Kelantan terkenal dengan permainan tradisi layang-layang atau wau. Kebiasaan dilayangkan selepas menuai padi bagi masyarakat kampong. Bagi masyarakat yang tinggal di bandar-bandar mereka lebih gemar main wau di tepi pantai bersama keluarga....
Congkak immmmmmmMalah permainmainan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Congkak adalah permainan rakyat yang sudah berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeza-beza. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina disebut sungka, di Srilanka dikenal dengan cangka, di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng, aggalacang and nogarata.
Permainan ini mudah dan dapat melatih pemain-pemainnya membuat keputusan dengan pantas. Kecekapan mengira dan membuat andaian menjadi ciri utama permainan congkak. Permainan ini dimainkan oleh kaum wanita khasnya gadis-gadis.Selain kueh mueh tradisional Kelantan seperti jala mas, akok, tahi itek, gelembung buaya, anda juga boleh mendapatkan pelbagai produk kraftangan warisan tradisi turun temurun di Kelantan seperti tikar mengkuang, pasu, wau, gasing, rebana dll..............
