Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 31 by ZN

Nostalgia 31

Ketika menyarung cincin di jari manisku...Rahman berbisik..semoga jodoh kita kekal abadi selamanya. Itu kata-kata pertama yg dia ucapkan sebaik sahaja kami diijab kabulkan dan bergelar suami isteri. Terasa bahagia yg tidak terhingga. Hatiku berbunga-bunga mekar..

Penantianku untuk mengetahui siapakah jodohku selama ini sudah pun terjawab..rupa-rupanya dia. Allah kurniakan seorang jejaka tampan berasal nun jauh di Selatan tanah air. Jauhnya jarak kami. Antara bumi Kelantan dan Johor pada masa itu dirasakan amat jauh. Namun takdir Yang Maha Esa..kami bertemu di ibu Kota Kuala Lumpur...tepatnya Angkasapuri tempat kami mecari rezeki.

Kenapa tidak dengan orang Kelantan je. Kan itu jodoh namanya. Ada juga yg menaruh hati padaku. Namun hati ini seolah-olah hambar. Dan aku...aku tidak kesah pun dari mana asal jodohku. Pokoknya dia benar-benar serious dan ikhlas..

Ok..sebaik tiba di KL..aku berpindah ke rumah suami di kampong Dato Keramat. Sebelum ni Rahman menyewa sebuah rumah kecil sederet milik penduduk di situ. Walau pun rumah yg sedang-sedang je..namun aku terima keadaan itu seadanya. Yg penting kami bahagia..

Bermulalah tugasku sebagai seorang isteri. Menggalas tanggung jawab sedaya upayaku yg tidak seberapa ni. Di sini..kami berusaha untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Memahami hati budi dan perasaan masing-masing. Meneroka latar belakang..memahami gelagat..feel dan sebagainya..

Memang bukan senang. Kerana kami berasal dari latar belakang yg berbeza. Aku gemar masakan emak. Dia gemar masakan ibunya. Hari demi hari aku cuba belajar dan terima hakikat dengan hati terbuka. Lama-lama serasi itu mula timbul.

Kami berulang alik dari rumah ke pejabat dengan motosikal. Untuk membeli kereta..kami belum mampu. Jadual kerja shift kami cuba selaraskan..jika tidak dia terpaksa menjemput aku pulang. Begitulah hari-hari kami. Terasa bahagia saat bersama. Terasa sunyi bila berjauhan..

Tak beberapa lama..Rahman membawaku pulang bercuti ke kampongnya di Batu Pahat. Berdebar hatiku untuk bertemu keluarga mertua. Dlm hati ada bimbang ada seronok dan macam-macam. Namun..sebaik tiba.aku disambut mesra oleh mereka..

Serba ringkas..kami masing-masing akur tiada kenduri sambut menantu. Aku faham situasi kami yg kurang mengizinkan. Namun aku seronok bila dapat kenal keluarga mertua. Orangnya baik-baik dan peramah..Mereka menerimaku seadanya.

Yg jelas..aku orang kampong dan keluarga Rahman pun orang kampong. Latar belakang kami pun tidak banyak bezanya. So antara aku dan Rahman dikira amat sepadan..

Bila tiba hari raya..kami sama-sama sepakat. Ada kalanya balik ke kampong ku terlebih dahulu dan kemudian ke Johor. Dan begitulah sebaliknya. Saat muda. Semangat masih kuat. Darah masih panas. Kami tiada masaalah untuk berulang alik jarak jauh. Bahkan terasa seronok begitu..

Sudah setahun kami bersama. Seakan baru sekejap. Suka duka hilai tawa kami bersama.

Pada suatu hari..teringin sangat aku nak makan sayur pucuk ubi. Ia sayur kegemaran ibu mertua. Lantas aku cuba masak. Biasa lah bila dah kahwin..kerja-kerja memasak tu sentiasa aku lakukan bila berpeluang. Sayur pucuk ubi aku masak dengan penuh kasih sayang. Sebelum ke office aku jamah sayur itu dengan penuh berselera..

Tiba-tiba di tengah jalan..tekakku rasa semacam. Macam loya dan terasa nak keluar je apa yg aku telan tadi. Aku mabuk sbb makan pucuk ubi ke?? dlm hati terasa bimbang. Teringat cakap-cakap orang tua. Pucuk ubi jika tak kena cara masak akan ada racun. Risau hatiku di kala tu...

Bimbangkan kesihatanku..kami ke klinik untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah..rupa-rupanya aku hamil. Dan bermula dari saat itu hidup kami sedikit berubah. Aku sering muntah-muntah dan ada makanan yg aku tak boleh jamah. Ooo mcm ni rupanya rasa mengandung. Ketika ini perhatian suami amat-amat aku perlukan..

Cepat-cepat aku beritahu emak dan ayah di kampong. Sudah semestinya mereka gembira. Apatah lagi untuk menyambut cucu pertama..

Dari Keramat..kami pindah ke sebuah rumah di Pantai Dalam. Tujuannya agar lebih dekat untuk ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi aku yg sudah hamil. Orang kata tak eluk naik motor jauh-jauh..Kami menyewa sebuah rumah dua tingkat. Agak lebih eluk dari rumah di Keramat. Untuk ke pejabat pun hanya dlm 10 minit je.

Walau pun hamil..namun aku tidak terkecuali. Tugasan keluar membuat liputan dan balik mengejar masa itu mesti aku laksanakan. Aku tidak mahu kawan-kawan lihat aku lemah dan tak mampu. Aku gagahi dan pikul tanggung jawab sebaik mungkin.

Berita adalah darah dagingku. Kadang kala aku terpaksa ke Ulu Selangor dlm keadaan sarat mengandung dan masa untuk bersalin hampir tiba. Namun..aku teruskan jua.

Beberapa ketika sebelum bersalin..aku mula bercuti. Suami menghantarku pulang ke kampong. Belum ada kereta kami naik bas je.  Kami sama-sama menunggu saat bayi pertama kami lahir...opss belum lagi. Tanda-tanda pun belum ada walau pun melewati tarikh  yg tercatat.

Sedangkan cuti Rahman sudah pun tamat. Tunggu punya tunggu bayi belum lagi nak keluar..Nampak gaya terpaksalah dia pulang ke KL..

Apa jadi selepas tu..

Tunggu..
___________________________________

Haha itu sedikit sebanyak yg dapat Kaknum catatkan dlm cerita kali ni. Harap tidak membosankan ye.

Assalamualaikum. .

