Nostalgia 12
Jam di hf dah 9.03 minit mlm. Subhanallah...hujan turun agak lebat mlm ni. Sesekali bunyi guruh sayup-sayup kadang kuat juga memecah kesunyian mlm. Kaknum sudah pun makan mlm ala kadar je buat pengalas perut. Nak tidur..maseh terlalu awal. So Kaknum rasa nak bercerita lah mlm ni. Harap-harap kekawan baca ye..
________________________________________
Di rumah Paksu Ri di Kem Tentera Jaya Gading Pahang. .banyak perkara baru yg aku pelajari. Di sini kehidupan bukan seperti tinggal di kampong. Rumah flet mcm kotak dan bertingkat-tingkat. Ia seakan memudahkan lagi penghuninya bersilaturrahim.
Kebetulan jiran paksu dan maksu orang Pasir Mas. Ikatan kemesraan antara jiran tu aku lihat amat akrab. Jiran Paksu ni di datangi oleh adik lelaki. Baik orangnya. Lemah lembut perwatakannya. Dah berjiran..aku pun sambut lah salam persahabatan adik jiran Paksu ni. Ok tinggalkan dulu kesah tu ye..sbb tak menarik pun...haha!!
Pak Su Ri...ketika itu anak-anaknya masih kecil. Wan..Eli..tu yg aku ingat. Yg lain rasa belum lahir lagi.
Ketika dianjurkan tilawah ATM..Paksu antara pesertanya. Dia mendapat nombor. Tp aku tak ingat tempat ke berapa. Yg aku ingat Paksu mendapat hadiah menunaikan Umrah di Tanah Suci...alhamdulillah.
Bagiku..ini berkat kelas tarannum yg Paksu ikuti masa di kampong bersama emak ayah dan orang-orang kampong. Ini aku agak la. Rupa-rupanya selepas menjadi askar..Paksu terus mendalami ilmu alquran dan bertarrannum dengan guru-guru lain pula. Selepas bersara askar..tarrannum lah yg sentiasa menemani Pak su. La ni dia mejadi guru kpd ramai anak muridnya di sekitar Kuantan. Dia lebih popular apabila dijemput mengajar menerusi corong radio di Pahangfm pada sebelah petang.
Dengan maksu..aku banyak belajar memasak. Jika dikampong aku hanya tahu masak gulai ikan haruan..bakar ikan kering..namun di Kuantan maksu mengajarku masak ikan gulai kicap..masak asam pedas dan masak lemak.
Kebiasaan pada sebelah tengah hari aku belajar membaca surah Yaasiin. Pada mulanya aku belajar ikut tulisan rumi. Lama kelamaan aku dah boleh baca Yaasin dgn tulisan jawi. Sedih hatiku sbb kurang pandai baca surah-surah yg tinggi. Lantas aku teringatkan ayah emak dan adik. Sewaktu ayah berangkat ke Sabah..aku belum lagi khatam al quran. Sebab mungkin masa kecik-kecik aku malas mengaji. Bila dah remaja baru aku menyesal..
Lama juga aku di Pahang. Las-las aku balik ke rumah datuk dan nenek ku..sedih tengok kampong. Sedih tengok adik yg aku tinggalkan. Waktu tu adikku sudah pandai masuk dapor masak sendiri terutamanya mi segera kegemarannya. Waktu tu adikku baru dlm lingkungan 13 tahun.
Meningkat remaja..aku sudah berminat mencari duit sendiri. Wang bulanan yg ayah kirim sebanyak rm50. Bagiku dirasakan belum cukup. Sbb tu..aku pernah ambik upah membanting padi milik Pakda.. bapa saudaraku. Kadang-kadang aku ambil upah menjaga anak Pakda sekaligus dgn jaga kedai runcitnya di kampong.
Kebetulan..ayah juga berusaha mencari duit lebih ketika di Sabah. Ayah mengirimkan wang kpdku untuk membeli beberapa barang dari Kelantan untuk dijual di sana. Kerja-kerja membeli membungkus dan pos barang tu la kerja-kerjaku. Antaranya alat solekan..pakaian dan sebagainya. Ayah memberitahuku emak juga dapat kontrak jual makanan di kanten sekolah..
