Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 27 by ZN

Nostalgia 27

Hujan rahmat turun ke bumi. Tentu pokok-pokok yg dah beberapa hari tak kena air akan kegirangan. Itu lah aturan Allah. Rezeki yg Dia sediakan kpd kita amat luas.
Ok.. Pada petang yg berbahagia ni Kaknum nak sambung cerita ye. Harap kekawan baca.
____________________________________________

Seakan baru je aku kerja dengan Harian Nasioal yg beroperasi di Setapak KL. Selain Lokman..ramai lagi yg aku belum betul-betul kenal. Maklumlah tugas ku keluar masuk pejabat membuat liputan...masa untuk saling mengenali tu agak terbatas.

Dgn Lokman..dia yg mula-mula mengusikku dengan menyamar melalui telefon. Aku yg pada masa tu agak lurus mulanya mempercayai. Namun si Lokman ni agaknya tak tahan dgn sikapku yg lurus bendul tu lalu mula menunjukkan diri. Lucu fikirkan saat tu. Namun begitulah cara kami mula berkenalan dan saling berbaik.

Tak lama.. seakan berlaku krisis. Desas desus rakan-rakan mula merebak. Masing-masing seakan tak sedap hati. Aku juga terasa sesuatu. Aku fikir apa nasib jika aku terpaksa berhenti dari terus bekerja di situ...tak kan aku nak jadi pengemis untuk mencari kerja semula..o tidak!!

Dlm keadaan tak keruan tu..suatu hari Zahari Affendi meminta aku ke mejanya. Num...awak pilih nak ke TV3 ke atau ke The Star. Saya boleh tolong awak. Saya ada kawan yg boleh bantu. Kebetulan TV3 baru je  beroperasi dan sedang mengambil pekerja...

Zahari Affandi seingat aku orang Kelantan. Amat baik dan sanggup menolongku. Kata dia jika kerja dgn TV3 awak akan jadi wartawan TV. Jika memilih The Star..kerjanya buat rencana untuk majallah Kuntum. Cuti yg awak dapat 2 hari seminggu dan masa kerja ikut masa pejabat. Wah! Menarik juga ni. Aku berfikir akan tawaran tu..

Akhirnya aku memilih The Star yg beribu pejabat di Petaling Jaya. Alasan aku pilih di sini kerana aku seakan dah biasa dgn penulisan akhbar. Manakala TV3 aku belum ada pendedahan. Aku juga bimbang tahap penguasaan Bahasa Inggeris yg tak seberapa.

Selamat tinggal Harian Nasional. Kini aku berfokus kpd The Star pula. Pada hari yg di tetapkan oleh Zahari.. aku pun pergilah berjumpa pengarang/penerbit majallah Kuntum puan Fadillah. Setelah dimaklumkan serba sedikit mengenai tugasan yg bakal aku lakukan..aku faham dan bermulalah satu lagi era baharu dlm diari hidupku.

Pejabat penerbitan Majallah Kuntum..nun jauh disatu sudut. Untuk sampai ke situ..aku terpaksa melepasi jabatan berita dll. Seksyen kami hanya ada 4 orang pekerja. Seorang penerbit..dua orang penulis dan sorang juru grafik.

Kerjanya agak mudah bagi ku. Tak ada tekanan dan ala-ala santai je. Aku bersama seorang rakan yg bernama Sham bertanggung jawab menulis bahan. Semua atikel untuk majallah perlu di sesuaikan untuk sebulan ke depan. Ini bermakna aku perlu berfikir lebih awal sebulan untuk selaraskan dengan siap cetak dan masa pengedaran..

Pekerja di The Star rata-ratanya berbangsa Cina dan ada juga India. Pekerja Melayu boleh dibilang dgn jari. Aku amat bertuah dapat kerja di sini.

Cukup dua minggu..kami dapat gaji. Di sini gaji dibayar sekali dlm dua minggu. Seronok dapat gaji. Aku kirim sikit sebanyak kpd mak di kampong. Aku rindukan mak..ayah adik-adik. Aku juga rindukan kedamaian di kampong ku. Namun semua tu aku terpaksa simpan dulu...

Seronok kerja di situ...tiba-tiba aku mendapat surat jawapan. Aku di tawarkan kerja sebagai Penerbit Rancangan dgn Stesen RTM. Ia adalah kerja Kerajaan yg di tawarkan menerusi operasi is penuh JPA. Wah!! Seronok bukan kepalang. Aku akan bekerja dgn Kerajaan yg rata-rata orang impikan..

Tak berfikir panjang aku terus buat keputusan. Dlm hati aku berkata..tak berkesudahan jika aku tak kerja dgn Kerajaan. Ini kerana kerja dgn swasta tak akan kemana. Aku rasa tak selamat..

Rupa-rupanya sebelum tu aku sudah isi borang JPA untuk memohon kerja. Nasibku dan rakan-rakan amat baik kerana terpilih. Di saat aku melapor diri dan angkat sumpah..hatiku seakan berkata..di sinilah tempatku. Dan aku akan kekal di sini...emak seronok mendapat khabar. Ayah pun bersyukur...akhirya penantian berakhir..aku sudah mendapat jawapannya..

Aku ditempatkan di bahagian persembahan radio. Di sini aku kenal Kak Yong Rafidah. Aku Kenal puan Adilah (Dato) aku kenal Norani Ibnu..dll. Mulanya aku hanya diberi tugas sebagai pemerhati. Melihat-lihat dahulu cara kerja seorang dj dan penerbit bertugas.

Tak lama kemudian..aku ditugaskan di bahagian berita radio. Kerjaku membuat liputan dan laporan radio di lokasi. Ada kalanya aku ke hotel-hotel besar membuat liputan dan ada kalanya ke tempat lain atas jemputan. Namun sebagai orang baru..aku masih kekok dan banyak lagi yg perlu aku belajar...

Tak lama kemudian..bos En Saleh Pateh Akhir memberi arahan. Zainum..awak ditempatkan di Berita TV. Ramai staff diperlukan di sana. Mendengar arahan tu..aku kecut perut. Aku kurang suka di TV sbb aku tak biasa. Aku merayu untuk kekal di radio. Namun..surat arahan telah dikeluarkan. Mahu tak mahu..aku terpaksa ke Berita TV...

Mampukah aku menggalas tanggung jawab di TV. Nanti akan ku ceritakan. In Syaa Allah.
__________________________________________

Hujan dah reda. Kaknum pun nak stop di sini dulu ye. In Syaa Allah jumpa lagi..

Assallamualaikum..

No comments:

Post a Comment