Nostalgia 3
Petang ni cucu di bawa ke rumah tok dia tak jauh dari rumah Kaknum. So lapang le sikit nak bercerita. Kali ni Kaknum nak cerita satu kesah pasal diri Kaknum jame dolu-dolu...baca deh..!
-----------------------------------------------------------------------------
Aku sebenarnya di lahirkan di Kg Membuaya Machang Kelantan. Lahir di sebuah rumah usang dlm kebun getah..Kg Membuaya ni agak terpencil. Nak ke Kampong ni pada tahun 1958 tu kena berjalan kaki agak jauh ke dalam melalui lorong-lorong kecil dan melintasi sungai.
Orang kg zaman dulu tak ada kenderaan. Basikal pun jarang-jarang ada. Masa Kaknum lahir tu ditakdirkan nenek dan tok chek sudah bercerai. Namun mak ada cakap nenek pernah berdoa agar dia dapat melihat cucu pertama sebelum dia meninggal..
Kira-kira setahun usiaku..ayah dan mak berpindah ke Kg Kubang Bongor Melor. Mungkin atas sebab cari kerja atau sbb ayah nak melanjutkan pengajian pondoknya. Masa aku lahir..mak baru berusia 11 tahun. Dan ayah berumur 21 th. Ini aku agak- agak je!! Haha..
Setahun selepas merdeka aku dilahirkan. Keadaan pada waktu itu amat lah perit. Kerja kampong. Duit tak ada. Makan kais pagi makan pagi. Untuk kami berteduh dari hujan dan panas..ayah bina rumah kecil buat kami.
Aku masih ingat..rumah tu ada satu bilik tidur ada ruang tamu. Di belakangnya ada tempat simpan gemal padi. Dinding dapor drp buluh. Lantai ada kayu dan ada batang nibong.. Lantai dianjungnya juga drp batang nibong. Dinding dianjung dinding buluh. Pintu tidak berkunci. Hanya di lekatkan atau di sandar begitu sahaja..
Aku yg masih kecil belum tau apa-apa. Aku membesar dgn sepenuh kasih sayang walau pun keadaan kami agak daif. Kira-kira 2 th selepas tu..adik lelaki pun dilahirkan
Pada masa tu kampong kami penuh dgn pokok-pokok getah kebun rambutan durian dll..belum ada bekalan letrik. Jalannya pun jalan kampong yg jika hujan dipenuhi selut..sebahagian org kg penoreh getah. Ada juga yg tanam padi... mereka tanam padi cuma sekali setahun di luar waktu kemarau. Mak juga menoreh getah di kebun pok wa..(kebun dato)
Beberapa nama yg masih ku ingat..pok teh Latiff..mok teh Latiff..Wok Awang..Abe Him gateh teksi..poksu Mat..Makngah Limah..Wok Aji Daud..Wok Mek Jah..pok su Loh..Ayoh Cik..mok cik..Wok Timoh Poksu Ya..Pik Mat Pak da Awang..Mok Sa..semua tu dah jadi arwah..
Bagi kami bergelap mlm dengan hanya cahaya pelita minyak tanah tu dah jadi biasa. Tiada kipas letrik. Tiada aircond. Masak dgn dapor kayu..Mandi di telaga yg digali dan air telaga kami angkut dgn baldi upeh yg di ikat dgn tali naik ke atas. Bilik air kami hanya lah di tepi telaga tu. Lelaki mandi pakai kain basahan. Perempuan mandi berkemban. Bilik air kami untuk melepas hajat di dlm semak. Huhihu..!!
Aku membesar dlm keadaan serba kurang. Namun cukup kasih sayang. Dah besar sedikit dah mula pandai berjalan kerumah mok wa dan pok wa ( atuk dan nenek)yg terletak tidak jauh dari rumahku. Lebih-lebih lagi jika di rumah ada krisis orang-orang tua..aku cepat-cepat lari ke rumah mokwa dan tak akan balik sehinggalah ayah dtg jemput..
Penduduk di kawasan kampong kami rata-ratanya ada talian darah. Sbb tu kami seronok berada dikg. Ayah dan mak juga ada pertalian darah. Jika dititihkan..tok chu Merah tu adalah waris pok wa. Dan tok chu Merah tu jugak waris Tok Chek. Haha..aku pun tak ingat dah waris yg mcm mana. Tp ibu dan ayah tu masih ada talian darah..
Aku membesar tanpa tadika. Dan rata-rata panduduk kg pun tak brapa pandai baca. Tak ada TV. Yg ada hanya radio. Itu pun hanya beberapa kerat saja.
Tiba masa aku masuk sekolah. Sekolah pertama ku Sekolah Kebangsaan Padang Lengkuas. Sekolah tu sekolah papan. Kedudukannya di dlm kampong yg agak jauh dari jalan raya. Aku berulang alik ke sekolah jalan kaki. Jika nak shortcut..aku ikut jalan sawah bendang. Aku masih ingat bersama dgn seorang kawan iaitu Yah (lupa nama sebenar) kami singgah di sepohon pokok mempelam yg besar. Meninjau buah-buah yg gugur...
Jika melalui jalan biasa..kami sering kutip buah-buah rotan..buah-buah mata ayam di tepi-tepi jalan buat pengalas perut. Aku tak ingat brapa jam berjalan kaki ke sekolah. Tapi aku agak-agak ada lah dlm 45 minit pergi dan 45 minit balik. Aku ke sekolah berbekalkan duit 5 sen. Kadang-kadang 10 sen. Kadang-kadang bawa bekal. Tp jumlah byk tu dah cukup utk beli makanan pada waktu tu..
Berbalik kpd ayah dan mak..untuk menambah punca rezeki org2 kg berpakat kemudiannya untuk tanam tembakau. Maka beramai-ramailah semai benih secara kelompok. Biasanya mereka lakukan pada sebelah mlm dengan di cerahi lampu gasolin..
Ayahku pula..mengajar quran kpd anak-anak di kampong tu. Walau pun datang kerumah tok guru hanya di suluhi api karak (bakar daun kelapa) di sepanjang jalan..dan di suluhi pelita ayam ketika mengaji..namun mereka tetap datang. Yg nakal-nakal...masa ni la waktu untuk sergah atau mengusik anak dara..
Aku bersekolah di padang Lengkuas selama 3 tahun..dan kemudiannya berpindah ke Sek Kebangsaan Melor yg terletak di pinggir sebuah Pekan Kecil...
Jeng jeng jeng..di SMK Melor aku didenda suruh isap puting susu dan berdiri atas kerusi. Nak tahu kenapa??...In Syaa Allah ada kelapangan kita sambung. Haha...
( haha ni yg abang Jamil minta buat suspens)..haha
-------------------------------------------------------------------
Hokey dah panjang cerita Kaknum ni. Khas ditujukan kpd anak2 cucu. Kenali lah asal usul kita. Umbi kita. Tak rugi..
Bila free Kaknum sambung cerita lagi ye. Mata pun dah berpinar ni...assallamualaikum!!
No comments:
Post a Comment