Nostalgia 30 by ZN

Nostalgia 30

Alhamdulillah hujan yg tadinya lebat dah kembali reda. Cuaca masih redup. Suhu pulak sesedap rasa. Dlm keadaan mcm ni..Teringin pulak Kaknum nak sambung cerita. Jangan jemu baca ye kekawan..
________________________________________

Semacam bermimpi. Sebelum balik ke kampong aku sempatlah  pinjam dua pasang baju pengantin drpd kawan sebilik. Entah kenapa aku pinjam baju tu aku pun tak pasti. Sedangkan aku hanya balik nak bertunang je..

Kebetulan kawan sebilikku baharu je kahwin. Tak silap aku dia orang Kedah. Teringin bertemu dia namun kami lost contact dah...lama dah..selepas akad nikah..dia masih tinggal bersama kami sementara dapat bersama dgn suaminya...so aku bawa balik baju pengantin tu bersama ke kampong..sepasang berwarna kuning muda sepasang berwarna biru..

Di kampong..aku membuat persiapan ala kadar je. Maklumlah aku baru kerja dan wang simpanan utk beli itu dan ini belum cukup. Aku pun tak minta apa-apa yg pelik-pelik drpd emak dan ayah. Pertama kerana aku tahu kemampuan mereka. Ke dua aku malu.. aku segan dgn emak dan ayah.

Tiba-tiba ayah cakap..tak payah bertunang lah. Kawin terus. Wow!! Itu yg ayah cakap. Macam mimpi kan!!Kebetulan Rahman sudah pun tiba dan sudah bertemu ayah dan emak. Kata-kata ayah tu bagaikan satu kejutan buat kami. Aku tak kesah. Namun semuanya kami serahkan kpd ayah untuk uruskan. Ini temasuk persiapan mengisi borang dan sebagainya..

Dlm hati aku berkata..kahwin terus lagi baik. Haha.!!Sbb kami tinggal jauh di KL. Keluarga Rahman pun dok jauh kat Johor. Lagi pun kerja macam aku ni bukan boleh cuti sesuka hati...haha itu yg aku fikir..

Rahman berasal dari Johor. Dia dari keluarga yg biasa-biasa je. Sbb tu dia tak janjikan rombongan yg ramai ke rumah kami..

Ayah ke hulu ke hilir dgn motosikalnya bertemu tok imam dan orang-orang kampong. Ayah bertemu tok imam untuk uruskan majlis akad nikah. Orang-orang kampong pula ayah jemput untuk majlis tahlil pada malamnya.

Kami tidak membuat kenduri besar. Cuma emak dan ayah berpakat untuk menjamu jiran-jiran dan orang-orang kampong serta keluarga dlm majlis kesyukuran kecil-kecilan selepas tahlil pada sebelah malamnya.

Tukang masak pula emak jemput jiran tetangga datang menolong. Ramai yg datang tlg.Wak Timah..Wak Mek Jah..Tok Aji Daud..dll. Walau pun kecil-kecilan..namun aku rasa ianya cukup meriah..

Aku lihat ayah paling sibuk. Begitu juga emak. Aku pula agak tenang. Tak ada apa yg aku risaukan. Aku tak risaukan pakaian pengantin. Aku tak risaukan make up. Aku tak risaukan bilik pengantin..pelamin dan sebagainya...jauh sekali memikirkan cenderahati. Apatah lagi untuk aku mengimpikan bilik pengantin yg indah-indah bagaikan atas kayangan..

Apa yg ada itulah yg aku gunakan. Aku fikirkan sederhana. Amat-amat sederhana. Biarlah apa yg orang akan katakan. Yg penting aku selesa. Yg pentng kami bahagia.Yg penting akad yg sah dan kami tidak terbeban.

Tidak bersolek tebal..hanya sekadarnya. Seingat aku majlis akad di selesaikan di masjid. Selain pengantin lelaki..keluarga pihak lelaki termasuk ayahnya abang ipar dan keluarga ku turut menyaksikan majlis yg bersejarah dlm hidup ku.

Tahu-tahu aku dah pun bergelar isteri. Sebaik pulang dari masjid.. Rahman ke bilik untuk menyarungkan cincin di jari manisku.. Itu je..

Cukup sederhana. Cukup mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami pada ketika itu..kini aku sudah pun bergelar seorang isteri. Dlm hati ku..hanya Allah yg Maha Mengetahui..betapa aku gembira dan bersyukur di saat itu..

Dah dewasa rupanya aku kini. Aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yg hanya berjalan kaki ke sekolah. Aku bukan lagi remaja yg dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah kerana perpisahan terpaksa..

Terlintas zaman aku ketika kecil. Zaman aku belajar di sekolah dlm tingkatan. Saat kenakalanku..Ketika aku pelajar ITM ketika mengemis mencari kerja..ketika aku bekerja sementara dan sebagainya. Kini aku sudah beroleh kerja tetap dan kemudiannya berkahwin..

Aku mengharapkan aku bahagia sepertimana orang lain juga..malam itu orang kampong datang untuk majlis tahlil. Riuh di rumah dengan gelak tawa.. Emak ayah nenek dan adik-adik sibuk melayan tetamu...mereka kelihatan cukup gembira...dan majlis itu berakhir lewat malam dan masing-masing kami sudah kepenatan..

Keesukkannya..seperti biasalah jika lepas kenduri. Peralatan memasak pinggan mangkuk masih ada yg belum beres. Pagi-pagi Cik Ora sepupuku datang. Cik Ora yg tertelan duit syiling 20 sen dlm tekaknya ketika mandi manda dlm tali air dekat rumahku. Cik Ora tidak berat tangan. Dia sepantasnya berusaha membersih peralatan dapor dengan seikhlas hati..

Cik Ora baik orangnya. Dia adik Alwi yg tak berpeluang ke U walau pun tamat tgtan 6 swasta. Untuk mengisi masa Cik Ora menulis dan nukilannya ada yg tersiar dlm corong radio tempatan. Aku sebenarnya amat lega apabila Cik Ora datang membantu. Begitulah adat kami di kampong. Tolong menolong dan bantu membantu itu sudah menjadi kebiasaan. Kami dgn orang-orang kampong bagaikan aur dengan tebing..

Selang beberapa hari...kami terpaksa kembali ke KL untuk meneruskan tanggung jawab bekerja. Emak dan nenek begitu sedih untuk berpisah dgn ku. Ayah pun demikian. Namun apa daya. Aku bekerja nun jauh di ibu negara. Walau pun belum puas bertemu dan bermesra dgn emak ayah nenek dan adik-adik..namun aku terpaksa pergi..

