Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 22 by ZN

Nostalgia 22

Dlm hidup kita...tak usah dengki atau iri hati jika ada kekawan yg berjaya. Tu bahagian dia. Bahagian kita tetap ada. Allah dah janjikan. Percayalah. Ikhtiar doa dan tawakkal. Itu yg perlu... Ok Kanum nak sambung cerita ni. Yg baca tu tk byk-byk ye..
___________________________________

Di Uitm semester ke dua pra diploma..aku melalui kehidupan sebagai mahasiswa Universiti. Biar pun aku tak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di UM sebagaimana sepupuku Alwi..namun ia adalah rahmat yg cukup besar.

Uitm sebuah IPTA khas dijana untuk anak-anak bumiputra. Bukan senang untuk ke situ..kena melalui proses saringan dan temuduga. So..aku redha. Ketentuan Allah aku di sini. Kerjaku tumpukan sepenuh minat dan semangat untuk belajar dan belajar..

Semester ke dua di kampus...aku lalui dengan perasaan tenang. Di sini macam-macam benda baharu yg aku nampak. Aku dapat peminat baharu..haha.  Aku juga ada kawan baharu dan segala-galanya baharu. Aku berusaha menyesuaikan diri. Lupakan gadis kampong yg miskin dan sederhana. Di sini..kita adalah pelajar U yg punyai cita-cita sama. Untuk belajar..untuk jaya dan seterusnya bina kerjaya yg sebaik mungkin.

Tiap pagi aku ke kelas dgn kawan-kawan. Berjalan kaki dari asrama yg terletak di lereng bukit. Seingat aku asrama Seroja. Menapak ke atas puncak bukit  yg meletakkan bangunan induk Uitm yg punyai berbelas-belas tingkat. Jika khidmat lift tergendala..kami terpaksa berlumba-lumba naik tangga ke tingkat atas dengan berjalan kaki. Ada yg terpaksa naik ke tgt 12 atau 14 dgn berjalan kaki je. Biar pun penat..tapi kami seronok!!

Aku juga tempuhi alam remaja di Uitm dengan penuh cabaran. Bergaul dengan pelbagai ragam dan kerenah  manusia. Berlari mengejar waktu yg telah pun diatur dgn rapi. Tiada masa yg terluang kecuali belajar..

Dlm kesibukan tu..hatiku tetap merindui kampong halaman. Merindui ayah emak adik-adik. Aku rindukan datuk dan nenek ku. Aku rindu suasana kampong ku yg santai. Aku rindu segala yg ada di kampong. Lantas perasaan ingin pulang semakin membuak-buak..

Cuti lagi selepas peperiksaan akhir semester. Aku pulang ke kampong menjalani hari-hari yg amat berharga bersama datuk dan nenek.

Datukku masih dgn rutin biasa. Berulang alik ke pekan Melor berniaga daging dan hasil kebun. Biar pun kudratnya dah makin kurang..namun semangatnya tak pernah luntur.

Aku perhatikan je pergerakan datuk. Entah kenapa datuk kerap ke klinik yg terletak di Selising. Seingat aku di situ lah satu-satunya klinik yg ada untuk menerima rawatan jika sakit. Jururawat yg bertugas di situ bernama kak Zi ada juga pertalian darah dgn kami.

Satu hari yg damai..datuk perlahan-lahan berjalan kaki ditebing tali air menuju ke rumah. Aku lihat kelibat datuk..dia merenung jauh..melihat kiri dan kanan. Mungkin perhatikan sesuatu. Melihat landskap dan panorama kampong ku yg indah permai..

Sebelum tu..aku perhatikan datuk merenung cermin..melihat wajahnya ketika datuk memakai serban. Aku perhati je. Dlm hati terdetik pelik. Tapi aku ingat itu biasa-biasa je..

Kebetulan Pak Su Ri dan moksu Ana balik bercuti dikampong. Terasa lebih meriah dan seronok. Terlebih seronok ialah nenekku dan datuk. Lama merindui anak bongsu kesayangan. Sekarang baharu boleh jumpa.

