Nostalgia 15
Hujan turun lagi. Kali ni agak lebat. Kejap tadi anak Kaknum pi pejabat pos naik motor. Ada tempahan Jus Madu Lemon drp org Selangor. Nampak gayanya basah lah dia. Harap-harap hujan tak berpanjangan.
Dah free ni Kaknum teringin nak sambung cerita. Kekawan baca ye..
___________________________________
Sebelum tinggal di asrama SMIP aku berulang alek dari rumah Abang Him ke sekolah. Tak lama. Sekejap je. Kekadang bila aku lewat balek Kak Mah yg risau. Mana tahu aku tersesat ke atau tersalah jalan. Maklum lah rumah Abang Him tu memang dlm bandar. Lebih tepat di pinggiran. Keluar je dah nampak jalan-jalan besar.
Kebetulan di rumah abang Him tu ada adiknya. Lelaki. Dia ni juga berniaga ikan. Pendiam orgnya. Kami jarang berborak. Namun aku tahu isi hatinya..
Jiran Abang Him ada seorang makcik. Dia boleh ajar mengaji. So aku ambil keputusan berguru dgnnya mengaji quran. Sambung apa yg tertinggal.
Namun..berulang alek dari sekolah ke rumah Abg Him mengambil masa. Aku penat dan banyak pakai duit..aku pun mohon untuk tinggal di asrama..
Di asrama banyak yg aku belajar. Bergaul dgn rakan-rakan dari pelbagai daerah. Ada yg kaya dan ada yg miskin. Yg kaya macam-macam bekalan mereka bawa. Aku tumpang tengok..
Kami makan di asrama. Lelaki dan perempuan makan sama-sama. Kawan ku yg masih aku ingat bernama Nik Azlan. Namun sekejap je aku tinggal di asrama..aku mohon keluar dan tinggal di rumah sewa.
Dok di asrama bagiku banyak pantang larang. Tak boleh tidur lewat. Makan ikut masa. Aku berpakat dgn beberapa kawan pindah..bermulalah rutin hidup ku mcm di Sek Men Melor dulu. Balik sekolah kena masak..
Di SMIP aku belajar erti disiplin yg agak ketat. Bergaul dgn pelajar yg terpilih. Bahkan aku juga belajar erti kepimpinan..aku juga belajar bab cinta. Bahkan kesah cikgu bercinta dgn anak murid pun dlm pengetahuanku. Almaklumlah masa tu..bunga tengah mekar mewangi. Kumbang-kumbang pun teringin nak dekat-dekat..
Cuti penggal aku balik kampong spt biasa. Bila sunyi di kg aku ke rumah Abang Him berkawan dgn Nik.
Kehidupan di kampong dan bandar amat berbeza. Di bandar..Kak Mah belikan aku nasi setiap pagi. Makan lauk yg sedap-sedap dia masak. Tp di kampong.. kami sarapan dgn ubi kayu atau ubi badak. Kalau tak ada..kami rebus lah biji nangka atau biji durian terutama musim tengkujuh. Lauk pula ikan jeruk berulamkan jering relung dan budu atau sambal jantan...wow berselera aku makan..
Oya nak tahu mcm mana aku hafal qunut? Kan aku tidur diruang tamu dekat-dekat dgn datukku. Datuk tidur atas tilam kekabu. Aku dan nenek tidur atas tikar mengkuang. Kami tak de pun mengadu sakit pinggang ke apa. Kipas pun tak ada. Tapi kami tidur dgn nyenyak.
Pagi-pagi datukku solat atas tilamnya. Ayat-ayat yg di bacanya sampai ke telingaku. Menusuk ke dlm hati. Hampir setiap hari kalau dia solat aku mendengarnya. Dari situ aku mudah hafal qunut. Selepas Isyak..datuk sering baca Yaasin..
Enam bawah dah berlalu. Aku naik ke tgtan 6 atas. Tgtan 6 aku dapat duit bulanan. Di masuk ke akaun bank.. Bermakna th ini aku akan menghadapi STPM. Kami belajar dan mentelaah. Tapi..ada satu kesilapan yg aku dan kekawan buat..
Cikgu..kami tak nak belajar Bahasa Inggeris. Kami nak belajar ekonomi..demikian kami cakap kat cikgu yg mengajar BI. Cikgu akur. Cikgu Asmah kalau tak silap namanya biarkan je kami belajar sendirian masing-masing. Cikgu BI tu rest atas kerusi melihat kami...
Tiba waktu periksa STPM..aku cuba sedaya upayaku menjawap kertas soalan. Ekonomi.. Pengajian Am. Bahasa Malaysia..Sejarah..lukisan..buku-buku rujukan aku kena beli..
Tiba lah waktu cuti menunggu keputusan STPM. Tak mahu duduk kat rumah goyang kaki..aku ambil keputusan cari kerja di bandar. Kebetulan aku dpt berita sebuah syarikat memerlukan seorang kerani. Aku pun pergi lah interview. Nasib ku amat baik..aku diterima untuk bekerja di syarikat tu..
Hari pertama aku mendaftar diri. Aku berjln kaki dari rumah Abang Him ke pejabat tu. Tak jauh sgt. Aku lihat ramai juga staff. Kebanyakan lelaki. Bosku dlm lingkungan 40han. Orangnya gempal. Peramah dan baik hati..Pakaiannya smart. Sentiasa pakai coat sepasang. Aku macam orang kerdil tak pandai sangat melawa. Tapi dgn imej ku yg sederhana aku pi kerja..
Tpt duduk ku di pejabat berhampiran dgn bos. Bukan kerani tapi PA. Jawatan yg diberi ialah Personal Assistant. Aku tak pernah tahu apa kerja yg aku kena buat utk jawatan tu sebelum ni. Yg aku tahu..kerani. kerja kerani ialah menaip atau kerja-kerja pejabat. Namun aku tenang je..hari-hari ulang alik ke tempat kerja..
Kadang-kadang aku disuruh ke rumah bos ambil kunci. Kadang-kadang aku di suruh ikut ke luar stesen bila bos keluar mesyuarat. Kadang-kadang aku di suruh jaga baju bos.....oo itu rupanya tugas PA. Demi mendapat gaji aku terus bekerja.. Dlm hati aku berkata..tak lama kerja ni pun..aku akan naik ke U dan berhenti kerja..
Keputusan STPM tak lama akan diumum. Sekali lgi aku berdebar. Mampukah aku ke menara gading atau mcm mana.
Mcm mana nasib aku ketika bekerja. Adakah bosku merestui aku berhenti kerja..
Tunggu....akan ku ceritakan. In Syaa Allah..
______________________________________
Ok..itu sedikit kesah Kaknum. Jgn jemu baca ye. Mohon maaf jika ada fakta yg tersilap..
Kak num nak pesan ni...walau siapa pun kita..bersyukur lah. Allah dah buat yg terbaik utk kita. Miskin..tak bermakna kita tak sempurna. Walau pun miskin..tp jika baik budi bahasanya baik hati dan kuat imannya. Itu lebih baik. Begitulah sebaliknya..
Assallamualaikum.
No comments:
Post a Comment