Dengan menaiki bas..kami berangkat ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu. Aku dan suami. Apakah akhirnya aku berjaya melayari hidup yg penuh pancaroba ni..

Jika nak tahu...tunggu ye...
____________________________________

Itu je nukilan Kaknum dlm episod 30 ni. Maaf jika ia agak membosankan. Maaf jika fakta dan bahasa yg kurang tepat dan teratur..

Assalamualaikum..

Nostalgia 29 by ZN

Nostalgia 29

Cuaca hari ni kelihatan mendung. Suhu bilik terasa dingin sejak semalam. Ayuh kita ucap syukur atas segala nikmat dan anugerahNya. Jika jika syukur..nescaya kita akan dapat lebih lagi. Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye..
_________________________________________

Seronok bukan kepalang sebab aku dah beroleh kerja tetap dengan Kerajaan. Bermakna aku tak payah lagi jadi pengemis ke hulu ke hilir mencari kerja.

Paling seronok ialah emak. Pantang ada yg bertanya dia nak bercerita. Bangga emak sbb aku dah dapat kerja dgn ajensi ternama Kerajaan iaitu RTM. Orang-orang kampong dan waris warah turut gembira. Aku anak kampong yg dulunya bergelumang dgn selut di sawah..kini sudah pun menjadi pegawai Kerajaan. Haha..

Pengorbanan ayah..emak yg merantau jauh ke Sabah tidak sia-sia. Aku tahu kenapa ayah kental hatinya meninggalkan kami tatkala kami masih kecil dan perlukan perhatian keluarga. Ini kerana ayah mahu kami hidup senang. Ayah rela berjauhan demi mencari rezeki buat menyara pelajaran kami adik beradik..

Teringat keperitan hidup yg kami lalui sebelum ayah ke Sabah. Jika tidak berduit..ayah minta aku ke kedai Pak Zain (nama sebenar aku lupa) tak jauh dari rumah  untuk berhutang gula dan teh. Acap kali aku ke kedai kecil tu untuk berhutang. Masa tu gula hanya 30 sen je sekilogram. Tapi kami tak mampu beli..

Makan kami ala-ala kadar. Yg sering kami jamah ialah lauk ikan rebus.. ulam dan sambal jantan. Pakaian kami setahun sekali je bertukar. Itu pun jika ayah mampu. Ke sekolah aku dan adik Azizi berjalan kaki berbatu-batu...perit terasa bila memikirkan. Namun walau pun hidup susah..aku bahagia bila bersama emak ayah dan adik-adik..

Hello...hello!! Oo ini Rahman kan!! entah macam mana boleh terpacul keluar nama tu dari mulutku.  Aku boleh meneka siapa yg memanggil di talian telefon di bilikku pada suatu hari yg damai itu. Tekaanku memang tepat. Eh mcm mana u dapat no ni..aku terus menyoal. Seperti biasalah bila wartawan bercakap tentu banyak modal dan soal jawabnya.

Rahman rakan se pejabat. Namun kami jarang bersua...

Tugasku keluar masuk pejabat dan bila balik terus aku fokus mendengar/melihat visual..menaip skrip berita..menghantar kpd penyunting dan kemudian membuat voice over serta kerja-kerja suntingan bersama penyunting visual. So masa kerjaku memang padat..

Lebih-lebih lagi bila aku balik lewat petang dan line up bahan sudah masuk dlm senarai berita jam 6. Kelam kabut mengetuk berita dan menyiapkan proses seterusnya sehinggalah selesai. Selepas kerja selesai tu baharulah aku duduk di meja memikirkan apa tugasan keesukan harinya pulak...kadang kala untuk bersembang kosong dgn kawan-kawan pun agak terhad..

Aku dimasukkan dlm jadual shift. Ada kala masuk jam 9 pagi keluar jam 5 petang. Ada kala masuk jam 2 ptg keluar jam 10 dan ada kala masuk jam 6 ptg keluar jam 12 tengah malam. Paling seronok kerja ialah pada hari minggu. Masa tu tak ramai yg bekerja kerana pejabat ditutup. Jadi kami dapatlah bertenang sedikit dari gangguan kesibukan ramai.

Waktu kerja Rahman pula lebih banyak diwaktu petang kerana kerjanya terlibat di studio untuk berita jam 6 ptg 8 mlm dan 12 malam. Berselisih pun jarang-jarang sbb masing-masing sibuk...tapi hari tu dia call. Mesti ada benda penting ni kan!! Atau ada muslihat apa..biasanya jika tidak Khairuddin atau rakan sekerja..jarang orang lain yg call aku...Rupa-rupanya dlm sibuk-sibuk tu Rahman perhati atas mejaku ada tertulis no telefon rumah ku. Dari situ lah dia beroleh idea dan mencuba nasib..

Dah ramai kawan..aku semakin jatuh cinta dgn berita tv. Walau pun pola kerjanya sentiasa mengejar masa..namun hatiku puas bila bahan berita ku tersiar dan ditatapi umum. Namun..sejujurnya ia adalah atas usaha semua pihak. Pelapor yg keluar ke lokasi..penyunting yg menapis dan mengolah bahan...jurukamera yg merakam dgn elok serta menepati..penyunting visual yg menyunting bahan dgn baik serta semua pihak yg terlibat. Hasil kerjaku bukan keseorangan...

Dah hampir setahun aku bekerja. Syukur ya Allah atas segala anugerahMu. Banyak yg aku perlu belajar di sini. Satu persatu. Walau pun ada kawan-kawan lain yg sambung belajar buat Master di luar negara..namun aku nekad untuk terus bekerja di RTM ni. Dan aku seronok dengan kerja-kerja yg mencabar ini..

Aku juga kenal ramai kawan sekerja.. juuteknik..Fadhil..Rahim..dll..jurukamera Omar..Ismail Aziz..Mustapa..Cherry Ghama dll...ramailah yg ada sesetengahnya aku lupa namanya. Namun semuanya terpahat di hati..

Ketika ini aku terus berkawan dgn Rahman. Satu ketika ada ura-ura namaku akan ditukar ke stesen RTM Kuala Terengganu. Namun seorang editor mempertahankan agar aku kekal di Angkasapuri. Dia seakan tercium sesuatu antara aku dan Rahman. Entah lah...hanya Allah yg menentukan segala-galanya.

Kawan punya kawan..Tak lama..aku mengutus surat kpd ayah yg ada orang nak masuk meminangku. Ayah setuju..

Tiba masa yang sesuai..Aku memhon cuti dan pulang ke kampong. Tujuannya untuk membuat persiapan serba sedikit. untuk majlis merisik dan pertunanganku sekadarnya...

