Nostalgia 13
Pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Tapi sebelum tu Kaknum nak pesan. Kita ni esok-esok tak akan dipandang dari segi rupa..pangkat dan darjat. Yg di pandang ialah iman kita taqwa kita dan amalan kita. So dlm kita sibuk-sibuk dok berbisnes ke..kerja ke..jangan sesekali kita lupa untuk mengaut bekalan utk esok-esok. Biar kita nampak tamak untuk berbuat pahala. Biar kita nampak kedekut untuk berbuat dosa. Itu lebih baik. Sekiam..
Orite baca cerita Kaknum pulak ye..
__________________________________________
Di kampong tanpa ayah dan emak membuatkan hatiku rasa sepi dan tak tentu arah. Kadang-kadang aku mengayuh basikal berbatu-batu untuk melepaskan rasa. Pernah satu ketika aku mengayuh basikal dari kampong ku ke area Gunung dekat Bachok. Aku kayuh basikal sorang-sorang tanpa fikirkan penat tanpa fikirkan masaalah yg bakal melanda.
Kadang-kadang bila tidur sendirian..aku sering berkhayal untuk bekerja di rumah orang kaya. Jadi tukang gaji pun tak apa asalkan dapat duit. Kadang-kadang terfikir untuk menjadi isteri askar. Sbb pada masa tu orang kata bila kahwin dgn askar..suami akan potong gaji bulan-bulan untuk isteri. Haha...lucu bila diingatkan..
Sbb tu gadis-gadis remaja zaman dulu sangat seronok bila ada truck yg membawa ramai askar lalu depan mata mereka. Yg nakal tu ada yg campakkan alamat. Zaman dulu susah untuk berkomunikasi. Tiada hand fone tiada watsapp. So surat aje lah pengganti diri.
Aku sudah pandai cari kenalan dlm majjallah. Aku lupa majallah apa. Dlm tu ada muka surat yg meletakkan foto-foto serta butiran jejaka dan gadis-gadis yg mencari kenalan. Aku pun terlibat sama mencari kenalan tu. Tak ku terfikir pulak kemungkinan yg mereka letak tu gambar palsu. Namun bila mendapat balasan surat yg di hantar.. alangkah seronoknya...
Benarlah orang tua-tua cakap zaman remaja ni zaman mencabar. Aku pula sering berangan-angan. Jika ditanya..masa ni hobi ku menulis..melukis dan mengembara. Dlm melukis..aku ikut bakat Paksu Ri yg pandai melukis. Aku pernah melukis potret artis dan ia memang menjadi..
Bagi orang-orang kampong..ketika ni kehidupan masing-masing dah jauh berubah. Dah ada anak-anak yg dapat kerja askar...suatu kerja kebanggaan zaman dulu. Dah ada yg masuk maktab perguruan dan dah ada yg masuk Universiti.
Antara yg masuk U ialah sepupuku Alwi. Dlm ramai-ramai adik beradik..dia seorang yg berjaya ke menara gading. Lebih bangga setakat yg aku ingat..sepupuku tu lah orang kampong pertama yg dpt masuk U. Amboi seronok betul mak saudaraku Wak Timah dan suaminya Wak Ya. Anak kampong dapat Masuk Universiti Malaya dlm bidang ekonomi. Fuhh!! Ramai yg tabik tau!
Aku tak tahu macam mana Alwi belajar sedingga dpt masuk U. Tapi aku pernah juga merisik-risik kaedah belajar melalui dia. Tentang mata pelajaran dan tentang buku-buku. Sebagai sepupu..aku memang rapat dgn dia. Bahkan dengan Wak Timah. Antara aku dan Wak dah macam ibu dan anak.
Nenek ku sebenarnya nak jodohkan aku dgn Alwi ni..kan dulu-dulu orang-orang tua lah yg tolong mengapi-apikan hubungan antara gadis dan jejaka yg ada dlm keluarga..namun tak berhasil..Alwi sibuk dgn belajarnya dan aku sibuk dgn gila nak masuk U..
Oya..dah tercakap baik aku jelaskan. Balik dari rumah Paksu Ri hari tu..ada lah juga aku berhubungan dgn adik jiran Paksu tu. Orang tu rupanya dah pun bekerja disebuah ajensi Kerajaan. Dia ni agak pemalu. Dah berhubungan ada kalanya kami berjumpa. Dia meluahkan rasa berkenan kat aku..namun agaknya dah tak ada jodoh..lama kelamaan hubungan terputus ditengah jalan...lagi pun aku masih nak sambung belajar dan jauh lagi masa utk ku kejar cita-cita..
Ok..saat pengumuman SPM pun tiba. Dlm debaran.. aku mengayuh basikal ke sekolah untuk melihat keputusanku. Satu persatu nama dibaca..las-las nampak aku punya...aku mendapat pangkat 2 dlm SPM. Alhamdulillah..seingat aku ada seorang atau dua orang je dot pangkat 1 dan beberapa orang je dpt pangkat 2 pada waktu tu di SM Melor. Kawan-kawan se rumah sewa ada yg dapat pangkat 3 dan ada yg tak lulus. Tersohor jugak la nama ku dlm kalangan guru-guru sekolah.
Dlm keseronokan tu aku bergegas balik rumah untuk memberitahu datuk dan nenek ku. Ayah dan emak aku utus surat. Pada waktu itu..langsung aku tak terfikir untuk terus mohon ke mana-mana IPTA dengan SPM. Cikgu pun tak cakap apa,-apa. Hubungan dgn sekolah terputus. Yg aku tahu..aku nak masuk tgtan 6 untuk ambik STPM dan seterusnya masuk U Malaya mcm sepupuku Alwi. Yg ku tunggu..surat panggilan utk ku naik ke tgtan 6. Tunggu punya tunggu...
Berjayakah aku ke tgtan 6.
Di mana..
Bagaimana..
Tunggu ceritaku seterusnya. In Syaa Allah...
____________________________________
Ok..dah panjang cerita Kaknum. Ada yg nak belanja sarapan tak. Kaknum belum sarapan lgi ni. Teringat waktu kerja..kami beramai-ramai sarapan di kanten..Sekarang ni dah lain..bersarapan pun sendirian di rumah...manisnya saat lalu.
Assallamualaikum..
No comments:
Post a Comment