Tetiba Pak Teh Soh yg sebelum ni ketua kami cari belalang nak tinggalkan kampong kami. Pak teh..bapa saudaraku ditawarkan jadi peneroka tanah rancangan di Paloh Gua Musang. Demi mengubah nasib keluarga..pakteh memilih untuk pergi. Seorang lagi bapa saudara kesayanganku terpaksa berhijrah keluar kampong. Kini..hanya tinggal Pakda Awang tempat aku menumpang kaseh selain datuk dan nenekku.
Pada waktu ini aku sudah mula pandai berhias diri. Aku juga mula belajar menjahit. Mesin jahit usang peninggalan makcik Bidah isteri Pakteh aku manafaatkan untuk menjahit. Aku berbasikal ke kedai membeli kain dan ku jahit baju ku sendiri. Walau pun tak belajar dgn sesiapa..namun aku cuba jahit dan menjadi. Tak la cantik..tapi muat dgn tubuhku yg semakin mengecil..sebelum ni semua baju aku ditempah. Kebiasaannya makku tempah dgn moksu Esah terutama baju raya.
Tetiba..ayah emak dan adikku pulang bercuti dari Sabah. Alangkah seronoknya aku dan adik. Mana taknya dah lama ayah emak pergi. Hanya surat pengganti diri. Seronok bukan kepalang.. seakan aku ingin memeluk ayah emak dan adik lama-lama jgn biarkan mereka pergi..
Kawan-kawan ayah dan emak datang. Banyak cerita-cerita ayah. Kadang mereka ketawa kadang-kadang tersenyum. Rindunya orang kampong dan sanak saudara terhadap emak dan ayah. Mereka berbual dan bercerita..
Mak pulak..bercerita tentang pengalamannya naik kapal terbang. Mak gayat dan takut berada di ruang udara yg tinggi. Sbb tu mak asyik bertanyakan ayah masa jam ditangan ayah. Adiku pulak mak cakap dah pandai berbahasa bajau. Faseh sekali sbb kawan-kawan adik ramai dlm kalangan kanak-kanak bajau.
Suatu hari ayah emak membawa kami ke bandar. Ayah belanja kami makan di kedai. Itulah seingat aku kali pertama ayah belanja makan diluar. Selepas makan..kami ke kedai gambar untuk merakam gambar kami sekeluarga..itu adalah kenangan bersejarah buat ku ayah emak dan adik-adik.
Tak lama keputusan SPM akan diumumkan. Hatiku berdebar-debar. Macam mana lah nasib ku selepas ni. Adakah aku berjaya atau aku gagal. Macam-macam yg terlintas di fikiran. Yang nyata aku ingin berjaya. Aku ingin melanjutkan pelajaranku. Aku ingin keluar kampong untuk belajar...keluar dari kepompong hidup ku yg susah.
Macam mana keputusan yg aku dapat. Mampukah aku untuk sambung belajar spt orang lain.
Tunggu..akan ku ceritakan bila ada masa dan idea nanti. In Syaa Allah.
Mohon maaf jika ada fakta yg tak tersusun atau tersilap. Dah lama sangat ada yg terlupa.
_______________________________________________
Wow dah sejam setengah Kaknum menulis. Segar je biji mata jika buat yg kita minat ni kan. Jika mengaji mesti tersengguk-sengguk ngantuk.
Apapun Kaknum nak pesan...hindarilah dari berbuat dosa walau pun sekecil zarah. Perbanyakkan berbuat pahala walau pun sebesar bukit.
Istighfarlah sentiasa. Sbb kita manusia ni banyak godaan dan cabaran. Ada kalanya lidah tersilap bicara mengata orang. Mata tersilap pandang. Mulut tersilap cakap. Tangan tersilap pegang. Kaki tersilap langkah. Hati tersilap rasa. Fikiran tersilap fikir...dan mcm-mcm tersilap lgi. Istighfar dan Istighfar...
Pesanan utk Kaknum anak waris warah dan kekawan yg kaknum sayang...
No comments:
Post a Comment