Hatiku seakan berbunga-bunga. Emak ayah ku juga gembira. Mereka pasti tak sabar untuk segalanya..

Tiba-tiba ayah tukar fikiran. Di saat persiapan itu ayah ubah fikiran.. entah apa yg ayah fikir ketika tu aku pun tak pasti..

Kenapa dan mengapa. Tunggu akan ku ceritakan!!
________________________________________

Haha itu lah serba sedikit cerita Kaknum dlm episod kali ni. Harap kekawan tak jemu membacanya ye. Tulisan sekadarnya untuk mengisi masa dan hobi. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Dan segala yg berlaku atas kehendakNya jua. Kita insan biasa yg tak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izinnya.

Assalamualaikum..

Nostalgia 28 by ZN

Nostalgia 28

Jika kita pilih berniaga dan kerja sendiri...teruskan lah perjuangan tu. Jgn sesekali mengalah. Selesaikan masaalah... tempuhi cabaran mendatang. Buat persiapan untuk bersaing. Jgn cepat give up. Berdoa dan tawakkal.  Pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca yer..
_______________________________________________

Berat hati untuk melangkah ke Bahagian Berita dan Ehwal Semasa TV. Walau pun jarak antara TV dan Radio tak jauh..namun aku masih takut dan bimbang. Aku takut mcm mana keadaan ku di sana. Namun arahan Encik Saleh Pateh Akhir mesti ku akur. Dia bos dan calang-calang orang pulak tu..

Mahu tak mahu aku gagahkan hati. Aku kuatkan semangat. Ku kumpul segala kudrat. Aku pun ke BES TV untuk melapor diri dan bertugas. Aku melapor di Pejabat Hj Zahari Saad selaku Pengawal BES pada masa itu.

BES TV pada ketika tu suatu unit yg dilihat penting sekali. Di situ merupakan pusat berita. Dari peringkat Menteri..Raja-Raja sehinggalah ke peringkat akar umbi. Semuanya termasuk dlm sumber berita. Adakalanya mendapat arahan khas utk membuat liputan..BES juga merupakan lokasi panas. Jika tersalah lapor akan jadi riuh se negara.

Dulu Stesen RTM berdiri dgn gah sekali. Kurang persaingan. TV3 masih baru. Namun rata-rata masyarakat lebih percaya berita yg keluar daripada agensi Kerajaan..itu aku agak-agak je laa. Haha!!

Di bawah Unit BES ada juga sekumpulan petugas yg bertanggung jawab menerbitkan bahan-bahan berita mingguan dlm bentuk majallah. Ia diketuai oleh En Yahya Sulaiman.. Ada juga Unit Ehwal Semasa yg bertanggung jawab menerbitkan liputan siaran langsung majlis-majlis yg dianggap penting dan bersejarah.

Aku di tempatkan di Unit BES untuk menjadi wartawan TV. Belum ada pendedahan dgn TV. Aku terpaksa belajar dlm pelbagai peringkat. Menulis berita..melapor..suntingan..membaca dan sebagainya.

Namun..subjek Skript Writing yg aku belajar di ITM sebelum ni banyak membantu. Menerusi Pensyarah Puan Sujiah Salleh..aku belajar mengenai shot shot TV. Yg aku masih ingat..close up..medium shot..tracking shot. Over the shoulder shot dan mcm-mcm lagi.

Malah aku dah pun menghasilkan sebuah skrip drama TV siap dgn skrip pengarahannya sekali. Dan aku lulus dgn baik. Alhamdulillah...segalanya banyak membantu ku ketika di tempat baru ni..

Di sini aku kenal Khairuddin Che Long..Harjit Sing Hullon Mary Ann Masilamani..Salasiah Zakaria..Hashim Embi dll nama yg masyhur. Khairuddin adalah Ketua Pemberita yg tugasnya menentukan tugasan wartawan setiap hari.

Adnan Ghailan..Fakrulrazi..Azizah Sulaiman..Shamshuddin..Normah Khalid dll..itu kawan setugas. Manakala editor pula Mohd Mat Hussin..Ismail..Mohd Nor..Shah Bahrom..Zulkifli Munah Madar..Yah Mat Zain...semuanya aku mula kenal..termasuklah Ismail Mustapha..orang kuat berita yg sentiasa dgn hisap paipnya.

Walau pun masih baharu di TV..namun aku tak terkecuali. Biasanya sesuatu liputan..kami keluar dgn seorang jurukamera..seorang juru bunyi dan seorang pemandu. So kerjaku lebih mudah dan tidak terkial-kial keseorangan.

Err..awak nak suruh saya ambik shot mcm mana. Masih ku ingat juru kamera Omar Salleh bertanya ku bila kami membuat liputan di satu majlis perasmian di Ibu Kota. Aku jangka Omar tahu aku budak baru dan cara dia tanya tu utk menguji kemampuanku ketika membuat kerja...haha!!

Aku jawab dgn selamba. You rakamla shot yg biasa you ambik ye. Haha tu jawapan ku yg selamat. Sebenarnya dlm hati aku berkata.tak kan la liputan biasa nk shot yg pelik-pelik kot!..atau dia memang menunggu arahan penerbit. Aku pun sememangnya masih blurr lagi tentang proses kerja di TV..

Begitu lah hari-hari yg ku lalui. Makin lama makin timbul rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila kita ada ramai kawan.   Semua peringkat. Jurukamera..juruteknik..penyunting visual..juru bunyi..editor..ketua pemberita.. pemandu..semuanya kerja dlm satu pasukan. Semuanya baik-baik dan mesra.

Aku ingat ketika bulan puasa. Kami ramai-ramai share beli juadah berbuka di gerai dan sama,-sama menikmatinya ketika berbuka. Tukang beli juadah tu ialah Rozi Khamis. Maka sepantas kilat pembaca berita penerbit berita Pembantu skrip wartawan juru sunting editor masing-masing bergegas berbuka...kemudian mengejar solat maghrib sebelum ke studio untuk mengudarakan berita tepat pada jam 8 mlm...

Aku sungguh kagum dgn cara mereka bekerja dlm satu pasukan. Semuanya terpahat dlm memori ku..

Ketika ini aku menyewa bilik.bersama kawan-kawan di Kg Baharu. Rumah Sewa ku di Jln Dato Dagang. Untuk berulang alek kerja..aku menaiki kereta kawan dan aku bayar sewa kereta secara bulanan. Di rumah sewa aku pasang talian telefon untuk memudahkan urusan peribadi dan urusan kerja. Masa tu belum lagi ada telefon bimbit.