Pada satu petang..kami berkumpul untuk minum petang. Juadah yg moksu hidang ialah ubi rebus. Datuk ku kelihatan kurang sihat. Dia selalu mengadu pening kepala. Untuk mengambil wudhu bagi menunaikan solat asar..nenek terpaksa bantu datuk ke dapor. Aku pula ingat..ia sakit biasa-biasa je. Jahilnya aku.

Sebaik ambil wudhu..datuk ingin solat. Namun..kesihatannya makin terganggu. Datuk tiba-tiba sesak nafas. Nenek meriba datuk yg sesak nafas tu. Aku seakan panik. Mok Su Ana pun agak panik...datuk ku makin teruk..

Pak Su Ri yg berada di sawah di beritahu. Aku turun rumah berlari ke rumah Pak Cu Ya dan Wak Timah memberitahu khabar. Wak Aji Daud dan Wak Mek Jah dimaklum. Wak Mek Jah ialah anak datukku daripada ibu lain. Pok Su Loh..semua datang melihat datuk ku yg sedang sesak nafas.

Masing-msing cemas..ada yg nak bawa ke hospital. Tapi seingat aku datuk tak mahu.  Ada yg kata datuk mabuk ubat. Lantas Wak Aji minta daun kangkong untuk ubati mabuk ubat datuk. Masing-masing agak panik..

Wak Aji..orang lama mungkin dah boleh baca. Dia mengajar datukku mengucap. Ajar dan ajar mengucap. Itu lah yg aku ingat. Aku sedih..nenek sedih..semua kami sedih tengok perkembangan datuk..

Akhirnya datuk ku menghembuskan nafas terakhir. Di hadapan anak-anaknya kecuali emak ku yg berada nun jauh di Sabah. Datukku meninggal ketika waktu maghrib masih lagi dlm wudhu untuk solat asar..

Itu lah ketentuan Allah. Ajal maut tidak ada sesiapa yg boleh tentukan kecuali Yang Maha Esa. Waris warah dan orang-orang kampong di maklumkan. Kpd mak..ada orang kg yg tolong hantar telegram ke Sabah. Waktu tu tiada hand fone. Tapi berita datuk meninggal merebak dgn agak cepat.

Malam tu..rumah nenek penuh dgn sanak saudara yg datang. Aku membaca yassin di sisi jenazah datuk. Begitu juga yg lain-lainnya..

Keesukannya baharulah jenazah datuk ku di mandi dikafan dan di kebumikan. Dlm suasana yg pilu. Datuk tpt kami menumpang kasih telah pergi buat selama-lamanya. Dan bgi ku..itu lah kali pertama aku menyaksikan sebuah kematian. Di depan mata sendiri...Allahhuakbar!!

Rupa-rupanya apa yg aku lihat sebelum ni adalah petanda. Tingkah laku datuk yg lain macam seolah- olah ingin memberitahuku sesuatu. Namun..berat mulut ku untuk berkata-kata. Berat hati untuk meluah. Lidah kelu dan kaku..

Datuk telah pergi buat selama-lamanya. Yg tinggal hanya kenangan. Kenangan mendengar datukku mengaji. Datuk solat dan bacaannya menerpa ke hati. Kenangan datuk mengira duit hasil niaganya selepas solat. Kenangan aku bersama datuk mengail ikan..kenangan makan ikan sawah yg datuk jerkap serta lain-lain kenangan menerpa ke sanubariku....

Tinggallah nenekku seorang diri tanpa datuk. Rumah usang yg besar tu seakan sunyi...

Selang sehari kalau tak silapku..emak dan ayah pulang dari Sabah. Di bawa adik ku yg baharu. Berusia kira-kira setahun lebih...dlm sedih tu..aku rasa seronok juga dpt tengok adik baharu. Adik yg aku amat rindu-rindukan..

Namun perubahan demi perubahan berlaku rentetan ketiadaan datuk. Aku pula mengalami kecelakaan.

Nak tahu selajutnya..tunggu ye.
_______________________________

Maaf nukilan yg tak seberapa. Maaf juga jika fakta tak berapa tersusun.

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment