Nostalgia 10
Salam Jumaat penghulu segala hari. Perbanyakkan selawat ke atas baginda nabi Muhammad SAW. Semoga lidah kita sentiasa basah dgn zikir. Amatlah rugi jika segala yg Allah kurniakan ni tidak kita manfaat sebaik mungkin untuk memuji kebesaranNya. Semoga kita sentiasa tergolong dlm orang yg sentiasa ingat..bukan orang-orang yg sentiasa lupa.
Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita. Biasalah kan mak-mak dan nenek-nenek ni dia akan pesan memesan apa yg patut kpd diri dia dan anak-anak. Itu tandanya dia caring dan sayangkan kita. Baik go to main topik. Jom baca cerita Kaknum...
_______________________________________
Selang beberapa lama....aku menerima sepucuk surat drpd ayah. Gembiranya hati bukan kepalang dpt mengetahui perkembang terkini ayah emak dan adik yg jauh diperantauan...Sabah.
Assallamualaikum anakanda..
Ayah emak dan adik dah sampai di Sabah. Ayah mengajar agama di SRK Tagasan Semporna Sabah. Sekolah ayahanda mengajar ni agak di pendalaman. Namun ia tak jauh dari kawasan perairan Tagasan. Semoga anakanda berdua di dlm keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah jua.
Surat ayah itu bagaikan mengobat rasa rindu aku dan adikku Azizi kpd ayah emak dan adik. Rindu yg teramat sangat....dlm surat itu ayah terus bercerita suka duka perjalanannya ke tempat yg tak pernah pun dia mimpi untuk pergi sebelum ni.
Setibanya ayahanda di KL pada keesukkannya..ayahanda terus membawa emak dan adik ke Masjid Negara dengan menaiki teksi. Di situ ayahanda memohon izin drpd pegawai yg bertugas untuk bermalam di masjid itu sementara menunggu penerbangan ke Kota Kinabalu pada esoknya.
Aku cuba bayangkan macam mana sukarnya perjalanan ayah. Dia tak pernah pun ke KL sebelum ni. Naik kapal terbang pun tak biasa. Duit entah banyak mana yg ayah ada. Makan minumnya tempat tinggalnya dll. Macam mana la keadaan di KL tu. Aku cuba menyoal...ayah terus bercerita dlm suratnya.
Dari Kota Kinabalu..ayahanda meneruskan perjalanan ke Semporna dengan menaiki satu lagi pesawat. Kali ni pesawat yg agak kecil. Kemudian dari Semporna ayahanda menaiki teksi ke Tagasan yg mengambil masa agak lama juga. Ayahanda tiba agak lewat dan terpaksa menunggu sekian lama sebelum bertemu dgn pihak yg berkaitan yg dapat membantu ayahanda.
Ya Allah..aku terus membayangkan. Seingat aku..ayah pernah menyebut tentang anjing yg berkeliaran. Malam yg sepi. Dan doa-doa yg ayah baca mohon perlindungan Allah yg Maha Esa agar perjalanannya dipermudahkan dan jauh dari segala mara bahaya. Sabah ketika dulu yg masih jauh ketinggalan..jln pun masih kurang elok.
Alhamdulillah. .ayah emak dan adik sudah ada rumah untuk menginap. Rumah itu khas untuk guru dan tak jauh dari sekolah.Di sana ayah tidak kesepian kerana rupa-rupanya ramai orang-orang dari Semenanjung dan negeri Kelantan yg bertugas di Sabah. Ayah emak dan adik masing-masing merapati kenalan baru di sana. Mereka berusaha untuk serasikan diri.
Surat ayah tu adalah penawar buatku dan adik. Dek kerana tu..surat tu jugalah aku tunggu setiap bulan. Kelibat posmen datang ke kampongku memang sentiasa kami tunggu. Lebih-lebih lagi surat berdaftar. Ia menandakan surat itu penting dan ada isi yg amat berharga buat kami..
Masa berjalan dengan pantas. Tinggal dengan datuk dan nenekku banyak yg aku pelajari. Susah senang...jerih pedih..tawa...sunyi dll. Aku belajar erti tabah. Aku belajar erti rajin..Semuanya mematangkan aku. Membakar semangat untuk aku terus belajar bersungguh-sungguh..
Kenangan bersama ayah dan emak di rumah datuk ku tetap tersemat di hati. Kenangan itu kian segar seolah-olah emak ayah dan adik kecil tetap di sisi..