Masa kian berlalu. Aku dah makin seronok kerja di sini. Namun ingatan ku kpd ibu ayah adik- adik di kampong tetap terpahat di hati. Ingatan ku terhadap kampong halaman ku dan semua sanak saudara. Wang gaji..tak lupa ku kirim kpd ayah dan emak setiap bulan. Itu lah cara untuk membantu mereka sedikit sebanyak.

Seingat aku..ayah sudah pun balik dari Sabah dan tak akan sambung lagi. Paling seronok ibu ku. Orang-orang kg sudah ada yg menjadi imam solat mereka. Ayah diterima sebagai Pegawai Penerangan yg berpejabat d Wisma Persekutuan Kota Bharu..

Ketika ini terbuka hati ayah untuk belajar memandu kereta. Bayangkan dlm usia yg menghampiri 50an ayah baharu je belajar memandu. Namun ayah gigih. Semangat ayah kuat. Ketika diuji..ayah lulus dan dapat lesen memandu. Emak paling seronok. Aku pun gembira.

Masa kian berjalan. Semuanya dlm aturan Allah Yg Maha Esa. Tak lama ayah cakap nak buat rumah di tapak rumah kami dulu. Ayah minta sikit sumbangan wang daripada ku. Ayah nak buat tambah duit yg dia ada. Ayah cakap nak buat rumah yg biasa je cukup utk tempat kami berteduh. Aku sokong hajat ayah..

Tak lama..sempurna lah rumah kami. Ayah paling seronok sbb ada rumah sendiri tpt kami berteduh. Yg penting ia hasil keringat ayah sepanjang 10 tahun mengajar di Sabah. Yg aku lihat..keadaan keluarga kami sudah jauh berubah. Aku sudah bekerja. Adikku Azizi menjadi Guru. Ayah bekerja sebagai Pegawai Penerangan scara kontrak. Kami amat bersyukur..

Tak lama..emakku buka kedai di tepi rumah kami. Kedai runcit dan kueh mueh. Emak suka buat kueh mueh dan makanan. Sebelum buka kedai..emak buat kueh utk dijual di kedai orang. Tabiat emak ketika menjual di kantin sekolah di Sabah terbawak-bawak ke kampong. Emak suka. Kami pun happy..

Berbalik kpd kesahku di KL..ditakdirkan suatu hari aku bertemu si Z di KL. Entah mcm mana aku boleh bertemu dia.. Z ialah kawan sekelasku yg begitu happy dtg kerumah untuk memberitahu yg aku dpt masuk tgtan 6 di SMIP. Masa dia dtg aku sdg mandi berkemban di telaga belakang rumah datukku. Malu sungguh memikirkn saat lalu..

Rupa-rupaya Z memberitahu yg di memang minat kat aku ketika zaman persekolahan tu. Namun dia tak cakap. Mungkin segan atau mungkin belum matang..maklumlah kami masih belasan tahun..lagi pun mungkin bukan jodoh..banyak yg di bualkan dgn Z..kesah mcm-mcm. Seingat aku dia dah berkahwin masa pertemuan itu...dan aku masih mencari jodoh yg sesuai..

Memang aku ramai kenalan. Ada juga peminat. Namun..semuanya semacam hambar. Hatiku seakan belum terbuka. Belum sampai jodoh lagi kot...alasan untuk sedapkan hati..

Tak lama kemudian..aku menerima panggilan telefon. Daripada rakan sepejabatku. Dia ialah lelaki..seakan pelik tapi itu lah hakikatnya. Kami kenal gitu-gitu je. Sekadar berselisih..Sbb aku sentiasa sibuk keluar masuk pejabat buat liputan. Namun hari tu dia telefon. Kenapa ye..

Apa yg berlaku selepas tu...haha nanti.aku sambung.
In Syaa Allah..
_________________________________________________

Nampaknya cuaca di luar terang benderang. Jom buat kerja!!

Assalamualaikum...

Nostalgia 27 by ZN

Nostalgia 27

Hujan rahmat turun ke bumi. Tentu pokok-pokok yg dah beberapa hari tak kena air akan kegirangan. Itu lah aturan Allah. Rezeki yg Dia sediakan kpd kita amat luas.
Ok.. Pada petang yg berbahagia ni Kaknum nak sambung cerita ye. Harap kekawan baca.
____________________________________________

Seakan baru je aku kerja dengan Harian Nasioal yg beroperasi di Setapak KL. Selain Lokman..ramai lagi yg aku belum betul-betul kenal. Maklumlah tugas ku keluar masuk pejabat membuat liputan...masa untuk saling mengenali tu agak terbatas.

Dgn Lokman..dia yg mula-mula mengusikku dengan menyamar melalui telefon. Aku yg pada masa tu agak lurus mulanya mempercayai. Namun si Lokman ni agaknya tak tahan dgn sikapku yg lurus bendul tu lalu mula menunjukkan diri. Lucu fikirkan saat tu. Namun begitulah cara kami mula berkenalan dan saling berbaik.

Tak lama.. seakan berlaku krisis. Desas desus rakan-rakan mula merebak. Masing-masing seakan tak sedap hati. Aku juga terasa sesuatu. Aku fikir apa nasib jika aku terpaksa berhenti dari terus bekerja di situ...tak kan aku nak jadi pengemis untuk mencari kerja semula..o tidak!!

Dlm keadaan tak keruan tu..suatu hari Zahari Affendi meminta aku ke mejanya. Num...awak pilih nak ke TV3 ke atau ke The Star. Saya boleh tolong awak. Saya ada kawan yg boleh bantu. Kebetulan TV3 baru je  beroperasi dan sedang mengambil pekerja...

Zahari Affandi seingat aku orang Kelantan. Amat baik dan sanggup menolongku. Kata dia jika kerja dgn TV3 awak akan jadi wartawan TV. Jika memilih The Star..kerjanya buat rencana untuk majallah Kuntum. Cuti yg awak dapat 2 hari seminggu dan masa kerja ikut masa pejabat. Wah! Menarik juga ni. Aku berfikir akan tawaran tu..

Akhirnya aku memilih The Star yg beribu pejabat di Petaling Jaya. Alasan aku pilih di sini kerana aku seakan dah biasa dgn penulisan akhbar. Manakala TV3 aku belum ada pendedahan. Aku juga bimbang tahap penguasaan Bahasa Inggeris yg tak seberapa.

