Nostalgia 4
Alhamdulillah..cuaca baik hari ni. Cucu pun dah tidur awal. Baiklah Kaknum cuba sambung cerita semalam ye. Terima kasih byk-byk kpd sahabat yg dah baca dan bgi komen. Yg bgi semangat pun ada. Alhamdulillah..mohon maaf jika ada bahasa dan ejaan yg tunggang langgang. Kaknum menulis sekadar mengimbau kenangan di kala usia sudah meniti senja...baca yer!!
_______________________________________________
Balik dari sekolah...aku kelaparan. Maklumlah berjalan kaki berbatu-batu jaraknya. Juadah ikan selayang rebus dgn sambal atau budu cicah ulam atau pun lauk telor ayam kampong.. itulah yg biasa jadi juadah harian. Namun aku makan dgn begitu berselera sekali..
Masih ku ingat..kami jarang-jarang dpt minum susu pekat manis berkrim atau sekadar minum air teh kosong. Jika mak buat teh kosong..aku dan adik lelaki masing-masing ukur gelas sapa yg lebih penuh dan kami usaha meratakan paras air tu biar sama.
Lepas makan tengah hari..aku adik dan mak berehat dan baring-baring kat anjung rumah. Jika ayah tak ada..kami buat radio. Haha..aku dan mak menyanyi. Biasanya kami bawakan lagu-lagu nasyid zaman dulu-dulu. Seingat aku..lagu bila Izrael dtg memanggil... Aku lupa tajuknya..happy sangat bersama emak adik dan ayah...
Entah macam mana ayah menghantar aku ke sekolah di pekan. Mungkin ayah fikir aku perlu ke sekolah yg lebih baik. SRK Melor..keadaannya lebih ke bandar..lebih selesa..lebih ramai guru..lebih tersusun dgn pelbagai kemudahan. Mungkin itulah yg ayah fikir..
Tp bagi ku..ke sekolah tu..aku semacam terima kejutan. Dari sekolah nun di hujung kampong..terus ke sekolah di pekan yg terletak tak jauh dari jalan raya. Spt biasa untuk ke sek itu..aku kena jalan kaki. Kadang kala ku ikut jalan pintas menyelinap kot kampong dan belukar..
Tiba waktu guru kelas masuk. Aku masih ingat namanya. Cik gu Zawawi. Nama ni tetap ku ingat sampai mati. Haha...
Mata pelajaran yg di ajar..bahasa Inggeris. Ah!! sudah. Macam mana tu. Kat sekolah lama aku langsung tak belajar BI. Di sini cikgu suruh aku baca. Ayat simple..a men and a pen..gitu lah agak-agak yg aku ingat. Pelajaran darjah 4.
Aku terkelu. Langsung tak boleh sebut. Aku tak reti pun BI ni. Kawan-kawan sekelas mentertawakan aku. Aku sedih dan malu. Cikgu kata..nanti cikgu bagi hisap puting susu..walau pun gurauan cikgu tu biasa-biasa..tp ngap!! Ia cukup menyentuh sanubari hati kecil ku.
Cikgu Zawawi tak tahu aku bersekolah di kawasan kg yg tak pernah ajar Bahasa Inggeris. Sedangkan murid-murid lain merupakan sambungan dari darjah 1..2 dan 3 di sekolah tu. Hiba seorang kanak-kanak yg tak dimengertikan oleh cikgu..
Namun..aku bukan cepat putus asa. Takut kalau-kalau cikgu suruh aku baca BI..aku pun bawa buku tu dan minta Pak su Ri (bapa saudaraku) untuk mengajar membaca BI. Paksu pelajar LCE. Bermakna dia bersekolah orang puteh dan agak mahir membaca bahasa orang puteh tu..aku belajar membaca dan menghafal BI sehingga pandai...di sekolah..aku tak risau lagi kot-kot cikgu denda aku berdiri atas kerusi atau paksa aku hisap puting susu..tk byk-byk cikgu Zawawi kerana menyedarkan anak kg ni..
Baiklah..berbalik kpd rutin kehidpan ku...berulang alik untuk belajar dgn Paksu di rumah nenek..lebih mengeratkan hubungan aku dgn nenek. Tabiat nenek suka bertandang dan menjalin hubungan silatulrahim dgn waris warah.
Hari tak sekolah nenek sering mengajakku menziarahi adik beradiknya dan juga waris dato. Ada yg di Padang Kala..di Kadok..di Bukit Merbau..Selising dll. Ke Kadok rumah Tok Cu Kadok dan Padang Kala kami hanya berjln kaki. Bayangkan berjln di laluan yg belum diturap dan agak jauh dari rumah kami. Namun aku seronok..
Untuk ke Bukit Merbau..kami jln kaki dari rumah ke jln raya yg memakan masa lebih setengah jam. Kemudian kami naik bas/teksi dan turun di Bukit Tanah. Kemudian kami teruskan berjln kaki menuju rumah Mak Chu Nga. Jauh kami berjalan. Biasanya kami bermalam satu malam.
Nenekku..memang rajin ziarah saudara maranya. Walau pun kami tiada kereta..namun hubungan kami tetap akrab. Kami saling ziarah menziarahi..
Di SMK Melor ni harian ku lebih mencabar. Ada aktiviti petang dsbnya. Jika ada aktiviti petang biasanya aku tak balik tgh. Bila balek sudah agak senja. Berjalan kaki sorang-sorang membuatkan hatiku risau.
Di satu tempat memang aku sgt-sgt takut melalui laluan tu. Tptnya penuh hutan belukar. Pokok buluh dan semak samun. Sering bulu romaku tegang bila melalui jln ini. Hati berdebar-debar.
Aku berfikir panjang setiap kali aku ada aktiviti petang...kenapa aku berperasaan macam tu ye...
Tunggu cerita seterusnya....
____________________________________
Cucu dlm buaian dah sedar dari tidurnya. Tok ma ada tugas lain pulak...harap-harap kekawan baca ye. Ada masa terluang kita sambung...cu jom kita main dgn tok ma!!!
No comments:
Post a Comment