Nostalgia 8
Hari dah mula petang. Kerja memasak Jus Madu Lemon dah siap. Kerja-kerja bungkus utk pos JML kpd customer tetap di Penang pun dah siap. Cucu bby dlm buaian. Yg lain-lain dah dibawa ke rumah datuk dan nenek mereka yg terletak tak jauh dari rumah Kaknum. So ada lah masa sikit untuk Kaknum sambung cerita. Semoga kekawan tak jemu baca ye..
__________________________________________
Lama juga kami berhadapan dengan keriuhan di kampong kami. Jentolak yg menggali dan mengangkut tanah..kerja-kerja menebang serta lain-lain aktiviti untuk membina tali air. Kebetulan ia terletak betul-betul berhadapan rumah datukku. Ia juga sehaluan dgn jln kecil ke rumah ayah dan emak. So kelibat apek pemandu jentolak dan pekerja lain memang sering kami nampak.
Agak lama juga aktiviti itu berjalan.
Dlm pada tu..usia ku kian bertambah. Aku semakin meningkat remaja. Adik lelaki ku Azizi juga kian membesar. Beza usia aku dgn adik lelaki selama 4 tahun. 6 tahun kemudian adik perempuanku lahir. Emak bersalin adik ke 3 di rumah nenek.
Masih ku ingat..saat emak sakit nak bersalin..bidan kampong dipanggil untuk membantu. Masa dulu-dulu payah nak dpt bidan Kerajaan. Jadi rata-rata ibu-ibu melahirkan anak di rumah je. Untuk memulihkan badan..mak gunakan buah manjakani. Buahnya direbus dan air rebusan manjakani itu untuk buat cuci dan dan minum.
Mak berpantang dengan baring di atas pangkin yg diperbuat drp kayu. Ia seolah-olah sebuah katil. Namun yg gelegar (lantainya) dibuat jarang-jarang. Tikar mengkuang di letak di atasnya dan mak baring di atas tikar. Di bawah katil di letakkan bara api. Tujuannya agar orang bersalin sentiasa rasa hangat dan peranakan cepat puleh.
Dlm hal-hal bersalin ni...ada seorang bidan kampong yg dikatakan sangat mahir. Dia tinggal di kampong sebelah. Tapi dia ni lelaki tau. Cuma perwatakannya saja agak lembut. Dah bertahun-tahun dia berkhidmat membantu proses bersalin dan menyambut bayi. Aku lupa sama ada mak menggunakan khidmat dia kali ni.
Saat bayi..adik perempuan kesayangan ku di suap pisang bakar. Isi pisang dilenyek-lenyek kemudian nenek menyuapkannya kpd adik. Besar sikit adik diberi makan suji. Ia adalah tepung gandum yg digoreng tanpa minyak dan kemudian di masukkan air agar lembik. Mudah untuk bayi makan...
Walau pun kampong kami kian berubah...namun saat-saat aku membantu nenek mengetam padi tetap terpahat dlm ingatan. Untuk mengetam..kami menggunakan pisau khas yg diperbuat untuk kerja-kerja mengetam. Tangkai padi dipotong satu persatu dihimpun agak-agak secekak dan diikat dibuat gemal.
Kemudian gemal-gemal padi dihimpun dan diangkut dan disimpan dlm bangsal khas. Di bangsal inilah semua gemal padi disimpan. Nak tahu orang mana banyak tanam padi..boleh tengok pada bangsalnya. Bila bangsal besar tu..maknanya byklah hasil padi mereka.
Zaman dulu padi hanya disimpan utk sara diri je. Bila nak guna..gemal tadi di erik (dipijak-pijak) agar buahnya terlerai drp tangkai. Setelah terlerai..padi dijemur di tengah panas. Kemudian padi ditampi untuk menyisihkan yg isinya penuh..serabut tangkai dan daun-daun. (Aku lupa la org tampi sebelum atau selepas jemur.)
Masa menjemur ni lah kita kena sentiasa perhatikan kot-kot ada itek ke atau ayam yg membaham padi tu. Mengetam..mengirik..menjemur dan menghalau itik dan ayam adalah kerja-kerja yg biasa aku lakukan. Aku tak kesahkan kena gatal-gatal kulit ke..kena sun burn ke..kena pacat ke...semua tu aku tak peduli. Semuanya ku buat tanpa membantah..