Selamat tinggal Harian Nasional. Kini aku berfokus kpd The Star pula. Pada hari yg di tetapkan oleh Zahari.. aku pun pergilah berjumpa pengarang/penerbit majallah Kuntum puan Fadillah. Setelah dimaklumkan serba sedikit mengenai tugasan yg bakal aku lakukan..aku faham dan bermulalah satu lagi era baharu dlm diari hidupku.

Pejabat penerbitan Majallah Kuntum..nun jauh disatu sudut. Untuk sampai ke situ..aku terpaksa melepasi jabatan berita dll. Seksyen kami hanya ada 4 orang pekerja. Seorang penerbit..dua orang penulis dan sorang juru grafik.

Kerjanya agak mudah bagi ku. Tak ada tekanan dan ala-ala santai je. Aku bersama seorang rakan yg bernama Sham bertanggung jawab menulis bahan. Semua atikel untuk majallah perlu di sesuaikan untuk sebulan ke depan. Ini bermakna aku perlu berfikir lebih awal sebulan untuk selaraskan dengan siap cetak dan masa pengedaran..

Pekerja di The Star rata-ratanya berbangsa Cina dan ada juga India. Pekerja Melayu boleh dibilang dgn jari. Aku amat bertuah dapat kerja di sini.

Cukup dua minggu..kami dapat gaji. Di sini gaji dibayar sekali dlm dua minggu. Seronok dapat gaji. Aku kirim sikit sebanyak kpd mak di kampong. Aku rindukan mak..ayah adik-adik. Aku juga rindukan kedamaian di kampong ku. Namun semua tu aku terpaksa simpan dulu...

Seronok kerja di situ...tiba-tiba aku mendapat surat jawapan. Aku di tawarkan kerja sebagai Penerbit Rancangan dgn Stesen RTM. Ia adalah kerja Kerajaan yg di tawarkan menerusi operasi is penuh JPA. Wah!! Seronok bukan kepalang. Aku akan bekerja dgn Kerajaan yg rata-rata orang impikan..

Tak berfikir panjang aku terus buat keputusan. Dlm hati aku berkata..tak berkesudahan jika aku tak kerja dgn Kerajaan. Ini kerana kerja dgn swasta tak akan kemana. Aku rasa tak selamat..

Rupa-rupanya sebelum tu aku sudah isi borang JPA untuk memohon kerja. Nasibku dan rakan-rakan amat baik kerana terpilih. Di saat aku melapor diri dan angkat sumpah..hatiku seakan berkata..di sinilah tempatku. Dan aku akan kekal di sini...emak seronok mendapat khabar. Ayah pun bersyukur...akhirya penantian berakhir..aku sudah mendapat jawapannya..

Aku ditempatkan di bahagian persembahan radio. Di sini aku kenal Kak Yong Rafidah. Aku Kenal puan Adilah (Dato) aku kenal Norani Ibnu..dll. Mulanya aku hanya diberi tugas sebagai pemerhati. Melihat-lihat dahulu cara kerja seorang dj dan penerbit bertugas.

Tak lama kemudian..aku ditugaskan di bahagian berita radio. Kerjaku membuat liputan dan laporan radio di lokasi. Ada kalanya aku ke hotel-hotel besar membuat liputan dan ada kalanya ke tempat lain atas jemputan. Namun sebagai orang baru..aku masih kekok dan banyak lagi yg perlu aku belajar...

Tak lama kemudian..bos En Saleh Pateh Akhir memberi arahan. Zainum..awak ditempatkan di Berita TV. Ramai staff diperlukan di sana. Mendengar arahan tu..aku kecut perut. Aku kurang suka di TV sbb aku tak biasa. Aku merayu untuk kekal di radio. Namun..surat arahan telah dikeluarkan. Mahu tak mahu..aku terpaksa ke Berita TV...

Mampukah aku menggalas tanggung jawab di TV. Nanti akan ku ceritakan. In Syaa Allah.
__________________________________________

Hujan dah reda. Kaknum pun nak stop di sini dulu ye. In Syaa Allah jumpa lagi..

Assallamualaikum..

Nostalgia 26 by ZN

Nostalgia 26

Memang hidup kita ni banyak cabaran. Banyak ujian. Ada kala kita tersungkur. Ada kala kita leka. Namun bila tersungkur dan terleka tu..cepat-cepat lah bangkit. Perbetulkan apa yg kusut. Leraikan apa yg tersimpul. Jangan kita terusan mengalah dan terlalai..ingat Allah. Allah sentiasa menguji kita...baik..pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye!!
________________________________________

Emak seakan berat hati untuk melepaskan aku pergi ke KL. Lebih-lebih lagi aku baru saja balik. Penat belajar belum reda. Emak cakap..rehat-rehat la dulu...aku faham maksud mak tu. Lebih-lebih lagi kami baru je bersama. Sembilan tahun berpisah kerana emak megikut ayah ke Sabah. Kalau jumpa pun sekejap je ketika masing-masing cuti..

Namun bagiku..perasaan untuk mencari kerja membuak-buak dlm hati. Aku sisih semua perkara. Tumpuan ku kini untuk bekerja. Seakan cemburu bila melihat sepupuku Alwi dah tamat belajar di UM dan beroleh kerja sebagai pegawai besar di Kelantan. Bertemu jodoh pula dengan kawan se U nya...

Aku mesti kerja untuk membantu emak dan ayah..jika nak harapkan peluang kerja di Kelantan ni aku rasa agak sukar. Ini kerana aku tak nampak jalan kecuali di Ibu kota.

Teringat aku tatkala kerja sebagai PA kpd bos di syarikat jual kereta. Gajinya ciput je tak termampu nak bantu emak dan ayah. Teringat pulak aku kpd kerja pelayan disebuah restoren terkenal di Kota Bharu. Aku kerja tu masa cuti semester ketika emak masih di Sabah. Gaji yg ku dapat kira-kira 150 ringgit sebulan. Masa masih belajar takpa. Tapi tak kan aku nak sambung kerja macam tu selepas aku bertungkus lumus belajar dan dah dapat diploma..

Kali ni aku nekad. Aku mesti ke KL. Mahu tak mahu emak ikut je kehendak ku. Emak tahu niatku sebenar untuk membantu keluarga. Aku hubungi kawan se kampus yg ku panggil Adib. Kebetulan Adib pun sedang mencari kerja.

Tiba di KL..aku bertemu Adib. Berpakat cari kerja bersama-sama. Dek kerana duit dlm tangan yg tak seberapa..aku tumpang Adib duduk tempat dia. Dia pula tumpang kawan dia. Kami saling menumpang tinggal di sebuah bilik di KL.