Di rumah itulah ramai kawan-kawan sekampung ayah dan emak berkumpul. Mereka belajar mengaji alquran secara bertarrannum beramai-ramai. Antaranya Pok su Tok Cu Merah..Pak Teh Soh..Wak Awang..Pok him..Pok Su Lah..Pok Su Ri dll. (Nama-nama ni aku agak-agak je sbb tak berapa ingat dah)
Kebiasaan waktu belajar selepas solat Isyak. Peliknya tukang ajar adalah seorang guru yg cacat penglihatan. Kalau tak silap mak ku panggil dia Mok Soh. Mok Soh dijemput oleh Abang Soh untuk mengajar peminat tarannum di kg kami.
Maka..bila tiba waktu malam kedengaranlah alunan-alunan suara orang-orang kampong mengaji berlagu seorang demi seorang..memecah kesunyian malam.
Masih ku ingat nama-nama lagu yg Mok Soh ajar..bayati..sobar..syikah..nahwan...masing-masing dgn lenggok suara yg amat unik. Emak dan ayah agak cepat menghayati. Bahkan suara mak amat merdu ketika mengalunkan bacaan ayat-ayat suci alquran bertarrannum itu. Emak juga sering dijemput dlm majlis-majlis untuk mengalunkan bacaannya.
Aku yg meningkat remaja hanya mendengar dan melihat aktiviti org-org kampong itu. Kadang-kadang selesai lewat malam atau pun awal pagi. Tidur yg diuliti alunan suara bertarrannum tu dah biasa dan tak asing lagi.
Di bulan puasa mereka berkumpul beramai-ramai untuk menghayati bacaan al quran menerusi corong radio. Dulu-dulu tilawah sering berlaku ketika Ramadhan..
Satu ketika terkena kat aku. Di sekolah akan diadakan tilawah alquran peringkat sekolah. Cikgu menamakan aku sebagai salah seorang calun. Adui!! Terpaksa lah aku belajar drpd emak sedikit demi sedikit.
Namun..belajar alquran dan bertarrannum bukan mahir dlm jangka waktu yg singkat. Ia perlu mengambil masa. Ia perlukan minat dan jiwa untuk menguasai.
Akhirnya..Pada saat namaku dijemput naik ke pentas...aku terketar-ketar dan mulai panik. Dari atas pentas..aku nampak semua biji mata merenung ke arahku. Dan aku makin kalut dan takut...dlm keadaan itu..aku sudah tidak mampu lagi untuk fokus. Mana lagu bayati..mana lagu nahwan..sobar dan sebagainya...akhirnya aku kalah!! Satu lagi pengalaman sedih dan memalukan buatku..
Sekian lama aku meniti hari-hari sunyi dgn datuk dan nenek. Ke sekolah menaiki basikal yg makin tua. Dan peperiksaan pun dah hampir. Aku berfikir dan terus berfikir..Nak tak nak aku terpaksa tinggal dekat dengan sekolah.
Sebenarnya aku tak mahu habis masa dan berdepan letih untuk belajar. Namun utk bayar sewa..aku tak mampu. Maka terpaksalah aku tebal muka. Aku mohon izin untuk tumpang rumah abang Wi dan Kak Cik. Masa tu abang Wi kerja sebagai pengawal sekolah dan rumahnya hanya beberapa minit je dgn sekolah.
So bermula lah aku hidup menumpang. Alhamdulillah aku dilayan dgn baik sekali. Sesungguhnya aku amat terhutang budi kpd abang Wi sekeluarga. Mereka melayan aku seperti anak mereka sendiri. Makan minum bersama mereka..
Tak lama..aku berpindah ke rumah sewa Hj Ya..aku tinggal bersama kawan-kawan di rumah panjang yg berderet diperbuat daripada kayu. Bukan apa. Dah besar..aku makin segan dgn keluarga tu. Naluri remaja..aku ingin bebas...Adik aku terpaksa tinggalkan dia dikampong bersama datuk dan nenek.
Masa kian berlalu. Aku semakin meniti usia remaja. Ayah sudah bertahun di perantauan.
Tetiba...aku sedar aku sudah pun berada di Kuantan Pahang.
Kenapa aku berada di sana..
Sape yg membawa ku ke tpt orang tu..
Apa jadi kpd ku selepas tu..
In syaa Allah aku ceritakan bila ada masa dan idea nanti.
__________________________________________
Alahaiii!!..cerita punya cerita dah masuk zohor. Nak solat dulu lah.
Mohon maaf jika isi surat / isi cerita kurang tepat. Kaknum agak-agak je tu sbb dah lama kan tak berapa ingat dah..
Assallamualaikum. .
No comments:
Post a Comment