Ok berbalik kpd nasib padi tadi. Setelah dijemur kering..padi diangkat dan di masuk kedlm guni dan dibawa ke bawah rumah. Di situ ada lesung padi milik datuk.. so bermulalah kerja-kerja seterusnya iaitu menumbuk padi. Biasanya kerja-kerja ni dilakukan sebelah mlm. Sambil menghidu bau tahi lembu..kami tumbuk padi tu sehingga kulit padi terkupas menjadi beras. Bawah rumah tu jugalah kandang lembu datukku..
Baiklah...dah siap tali air..
Orang-orang kampong seronok. Air yg tak pernah surut kecuali kemarau besar. Padi dpt di tanam 2 kali setahun. Punca rezeki mereka bertambah. Kehidupan bertambah senang sikit. Selain punca kebun buah-buahan. Projek tanam tembakau pun semakin padam..
Ayahku pula..orang pendatang dari Machang. Dia tak byk tanah untuk diusahakan. Anak dah bertambah 3 orang. Takkan ayah nak biarkan kami..
Atas nasihat kawan..ayah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Ugama STU. (Atau sijil yg setaraf dgn STU. Aku tak brapa ingat) Mengaji pondok ayah tak ada sijil. Dgn STU..ayah dpt guna sijil tu utk cari kerja. Buku-buku...kawan ayah bgi pinjam. Akhirnya ayah lulus periksa.
Aku agak-agak dgn sijil tu lah ayah mohon kerja. Jawatan yg ayah mohon..guru agama nun jauh di Sabah. Satu tempat yg amat-amat jauh yg tak terjangkau difikiran emak. Namun..demi anak-anak dan isreri tercinta ayah terpaksa pergi. Ayah berjaya dlm temuduganya dan ayah terima jawatan tu dgn berat hati..majikan ayah ialah Yayasan Sabah..
Nak tak nak ayah terpaksa pergi jua. Mak..demi tak sanggup tengok ayah keseorangan..terpaksa ikut ayah. Adik ke 3 ku yg masih kecil seingat aku dlm usia setahun lebih terpaksa di bawa bersama. Adik lelaki ku baru saja berusia 9 tahun. Dan aku dlm tgtan 3 atau 2.
Saat pemergian ayah..itu lah saat yg paling menyedihkan aku. Paling sayu apabila melihat adik ke 3 melompat-lompat ikut ayah berjln kaki dari rumah ke jln besar. Adik kecilku belum mengerti apa-apa. Dia tak tahu pun betapa peritnya perpisahan ini..Emak..aku dan adik hanya diam. Aku faham emak sedih tinggalkan kami terutama satu-satunya adik lelaki yg masih mentah.
Kami manaiki teksi menghantar ayah ke stesen kereta api Wakaf Bharu..emak..aku bergenang air mata. Tiba-tiba air mata itu mengalir ke pipi. Dunia di rasakan gelap. Ayah..mak tpt kami bermanja bakal meninggalkan kami.
Tak lama Kereta api ayah untuk ke KL tiba. Cepat-cepat ayah naikkan barang-barang. Emak dan adik kecil kami menyusul.
Aku dan adik lelaki ku berdiri di tepi rel. Perlahan-lahan kereta api berlalu pergi meninggalkan kami. Adik Azizi.. ku lihat seolah terkejut dan kebingungan. Kami seolah- olah tak mahu berganjak dari situ..
Selamat jalan ayah..selamat jalan emak..adik. kami doakan ayah emak dan adik selamat..
Kami tinggalkan stesen kereta api itu dgn perasaan sayu dan kosong.
Namun..hati perlu tabah. Dlm gerimis petang...kami pulang ke rumah datuk.
Bermulalah hari-hari tanpa emak dan ayah di sisi.
Bagaimana keadaan kami selepas ke dua ayah dan ibu pergi.
In Syaa Allah aku cerita dlm coretan seterusnya..mohon maaf jika ada coretan yg tersilap fakta..
__________________________________________
Masa dah lewat petang. Cucu-cucu dah balik. Ada kerja belum selesai. So Kaknum mohon diri dulu ye.
Assallamualaikum.
Sebelum tu Kaknum nak share ni sebelum terlupa.
Sentiasalah baca quran.. selawat ke atas nabi..istighfar dan ziarah saudara mara. Itu inti ceramah ustaz Dusuki di tv..sambil menulis sambil dengar tazkirah..
No comments:
Post a Comment