Pagi-pagi kami beli akhbar. Dlm akhbar tu ada macam-macam iklan kerja kosong. Kami pergi dari satu pejabat ke satu pejabat. Bertanya dan mencari. Terfikir jugak seolah-olah hidup ku macam pengemis. Namun..niat kami adalah murni. Bukan minta sedekah.

Macam-macam syarikat aku singgah...awak pandai copy writing tak? Aku ternganga apa maksud copy writing tu...aku jahil dlm bab tu..tak pa la jika nak pakai pekerja kami bagi tahu. Itu antara jawapan yg kami terima..dlm hati berkata..rupa-rupanya susah jugak nak cari kerja kat KL ni ye..

Teringat kpd seorang kawan dari Melaka bernama Gayah. Dia lebih muda beberapa tahun dariku. Tak salah ingatan..Gayah ketika itu bekerja sambilan di Syarikat Dunlop di Petaling Jaya. Menerusinya aku mencuba nasib dan alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sambilan. Tugasku ialah kira mengira...

Bekerjalah aku di Syarikat tu. Namun pening kepala jugak bila berurusan dgn kira mengira ni. Silap-silap kira naya aku. Di Dunlop aku kenal dgn bosnya yg bernama Eric. Dia ni orangnya baik..tapi kata-kata bloody hell tu memang sentiasa dimulutnya. Gayah dah pesan..Kaknum..buat tak tahu je laa apa yg dia cakap tu. Yg penting kerja..

Dari situ aku masih meninjau peluang kerja di tempat lain. Kebetulan aku berkenalan dgn seseorang. Tak silap aku.. Husin namanya. Dia kata ada syarikat nak cari pekerja. Pemiliknya seorang berbangsa Cina. Dia berkongsi dengan seorang partner yg bernama Shariff orang Sabah. Syarikat ni nak bina stesen minyak.

Aku berhenti kerja di Dunlop dan kerjalah dgn Syarikat ni. Juga terletak di Petaling Jaya. Ulang Alik dari tempat kerja dengan bas. Satu hari bos suruh aku lukis plan stesen minyak. Berbekalkan bakat yg tak seberapa aku pun lukis lah pelan tu setakat kemampuanku.

Kedua-dua bos jarang-jarang datang. Bos Shariff ni bergaya orangnya. Sentiasa bawa brief case. Dia mengingatkan aku kpd bos pertamaku ketika bekerja di KB ketika dulu...

Tak beberapa lama..aku merasakan syarikat tu macam ada masaalah. Projek tak jalan pun. Sewa pejabat taukeh bayar. Dengan bantuan abang Husin..aku pindah kerja lagi. Kali ni aku kerja dgn taukeh berbangsa India. Aku kerja sebagai kerani. Namun aktiviti di tempat kerja tu aku kurang ingat. Yg aku ingat cuci karpet dan aktiviti menyelam.

Lari benar dgn kelayakan yg aku dapat. Aku bekerja sambil mencari kerja yg sesuai. Tak jemu-jemu aku mencari peluang. Suatu hari..aku terpanggil untuk menalifon Encik Khalid Jefri pemilik kepada syarikat percetakan akhbar tabloid di Sentul. Tak ingat dari mana aku dapat nombornya. Namun bila dial..Encik Khalid sendiri yg jawab dan aku terus bertanya peluang kerja...

Tak banyak kerenah..aku diminta oleh En Khalid ke pejabatnya di Sentul. Ketika itu akhbar Harian Nasional adalah di bawah terbitannya..

Setiba di pejabatnya..aku naik ke tingkat 7 tpt bos besar. Aku ditemuduga saat itu dan alhamdulillah..aku diterima bekerja sebagai wartawan kadet. Dlm hati aku berkata..kali ni memang kena dgn kelulusan ku. Aku harap aku akan berjaya di sini..

Saat melapor diri di pejabat Harian Nasional..ramai yg bertanya. Awak ni keluarga Encik Khalid ke..atau anak kekawan En Khalid. Mereka hairan bila aku jawab tidak ada kaitan dgn bos. Rupa-rupanya..rata-rata pekerja di situ ialah kerabat atau yg dah kenal dgn bos..ada juga pekerja dulunya staff Utusan Melayu.

Aku mula kenal ramai orang. Staff di pelbagai jabatan. Ada juga jabatan majallah. Di sini juga aku kenal Zahari Affandi orang Kelantan yg banyak berjasa dgn ku. Aku juga kenal dgn Lokman yg cuba mengusik ku dgn menyamar dlm talian telefon. Ghairah bercakap..rupa-rupanya si pemanggil ialah dia yg duduk tak jauh dari meja ku...maklum lah..waktu tu aku masih single mingle...haha!!

Bermulalah episod aku sebagai wartawan akhbar. Masuk keluar buat liputan itu lah kerja ku. Menghubungi orang untuk mendapat maklum balas untuk di buat berita. Semuanya memang sepadan dengan apa yg aku belajar. Segala masaalah aku atasi seadanya. Aku perlu banyak lagi pengalaman...

Namun..aku sangka panas hingga ke petang. Tak lama selepas itu syarikat seakan ada masaalah. Aku tak boleh lama di sini. Maka pengarang Zahari Affandi tampil membantu...

Apakah corak bantuan Zahari Affandi kpd ku. Tunggu episod seterusnya..
_______________________________________________

Itu saja cerita Kaknum kali ni. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Ada yg berterabur. Lama sgt dah kurang ingat. Nama-nama pun kurang ingat dah..

Assallamualaikum

Nostalgia 25 by ZN

Nostalgia 25

Agak lama jugak Kaknum berehat dari menulis cerita. Al maklumlah banyak program keluarga akhir-akhir ni. La ni dah reda sikit.. So pada petang yg syahdu dan sunyi ni Kaknum nak sambung cerita ye. Harap kekawan sudi baca.
____________________________________________

Di ITM Shah Alam aku meneruskan kehidupan sebagai pelajar U. Ada babak sedih. Ada babak yg kurang menyenangkan. Namun semua tu mematangkan fikiran dan aku terima dengan tabah.

Di sini aku kenal ramai lagi pelajar yg berasal dari pelbagai negeri. Aku belajar feel mereka. Setiap negeri ada feel dan perangai masing-masing. Di sini juga aku belajar beberapa perkataan yg pelik dan menakutkan. Perkataan 'celaka kau!!' Perkataan ' bercinta betul' serta perkataan-perkataan lain. Tapi bagi sipengucap..ia adalah sesuatu yg mesra.!! Baik tinggalkan tu dulu..

