a Comment