Nostalgia 20
Seronok menulis. Seronok bila kekawan baca. Tulisan Kaknum ni jika tak elok..harap bagi komen ye. Ia untuk tatapan anak cucu dan kekawan juga. Satu hari nanti Kaknum akan pergi jua. Harap tulisan ni kekal di sini. Pesan Kaknum..jangan sesekali kita mencari musuh. Jaga adab sopan kita. Jangan dengki khianat. Jangan syak wasangka. Semua tu tak elok. Buat apa nak tambah dosa kan. Sedangkan dosa yg lepas masih bertimbun. Semoga Allah ampunkan kita semua. Aamiinn..petang ni Kaknum nak sambung cerita. Baca ye..
______________________________________
Berada di kampus yg besar..aku bagaikan seorang anak yg terlalu kerdil. Seolah-olah satu kejutan dengan suasana yg agak sibuk dan penuh berdisiplin. Namun aku lebih bertuah kerana telah pun merasainya sebelum ini tatkala aku menjadi pelajar Uitm Dungun.
Namun kali ini agak berbeza. Minggu suai kenal lebih mencabar lantaran geografi Uitm Shah Alam yg berbukit bukau..pelajarnya yg lebih ramai dan kawasannya juga amat luas. Aku dah agak lupa rentetan suai kenal tu. Namun seingat aku..kami dikejutkan seawal jam 4 pagi. Tiupan wisel membingitkan telinga dan kami cepat-cepat bingkas dari tidur yg lena.
Ada program solat..ceramah dan juga berbaris beramai-ramai. Beramai-ramai kami menyanyikan lagu-lagu patriotik. Antaranya Malaysia Berjaya dll. Begitu bersemangat kami menyanyi beramai-ramai. Timbul rasa seronok pula menjadi pelajar baharu walau pun alam kampus selepas ini yg entah bagaimana keadaannya.
Ketika suai kenal tu aku memilih untuk menyertai pasukan beruniform iaitu Kesatria. Ada juga pasukan lain atas minat masing-masing. Ada team agama. Ada team kebudayaan dan pasukan beruniform lain.
Sebagai ahli Kesatria..aku mesti menyertai kawad kaki bersama ahli lain. Uniform ku dibekalkan oleh Uitm. Seronoknya menjadi student Uitm. Yurannya agak murah. Kemudahannya juga lengkap.
Aku tinggal dlm dorm. Sewaktu Pra Diploma..aku ditempatkan bersama-sama pelajar dari Johor Melaka dll negeri. Seorang demi seorang menjadi kawanku. Dari slang Kelantan..aku ubah cara cakapku menggunakan slang Kuala Lumpur. Kecuali dgn orang Kelantan..aku tetap mengekalkan tradisi ayah bondaku dgn slang budu. Haha..
Antara yg masih ku ingat ialah Rogayah dari Melaka .Adib dan Aya dari Johor..biasanya untuk ke kelas ke atau ke mana-mana..kami biasanya berempat bagaikan satu kumpulan kecil. Dan kumpulan kami ni pulak bergabung dengan kumpulan pelajar lelaki dari kursus Kejuruteraan. Maka makin teguh lah kumpulan kami. Untuk study pun kami kadang kala masih bersama.
Ok tinggalkan kumpulan tu dulu.
Ketika ini aku memang sibuk. Sibuk menyesuaikan diri sebagai pelajar baharu..sibuk mencari kawan.. sibuk serasikan dengan mata pelajaran baru. Aku juga sibuk dengan masaalah Bahasa Inggeris. Lantas terlintas kenakalan kami ketika di tingkatan 6 dulu. Masa tu..kami bagi tahu cikgu yg kami tak mahu belajar BI..tapi nak belajar ekonomi. La ni padan muka ku!! Bila masuk IPTA baru terasa pentingnya BI..
Penguasaan BI ku terlalu lemah pada awalnya. Sedangkan student bandar..mereka memang selesa dan mahir bertutur dlm BI. Aku budak kampong yg tak pandai BI ni terasa begitu kecil dan terasing. Namun pada sesi pra diploma tu aku tidak keseorangan. Bahkan ramai lagi rakan yg senasib yg tak pandai BI terutama yg datang dari luar bandar.