Aku dah pun sampai ke tahun akhir. Sebagai remaja..aku juga belajar bercinta di sini. Kekawan lain ada yg bertemu jodoh dengan pasangan pelajar. Namun aku hanya separuh jalan. Aku kecundang ditengah jalan dan meninggalkan parut yg pedih.

Semua tu aku belajar. Aku belajar sesuaikan diri dari seorang gadis kampong yg kolot dan tak pandai bersosial. Aku masuk geng sekampus dan geng study bersama. Diwaktu cuti..kadang kala aku tak balik ke Kelantan. Tapi aku ikut kerumah kawan. Ada kalanya aku ke Johor dan ada kalanya ke Pahang.

Ketika belajar di sini..aku menjalani latihan praktikal sebanyak dua kali. Kali pertama aku menjalani latihan di Berita Harian Kota Bharu. Ketika inilah aku betul-betul didedahkan dengan dunia wartawan. Aku belajar ke lokasi membuat liputan..menulis laporan khas serta bergaul mesra dengan wartawan media.

Kali ke dua aku menjalani latihan praktikal di Bernama KL. Dan kali ini lebih mencabar. Bayangkan macam mana aku ke hulu ke hilir buat liputan. Kadang kala dengan teksi kadang kala tumpang kawan. Kadang kala juga aku ditugaskan buat berita susulan. Ketika ini aku sedikit bermasaalah kerana belum faseh bertutur dlm Bahasa Inggeris. Itu kelemahanku...

Di Bernama aku mengenali ramai wartawan..pengarang dan editor. Semuanya peramah..
Selagi bos tak balik..selagi tu masing- masing tersipu-sipu nak keluar pejabat. Ini kerana meja bos paling depan dan bila keluar terpaksa bertemu mata dulu dengannya. Tak silap aku bos masa tu Abdul Rahman Suleiman...

Ok berbalik kpd cerita ayah...

Ayahku..ketika ini sorang-sorang di Sabah. Ayah seakan berat hati. Namun terpaksa demi anak-anak. Menurut ayah..masa-masa sunyi tanpa emak dan adik-adik tu digunakan untuk menghafal ayat-ayat alquran khususnya Yaasiin.

Emak di kampong tak jemu- jemu tunggu ayah pulang. Setahun bagaikan amat lama. Namun emak lebih bernasib baik kerana masih ada keluarga di sisi.

Ketika ini keadaan di kampong ku sudah jauh berubah. Anak-anak kampong ramai yg dah keluar macam aku. Masing-masing mendapat peluang menuntut ilmu di luar. Ada juga yg dapat kerja serta berhijrah ke luar.

Aku pula menduduki peperiksaan akhir. Peperiksaan inilah yg jadi penentu masa depan ku. Dan aku tidak mahu gagal..

Selepas menjalani peperiksaan...aku berpakat dgn kawan-kawan untuk menghadiri temuduga kerja dlm kampus. Ketika dulu..kebanyakan syarikat penulisan akhbar akan ke kampus untuk menemuduga pelajar untuk di jadikan pekerja mereka.

Kebetulan sebelum tiba waktu giliran ku..aku tiba-tiba hendak ke bilik air. So bila nama ku dipanggil ketika tu..aku tiada. Meneruskan sessi temu duga pada saat namaku dipanggil ialah rakanku Ishak Dalib Mhi. Haha.. dan aku menyusul selepas tu..dlm hati..aku mengharap!!

Kini..risau pula macam mana keputuan peperiksaan akhir..

Akhirnya..aku terima keputusan. Semua subjek aku lulus. Walau pun aku tidaklah secemerlang mana. Tapi dengan asalku dari kampong yg tak pandai berbahasa Inggeris aku telah lulus. Yg penting subjek Communication law. Seingat aku ramai yg kandas subjek tu dan terpaksa ulang..

Kemuncak aku di ITM ialah saat graduation day. Aku bakal menerima diploma yg sekian lama aku tunggu. Berbekalkan wang yg ayah kirim..aku beli sepasang baju untuk ditempah. Aku upah tukang untuk menjahit baju kebaya untuk ku pakai ketika majlis konvokesyen nanti.

Hari bersejarah..ayah dan emak tidak dapat hadir. Hanya adik lelaki ku yg kebetulan sedang berada di KL ketika itu. Adikku Azizi Noh sedang menuntut di Maktab Perguruan.

Zaman dulu-dulu belum ada jubah graduan. Jadi para graduan masing-masing tampil dengan beranika fesyen. Bila namaku dipanggil..aku pun keluarlah secara beratur. Seronok sedih bercampur baur. Aku memakai baju kebaya berwarna ungu gelap. Di kiri dada aku sisipkan sekuntum bunga ros. Perasan comel  la aku ketika tu..

Namun malang bila tengok gambar graduasi..aku rasakan ianya hodoh dan aku tak beli pun gambar tu. Masa tu gambar dijual sebanyak rm30. Mahal aku rasa.

Setelah itu aku terus balik kampong untuk bersama emak dan adik-adik. Dlm pada tu..dibenak pemikiran tak putus-putus aku berfikir macam mana untuk mencari kerja. Lebih-lebih lgi bila aku dapat tahu yg kebanyakan kawanku yg hadir ketika temuduga di kampus dulu dah pun ditawarkan pekerjaan. Kecuali aku..

Dlm pada tu..ada juga kawan-kawan yg nak sambung buat Master di luar negara. Namun..aku tak terfikir pasal nak sambung semua tu..yg aku tahu..aku nak kerja cari duit. Itu je!! Aku nak ubah keadaan keluargaku. Keadaan emak..ayah dan adik-adik..

Aku sedih bila tak dapat tawaran kerja...namun aku tak putus asa.

Tak beberapa lama bèrehat di kampong..aku memberitahu emak untuk kembali ke KL. Aku mahu cari kerja di sana. Ia setelah sekian lama aku tunggu keputusan interview in kampus tak kunjung tiba...aku tahu aku dah buat silap masa temuduga dulu. Namun aku masih belum menyerah kalah..

Berbekal duit yg tak seberapa di tangan...aku nekad cari kerja di KL..

Di KL.aku bagikan seorang pengemis...

Berjayakah aku untuk mendapt pekerjaan buat membantu menampung sara hidup keluarga..

In Syaa Allah akan ku ceritakan nanti..
__________________________________

Itu je cerita Kaknum kali ni. Tabahkan hati jika diuji. Sentiasa ingat Allah. In Syaa Allah hidup kita akan lebih berkat.

Assalamualaikum..