Nostalgia 9
Assallamualaikum kekawan. Terasa rindu pulak nak bercerita. Kaknum tak pandai nak bercerita dgn lisan. So Kaknum pilih bercerita dgn tulisan. Harap coretan Kaknum yg tak seberapa ni kekawan baca tanpa jemu ye!!
____________________________________________
Pemergian emak..ayah dan adik kecil ke Sabah meninggalkan kesan yg amat mendalam. Belum puas kami bermanja dan bernyanyi bersama..tetiba hari ini mereka tiada di sisi.
Emak..segala-galanya buatku. Ratu hatiku yg tiada tolok bandingnya. Lebih-lebih lagi aku yg kian meningkat remaja..emak lah tempat aku mencurah rasa. Ayah...dengan perwatakannya suka bercerita..ahli agama...bukan saja menjadi tempat rujukan bgi orang-orang kampong..bahkan tempat aku bertanya dan mendapat jawapan. Ayah idolaku.
pakar rujukku..tempat aku bergantung.
Jika mandi diperigi..air jirusan ke tubuhnya menjadi air mandiku. Aku sering berada dekat dgn ayah bila dia siram air ke kepala. So air yg disiraminya tu turut membasahi tubuh ku yg agak tembam. Satu hari..timba ayah terhantuk ke kepalaku gara-gara seronok sgt berada dekat dgn ayah tatkala dia mandi. Aduh! Bengkak kepalaku.
Itu kesah aku ketika kecil. Bila meningkat remaja..ayah sudah mula mengawal pergerakanku. Aku tidak lagi bebas seperti dahulu. Ayah makin tegas dan aku tahu bila saat ayah marah. Bila bunyi ayah berdehem saja..hatiku dah mula kecut dan cemas!..
Sekarang..emak ayah sudah jauh. Tinggallah kami adik beradik dirumah datuk dan nenek. Di rumah nenek ada bapa saudaraku yg bongsu. Aku panggil dia Paksu Ri.
Rumah datuk agak besar berbanding rumahku. Ruang tamu dan dapor yg agak luas. Namun hanya ada satu bilik je. Aku tidor berlantaikan tikar mengkuang.
Telaga rumah datuk ku agak jauh dari dapor. Untuk memasak..aku terpaksa angkut air berkali-kali dan menaiki tangga sebelum mencurahkannya ke dalam tempayan. Dekat telaga tu ada pokok-pokok besar. Ada pokok kiat...pokok kerian..pokok garak..jambu biji..rambutan kampong dan pokok sentul. Pokok garak tumbuh dan melilit pokok lain kerana sifatnya menjalar..
Bila siap tali air..punca pendapatan utama datukku ialah tanam padi. Namun datukku rajin tanam pelbagai jenis ubi di kebunnya dekat kawasan rumah. Beliau juga pandai berniaga. Jika ke pasar..datuk mengutip apa-apa yg boleh dijual termasuk ubi dikebunnya untuk dinjual di pekan Melor. Kebiasaannya ubi badak pisang dan pucuk-pucuk kayu di pikul ( kandar ) atas bahu dan di bawa berjln kaki ke jln besar. Di jln besar datuk menaiki beca ke pekan itu.
Di Pekan Melor..datuk memborong daging untuk dijual secara runcit. Balik rumah selepas solat datuk mengira untung dan rugi dia berniaga. Adat berniaga.. adakalanya datuk untung dan ada kalanya rugi.
Datuk juga tanam ubi gadong untuk dijual di pekan. Namun ubi gadong perlu diproses terlebih dahulu agar tiada racun. Caranya..ubi gadong di kupas..dihiris nipis-nipis..dimasuk dlm kantung yg diperbuat drp buluh dan direndam dlm air dlm masa agak lama. Dah tu..ubi gadong diangkat. Memang ianya berbau sedikit. Tetapi apabila dimasak dan dimakan bersama nasi pulut dan kelapa parut bagiku ianya amat menyelerakan. Kebiasaan ubi gadong dijual dimusim tengkujuh.
Nenekku pula seorang suri rumah yg tegar. Beliau tak kesahkan duit ringgit kecuali melayan datuk dan membuat kerja sawah serta kerja-kerja lain. Semua barang keperluan dapor..datukku yg beli dan nenek memasak ikut selera datuk.
Di rumah datuk kami agak mewah sedikit kerana datuk sering berulang alik ke pekan. Jika bulan puasa..datuk sering membawa pulang daging dan sebagainya untuk juadah berbuka dan sahur. Jika tak..kami makan nasi berlaukkan ikan air tawar yg datuk cari sendiri.
Kerja masak memasak masih menggunakan dapor kayu. Masa ni bekalan letrik belum ada di kampong kami. Dlm kegelapan mlm..aku belajar menggunakan cahaya pelita minyak tanah.
Orang dulu-dulu amat seronok bila bulan penuh. Cahayanya memancar di seluruh kampong kami diwaktu mlm seolah-olah memberikan satu sinar buat mereka. Pada waktu begini anak anak muda mengambil peluang untuk bersidai beramai-ramai di atas jambatan di kg kami. Mereka berbual- bual dan bergurau senda.
Aku rajin belajar. Awal-awal pagi sudah bangun membuat persiapan sebelum.ke sekolah. Aku ke sekolah dgn basikal hadiah drp ayah.
Hari raya puasa ayah dan emak tak pulang. Naluri remajaku ingin sangat-sangat buat kueh raya. Kebiasaan rumah moksu Esahlah tempat aku tuju. Aku mula rapat dgn moksu Esah setelah kedua ibu dan ayah merantau. Rumah moksu tu tpt emakku pergi mesin getah yg ditorehnya dahulu. Hubungan kami dgn suami moksu esah pun ada pertalian darah.
Untuk buat kueh..aku kerumah moksu sebelah mlm selepas terawih. Rumahnya ada alat pembakar kueh yg menggunakan arang. Biasanya..aku bermlm di rumah moksu dan kami beramai-ramai masak biskut raya bersama.
Pagi raya..awal pagi aku ke rumah bapa saudaraku Pak Teh Mat membawa kueh raya untuk dirasa. Bagiku berjumpa pak teh seolah-olah berjumpa ayah. So aku kerap ke rumahnya juga di hari-hari biasa.
Tak lama kemudian..kampong kami menerima bekalan letrik. Itulah saat yg paling menggembirakan aku dan org-org kg.. cuaca mlm dari gelap menjadi cerah. Pada waktu itu datuk hanya memasang sebiji mentol lampu bulat yg cahayanya kuning untuk menerangkan ruang tamu. Sebiji lagi untuk ruang dapor... Seronoknya bukan kepalang. Kerja yg sukar pun menjadi senang gara-gara ada bekalan letrik.
Tiba-tiba aku mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain...
Apa yg menyebabkan aku berpindah.
Ke manakah lokasi perpindahanku..
Dan macam mana nasibku selepas itu..
In Syaa Allah akan ku coret bila ada masa dan idea nanti. In Syaa Allah. Mohon maaf jika ada bahasa yg tungang langgang dan ejaan yg kurang sempurna.
_______________________________________________
Masa dah pun beransur petang. Tetiba perut terasa lapar. Jom cari juadah minum petang!!
Jgn lupa sentiasa berzikir memuji Allah. Banyak pahala kita dpt. Hidup kita juga lebih tenang dgn mengingati Allah..
No comments:
Post a Comment