Semesta pertama dan kedua kami belajar grammar writing pemahaman komunkasi BI dll. Disamping itu aku juga terpaksa belajar Akaun..matematik dan statistik. Kesemua subjek itu adalah musuhku kerana aku tak pandai dlm kira mengira.
Namun..dek kerana semangat tidak mahu gagal..mahu tak mahu aku terpaksa tempuhi juga. Diam-diam aku berbaik dgn seorang yg bijak dlm matematik yg bernama Mahat budak Johor.. Mahat ni best student matematik dan mendapat Prinsipal dlm STPM..
Untuk BI pula..aku berbaik dgn seorang sahabat yg bernama Faridah. Faridah anak seorang yg berada. Ayahnya berpangkat dato dan ada nama. Tak hairanlah anaknya pandai BI. Namun Faridah..seorang gadis yg baik hati..merendah diri dan suka membantu ku..jika ada tugasan yg diberi dlm BI..aku seakan demam. Kpd Faridahlah tpt aku meminta tolong..
Aku lalui semester pertama dengan penuh semangat walau pun aku berhadapan dgn beberapa masaalah.
Ketika ini aku tak kesah sangat dengan penampilanku. Cukup ke kelas dengan baju kurung yg aku jahit sendiri..bedak baby dan sedikit gincu. Bila belajar malam..kami mendaki bukit menuju ke kelas sebelum naik lift ke tgt 12. Malam cukup aku mengenakan gaun labuh yg ku jahit sendiri..cukup simple sebagai gadis kampong.
Namun..walau pun penampilanku yg tidak seberapa..ramai pulak kumbang yg berkenan. Haha..
Ok tak payahlah aku sebutkan hal tu ye. Biasa lah zaman remaja. Menyukai dan disukai antara lelaki dan wanita tu satu fenomena alam yg biasa. Ia satu perkembangan sihat. Full stop.
Kebiasaannya selepas belajar malam..kami beramai-ramai pi minum kat gerai di tepi jalan raya. Agak meriah di sini dan tak kurang juga dgn pelajar couple. Aku dgn kumpulanku kadang-kadang ke luar kampus bila ada masa terluang..biasa kami ke Kelang.
Waktu ni..ayah mengirim wang belanja sebanyak rm50 sebulan. Kadang kala lebih. Dgn wang tu cukup untukku beli barang keperluan sekadarnya. Tak banyak yg aku nak beli. Aku jarang beli baju..apatah lagi yg mahal-mahal. Solekan pun hanya ala kadar..makan ku ialah di asrama.
Di hari pertama makan di asrama.. aku seakan terkejut. Sbb ku lihat ramai yg tak habiskan juadah. Roti dimakan hanya yg bahagian tengah je. Yg tepi-tepi depa buang. Telor pulak ramai yg tak makan. Ikan pun mereka kurang gemar kecuali ayam pedas. Maka ramailah yg beratur untuk juadah ayam pedas..
Aku lihat je apa yg berlaku dengan penuh kesal. Di kampong kami tak berapa mewah..jarang jumpa roti. Namun di sini mereka pandai pilih. Itu lah hakikat yg aku belajar dan jadikan tauladan..dlm hati..aku bersyukur kerana aku dapat rezeki di sini..
Ok tinggalkan hal tu..
Selepas kira-kira 6 bulan belajar..aku mengambil peperiksaan pertama..kali ni peperiksaan yg rata-rata ada kaitan dgn BI. Susah jugakla org macam aku ni...
selepas berakhir peperiksaan tu
aku pun pulang bercuti dikampong. Ketika ini..seorang demi seorang anak kampong ku berjaya ke IPTA...termasuk maktab perguruan dan sebagainya. Ini termasuklah Ziad Abdullah..Faridah..Yah Mok Som dan ramai lagi. Kesimpulannya ramai yg dah berjaya dan terpaksa melanjutkan pelajaran diluar Kelantan..
Namun..dlm kegembiraan berada di kampong..ada sesuatu yg mengejutkan berlaku kpd ku.
Apakah itu.
Tunggu akan ku ceritakan nanti. In Syaa allah.
Mohon maaf jika tersilap fakta.
Assallamualaikum..
_________________________________________
Haha dah panjang cerita kaknum ni. Harap jgn jemu baca ye..maaf ler jika ada bahasa yg tak berapa betul. Unuk santai-santai je...
No comments:
Post a Comment