Nostalgia 2
Hari ni lapang sikit. Boleh ler Kaknum menulis. Semalam dah tulis pasal ayah. Hari ni Kaknum tulis pasal diri sendiri pulak ye. Kpd kekawan yg nak kenal Kaknum tu...sudi-sudikan lah baca yer. Haha mata ku dah berpinar-pinar ni. Maklum ler orang tua..lama-lama tengok skrin pun mata dah semacam rasanya. Nak tekan huruf pun terkial-kial. Mcm tu lah ibaratnya..Takpa lah..Kaknum cuba jugak tulis yer...
---------------------------------------------------------
Assallamualaikum...salam kasih sayang yg tulus ikhlas drp Kaknum buat semua. Salam sihat salam ceria. Th ni usia Kaknum dah 59. Th depan bulan Mei akan masuk angka 60. Cepatnya masa berlalu kan!!..
Kaknum la ni dah 4 tahun bersara. Ada kekawan lain yg masih lagi aktif bekerja. Kaknum bersara di Langkawi atas sbb ingin berehat awal untuk bersama keluarga.
Masa kerja dulu tugas Kaknum sebagai wartawan dan Penyelia berita ketika di KB. Almaklum bidang berita ni kerja kami sentiasa melebihi waktu. Hari minggu..malam..hari cuti umum pun kami kena kerja.
Lebih-lebih lgi ketika saat PRU kami awal- awal lgi kena buat persiapan. Buat laporan khas cari isu buat follow up cari kerja itu dan ini. Bagi kami..tiada hari yg tiada kerja. Dan kami suka dengan itu. Kami buat dgn seronok walau pun kadang kala kami dituduh terlalu rajin. Haha..
Di Langkawi..Kaknum ditugaskan sebagai Ketua Bahagian Rancangan...menjaga program..dj dan membantu hal-hal keewangan. Kaknum seronok di tempat baharu. Langkawi yg indah,..dan terancang berbanding di sesetengah tempat. Orang-orang Langkawi baik budi pekertinya. Kawan-kawan semuanya ok. Biasalah dlm ramai-ramai tu..citarasa dan feel mesti tak sama kan..namun semuanya alhamdulillah..
Sebagai KBR...kaknum laksanakan tugas yg termampu. Namun jiwa masih di alam berita. Lantas Kaknum tengok banyak benda di Langkawi sebagai sumber. Mula lah Kaknum menulis laporan demi laporan untuk fb page berita RTM. Kalau tak waktu petang..Kaknum buat di hari minggu. Banyak masa terluang Kaknum buat kerja menulis berita..ini pun atas kepentingan jabatan juga... Ini sikit sebanyak mengurangkan rindu Kaknum terhadap anak-anak di Kelantan.
Itu pun nasib baik ada anak bongsu yg menemani Kaknum dan sekolah di Langkawi. Sebelum itu kakak dia yg teman Kaknum..namun masing-masing berkahwin dan balik ke Kelantan. Tinggallah Kaknum...kesunyian dlm kesibukan tugas.
Seronok di Langkawi. Mohon bertukar tidak diluluskan. Alasannya tiada post dll. Tak apa lah. Dlm diam Kaknum membuat perkiraan. Rupanya sikit masa lagi je khidmat Kaknum dgn RTM dah mencapai 30 tahun. Bermakna pencen yg akan Kaknum dapat nanti sebanyak 60 peratus drp gaji. Kira dan kira. Ada kawan minta fikir dulu..Kaknum pun berfikir dan fikir...
Last-last jawapannya ialah tentukan bersara lebih awal. Alhamdulillah...bersaralah kita bila segala-galanya dipermudahkan. Tk adik Iza yg menguruskan dokumen Kaknum pencen awal. Terima kasih adik-adik di Langkawifm yg memberikan kerjasama..usia perkhidmatan 31 th lebih kurang..
Maka bermulalah hari-hari kehidupan sebagai orang pencen. Dah tak ada orang-orang besar dan orang kuat politik. Yg ada ialah keluarga dan sahabat. Terfikir hari-hari kosong nak buat apa yer...lantas Kaknum meneruskan hobi bercucuk tanam. Kaknum admin group Suka Tanam..Ku cari group yg sama minat kekawan yg sama hobi...
Dalam pada tu ku cuba lah berniaga kecil-kecilan buat mengisi masa lapang. Atas faktor menjaga kesihatan dgn herba-herba Kaknum pun buat la produk herba untuk penjagaan kesihatan. Kaknum belajar dan mencari ilmu. Ini je yg termampu. Bagi Kaknum herba anugerah Allah banyak khasiatnya. Kaknum tidak menafikan ubat kimia modern. Namun ada sesetengahnya kurang Kaknum suka.
Lagi pun banyak yg dilihat di depan mata..risiko buruk yg terjadi setelah sekian lama mengambil ubat kimia. Tak apa lah...
Daripada situ..bermulalah Kaknum buat suppliment herba. Termasuk lah Jus Madu Lemon..teh herba..minyak kelapa dara..aromatherapi herba.. Sunrise Detox dll. Ia untuk Kaknum guna sendiri juga.
Oya..Semua tu Kaknum tak buat banyak ye. Buat sikit-sikit atas permintaan. Kaknum lebih banyakkan promosi melalui fb dan Insta. Dari sini lah Kaknum dpt sokongan. Dapat kawan..
Seronok bila dapat tempahan dan relax bila tak de yg mahu. Bagi Kaknum semua tu atas diri masing-masing. Kaknum sukakan herba dan kita bebas memilih. So Kaknum merayu la kpd kekawan agar sudi-sudikan lah membantu atau memberikan sokongan walau pun sedikit.
Pls jangan marah jika ternampak post Kaknum pasal jual menjual ni ye. Ia amat perlu untuk menguwar-uwarkan kpd yg lain tentang apa yg Kaknum buat ni..untuk suka-suka..untuk mengisi masa..dan untuk membantu kekawan juga.
Kaknum bukan bomoh ye. Pun bukan dr. Tapi Kaknum cuba buat berdasarkan ilmu pengalaman dan kongsi pengalaman.
Teringat Kaknum nak menulis semula..namun biarkan dulu sbb menulis memerlukan kemahiran otak yg tinggi dan tumpuan masa. Teringat juga untuk kembali melukis..namun biarkan lah masa menentukan...
Banyak lagi benda-benda penting yg perlu Kaknum buat..cari waris warah..belajar balik ilmu alquran yg membacanya pun kaknum masih terkial-kial..mentelaah itu dan ini..membantu jaga cucu dll.
Ini lah alam kaknum la ni...dan segalanya Kaknum buat dengan redha dan seronok...alhamdulillah..kehidupan sederhana melihat anak-anak berkeluarga dan berusaha sendiri berniaga..melihat cucu membesar di depan mata..itu sesuatu yg sangat indah.
Syukur ya Allah. Berkatilah apa yg kami lakukan ini..
No comments:
Post a Comment