Nostalgia 1
Ayah..damailah di sana....
Suatu hari yg damai..aku bergegas pulang ke kampong halamanku. Emak dengan wajah bimbang dan cemas menunggu. Ayah kau letih. Jom bawa ke hospital.
Aku terus meriba ayah. Wajahnya memang lesu. Badannya kelihatan tak bermaya. Ayah!! Kita gi spital deh. Dlm keadaan lesu ayah mengangguk tanpa suara...
Kenapa ayah jadi macam ni...ayah nampak pucat. Badannya lemah longlai. Suaranya amat perlahan...
Dibenak ku..ayah mungkin kena hipo sebab ayah ada diebetes. Lantas aku letak kepala ayah ke atas bantal dan terus ke dapor kacau air kopi dan bawa keluar.
Kepala ayah aku angkat sedikit dan ku beri dia minum kopi. Jahilnya aku masa tu..
Lepas diberi minum kopi manis..kelihatan ayah tidak banyak berubah. Adik lelaki tunggal dan adik bongsu menaruh bimbang. Pak teh abang ayah serta anaknya tiba. Jiran-jiran sekampong pun datang melihat keadaan ayah..
Ayah ni dah nazak..!! Kata Pak teh. Lantas di bacanya yaasiin. Seorang demi seorang datang bacakan yaasin. Ayah di baringkan di satu sudut di ruang tamu.
Aku mak..adik lelaki dan adik bongsu saling memandang. Di wajah masing-masing kelihatan cemas. Lantas aku memegang tangan ayah...namun seorang jiran berkata..biarkan ayah pergi dgn elok. Dia dah nak pergi tu. Allahhukbar...
Ku lihat wajah ayahku...ku lihat matanya yg memandang ke atas tanpa berkelip. Lama renungannya ke atas sana.. kalau dapat bertanya..pasti aku tanya ayah pada waktu tu. Apa yg ayah lihat. Dlm pengetahuanku...begitulah yg berlaku ketika saat kematian/nazak. Kita akan diperlihatkan di mana kita selepas ini dengan pandangan mata ke atas seperti itu.. Kemudian pandangan ayah jatuh ke bawah dan tiba-tiba di rasakan nafas ayah terhenti..Subhanallah..!!
Innalillahhiwainnailaihirajiun...ayah pergi selepas waktu zohor dlm keadaan yg baik sekali. Sebelum ni ayah kena stroke ketika saat pembedahan jantung di HUSM Kubang Kerian. Lama ayah terlantar di wad dan akhirnya di benarkan pulang. Untuk pulehkan ayah..kami berikhtiar macam-macam. Panggil tukang urut dan pergi berurut. Kami pernah bawa ayah berurut dgn tukang urut berbangsa tiong hwa. Namun untuk kali ke dua ayah sudah tidak mahu. Kata ayah..ayah bimbang kot-kot minyak yg digunakan tidak halal.
Akhirnya sepupu bawakan tukang urut ke rumah. Alhamdulillah..selepas itu ayah dah boleh turun rumah kait jambu dan dah boleh ke bilik air mandi...namun semua tu dlm seliaan emak..
Mak sangat gembira ayah sihat. Baginya ayah lah tempat dia bergantung. Anak-anak dah tinggal asing kecuali anak bongsu.
Suatu hari emak demam. Ayah sorang-sorang turun ke bawah. Masa nak melangkah naik di beranda tangan ayah belum kuat memaut pintu dan terus terjelepok jatuh. Emak terkejut dan gagahi diri mengangkat ayah..
Punggung ayah sakit. Mungkin terselioh tulang. Ayah tak boleh berjalan lagi...walau pun tukang urut datang..namun keadaan ayah tak banyak berubah..
Akhirnya..diebetes ayah semakin tak terkawal. Dan ayah di sahkan terkena sakit buah pinggang. Bermulalah satu episod perit lagi buat kami anak beranak. Namun kami redha dgn ketentuan Ilahi..
Aku berulang alik ziarah ayah. Masa bagiku amat mencabar kerana aku seorang penjawat awam. Begitu juga adik lelaki ku. Seorang lagi adik ku bekerja dan berhijrah ke Shah Alam...
Jika ayah masuk wad..kami bergilir jaga ayah. Biasanya aku pilih waktu malam. Aku tidur bersama ayah di wad dan kemudian pagi esoknya terus ke pejabat untuk kerja. Ketika bersama ayah..aku bacakan surah Yaasiin dan ayah menyemak bacaan ku. Betul ke ni ayah...ayah angguk kepala..
Ayah..walau pun kena stroke yg melibatkan tumpuan pemikirannya kurang normal..namun ayah masih boleh ingat surah yaasiin yg dihafalnya. Surah-surah lain jika lupa dia minta emak yg tolong ajarkan. Ayah dan emak kedua-duanya guru al quran. Malah ayah kpd ayah juga guru quran terkenal..
Pernah dlm kereta untuk bawa ayah ke klinik..aku sengaja pasangkan ceramah agama biar ayah dengar. Dan ayah menghayatinya sambil menangis. Sejak kena stroke ayah kuat menangis...mungkin ayah teringat saat dia sihat. Dapat ke sana ke mari dengan mudah. Ayah..tok imam madrasah di kampong kami. Ayah juga mengajar agama di madrasah itu serta pusing mengajar di madrasah lain juga.
Pabila sudah terlalu udzur ayah dah tak kuat untuk ke madrasah. Yg aku perasan..ayah acap kali meletakkan ubat di bawah lidahnya dan kerap meminta tolong kami memicit kawasan belikatnya. Ayah dah kena sakit jantung kronik...
Namun...atas permintaan kariah madrasah..ayah mengajar di rumah. Ayah baca kitab dan menerangkan isinya. Ketika ini satu-satunya adik lelaki sempat merakam video ayah mengajar dan dimuat naik di youtube. Sehingga kini kami dapat menonton rakaman ayah...ustaz Noh Melor mengajar walau pun tak panjang. Adik lelaki ku itu amat rajin mendengar bila ayah mengajar. Dlm hati ayah..anaknya ini lah harapan untuk mengganti ayah. Jadi imam. Jadi anak yg soleh dan yg tak pernah lalai untuk mendoakan ayah ibu tatkala di alam kubur nanti. Itu lah adik kesayanganku Azizi Noh.
Agak lama juga ayah mengajar di rumah. Sehinggalah pada satu malam ayah pengsan dan jatuh tangga dapor. Ayah baru selesai ambil wudhu namun terjatuh dan pengsan seketika. Emak terkejut lihat kepala ayah bengkak. Lantas ayah dibawa ke Hospital Kota Bharu. Di wad dr mengesahkan ayah pengsan sbb jantung ayah terlalu lemah. Degupannya 40 ke 60 kalau tak silap. Ayah di pasang bateri dan dirujuk segera ke HUSM.
Bermula episod seterusnya. Dr cakap ayah perlu segera di bedah dan pasang bateri dijantungnya. Usia ayah waktu itu sudah menjangkau 71 th. Kos pembedahan ayah kira-kira rm40 ribu. Kami berbincang dan ayah kata tak apa In Syaa Allah ayah ada duit.
Dan saat yg ditunggu pun tiba. Ayah di tolak ke dewan bedah pada waktu pagi. Sayu kami melihat wajah ayah. Sedih kami sembunyikan. Sebelum di bedah ayah bercerita ada seseorang dtg jumpa dia berkata sesuatu. Dlm keadaan sedih itu...cerita ayah itu berlalu begitu sahaja...dan bila ayah dah sedar...ayah bukan macam dulu lgi..
Ayah yg dulu seorang ustaz...juga penceramah politik..seorang guru..seorang ayah yg sanggup berkorban untuk anak dan isterinya. Ayah sanggup ke Sabah mencari rezeki semata-mata untuk sekolahkan kami. Dan semuanya dianggap berbaloi. Aku jadi Penerbit Rancangan. Yg Lelaki guru yg ke 3..juruteknik..Besarnya pengorbanan ayah dan ibu...
Ya Allah...ayah telah pergi buat selama-lamanya. Belum sempat untuk kami berbakti dengan sepenuh hati...ayah telah pergi. Macam- macam perasaan timbul. Namun ayah tidak akan kembali lagi..
Dlm sebak ku lihat adik angkat ayah tiba. Di atas motornya ku lihat 2 batu nisan khas untuk ayah. Abang Lah bukan setakat adik angkat. Tetapi muridnya yg taat. Dia berguru dgn ayah sewaktu aku kecil lagi dan ayah belum ke Sabah. Ayah menggalas tanggung jawab sebagai ustaz di sekolah selama 10 tahun. Sebelum itu abang Lah sentiasa ulang alik ke rumah berguru dgn ayah. Bila abang lah ada ayah sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 pagi..
Damai lah di sana wahai ayahku..in syaa allah anak-anakmu termasuk satu-satunya anak lelaki mu akan membantu mu dengan bacaan ayat-ayat suci dan sumbangan derma. Itu lah yg diharapkan oleh mu ayah dan kami akan melaksanakannya. Pastinya harapan ayah untuk melihat anaknya menjadi anak yg soleh dan solehah. Kami berusaha ke arah itu ayah...
Bagi kami..walau pun sudah kira-kira 12 th ayah pergi namun ayah tetap tersemat di hati..
Dan...kpd sahabat yg membaca nukilan ini..dengan rendah diri ku mohon untuk sama-sama sedekahkan al fatihah buat ke dua yg tercinta...ayah ku Noh bin Mahmoid dan emakku Halimah Ab Rahman...
Al fatihah..
Jutaan terima kasih hamba ucapkan..
By; ZAINUM NOH
No comments:
Post a Comment