Nostalgia 29
Cuaca hari ni kelihatan mendung. Suhu bilik terasa dingin sejak semalam. Ayuh kita ucap syukur atas segala nikmat dan anugerahNya. Jika jika syukur..nescaya kita akan dapat lebih lagi. Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye..
_________________________________________
Seronok bukan kepalang sebab aku dah beroleh kerja tetap dengan Kerajaan. Bermakna aku tak payah lagi jadi pengemis ke hulu ke hilir mencari kerja.
Paling seronok ialah emak. Pantang ada yg bertanya dia nak bercerita. Bangga emak sbb aku dah dapat kerja dgn ajensi ternama Kerajaan iaitu RTM. Orang-orang kampong dan waris warah turut gembira. Aku anak kampong yg dulunya bergelumang dgn selut di sawah..kini sudah pun menjadi pegawai Kerajaan. Haha..
Pengorbanan ayah..emak yg merantau jauh ke Sabah tidak sia-sia. Aku tahu kenapa ayah kental hatinya meninggalkan kami tatkala kami masih kecil dan perlukan perhatian keluarga. Ini kerana ayah mahu kami hidup senang. Ayah rela berjauhan demi mencari rezeki buat menyara pelajaran kami adik beradik..
Teringat keperitan hidup yg kami lalui sebelum ayah ke Sabah. Jika tidak berduit..ayah minta aku ke kedai Pak Zain (nama sebenar aku lupa) tak jauh dari rumah untuk berhutang gula dan teh. Acap kali aku ke kedai kecil tu untuk berhutang. Masa tu gula hanya 30 sen je sekilogram. Tapi kami tak mampu beli..
Makan kami ala-ala kadar. Yg sering kami jamah ialah lauk ikan rebus.. ulam dan sambal jantan. Pakaian kami setahun sekali je bertukar. Itu pun jika ayah mampu. Ke sekolah aku dan adik Azizi berjalan kaki berbatu-batu...perit terasa bila memikirkan. Namun walau pun hidup susah..aku bahagia bila bersama emak ayah dan adik-adik..
Hello...hello!! Oo ini Rahman kan!! entah macam mana boleh terpacul keluar nama tu dari mulutku. Aku boleh meneka siapa yg memanggil di talian telefon di bilikku pada suatu hari yg damai itu. Tekaanku memang tepat. Eh mcm mana u dapat no ni..aku terus menyoal. Seperti biasalah bila wartawan bercakap tentu banyak modal dan soal jawabnya.
Rahman rakan se pejabat. Namun kami jarang bersua...
Tugasku keluar masuk pejabat dan bila balik terus aku fokus mendengar/melihat visual..menaip skrip berita..menghantar kpd penyunting dan kemudian membuat voice over serta kerja-kerja suntingan bersama penyunting visual. So masa kerjaku memang padat..
Lebih-lebih lagi bila aku balik lewat petang dan line up bahan sudah masuk dlm senarai berita jam 6. Kelam kabut mengetuk berita dan menyiapkan proses seterusnya sehinggalah selesai. Selepas kerja selesai tu baharulah aku duduk di meja memikirkan apa tugasan keesukan harinya pulak...kadang kala untuk bersembang kosong dgn kawan-kawan pun agak terhad..
Aku dimasukkan dlm jadual shift. Ada kala masuk jam 9 pagi keluar jam 5 petang. Ada kala masuk jam 2 ptg keluar jam 10 dan ada kala masuk jam 6 ptg keluar jam 12 tengah malam. Paling seronok kerja ialah pada hari minggu. Masa tu tak ramai yg bekerja kerana pejabat ditutup. Jadi kami dapatlah bertenang sedikit dari gangguan kesibukan ramai.
Waktu kerja Rahman pula lebih banyak diwaktu petang kerana kerjanya terlibat di studio untuk berita jam 6 ptg 8 mlm dan 12 malam. Berselisih pun jarang-jarang sbb masing-masing sibuk...tapi hari tu dia call. Mesti ada benda penting ni kan!! Atau ada muslihat apa..biasanya jika tidak Khairuddin atau rakan sekerja..jarang orang lain yg call aku...Rupa-rupanya dlm sibuk-sibuk tu Rahman perhati atas mejaku ada tertulis no telefon rumah ku. Dari situ lah dia beroleh idea dan mencuba nasib..
Dah ramai kawan..aku semakin jatuh cinta dgn berita tv. Walau pun pola kerjanya sentiasa mengejar masa..namun hatiku puas bila bahan berita ku tersiar dan ditatapi umum. Namun..sejujurnya ia adalah atas usaha semua pihak. Pelapor yg keluar ke lokasi..penyunting yg menapis dan mengolah bahan...jurukamera yg merakam dgn elok serta menepati..penyunting visual yg menyunting bahan dgn baik serta semua pihak yg terlibat. Hasil kerjaku bukan keseorangan...
Dah hampir setahun aku bekerja. Syukur ya Allah atas segala anugerahMu. Banyak yg aku perlu belajar di sini. Satu persatu. Walau pun ada kawan-kawan lain yg sambung belajar buat Master di luar negara..namun aku nekad untuk terus bekerja di RTM ni. Dan aku seronok dengan kerja-kerja yg mencabar ini..
Aku juga kenal ramai kawan sekerja.. juuteknik..Fadhil..Rahim..dll..jurukamera Omar..Ismail Aziz..Mustapa..Cherry Ghama dll...ramailah yg ada sesetengahnya aku lupa namanya. Namun semuanya terpahat di hati..
Ketika ini aku terus berkawan dgn Rahman. Satu ketika ada ura-ura namaku akan ditukar ke stesen RTM Kuala Terengganu. Namun seorang editor mempertahankan agar aku kekal di Angkasapuri. Dia seakan tercium sesuatu antara aku dan Rahman. Entah lah...hanya Allah yg menentukan segala-galanya.
Kawan punya kawan..Tak lama..aku mengutus surat kpd ayah yg ada orang nak masuk meminangku. Ayah setuju..
Tiba masa yang sesuai..Aku memhon cuti dan pulang ke kampong. Tujuannya untuk membuat persiapan serba sedikit. untuk majlis merisik dan pertunanganku sekadarnya...
Hatiku seakan berbunga-bunga. Emak ayah ku juga gembira. Mereka pasti tak sabar untuk segalanya..
Tiba-tiba ayah tukar fikiran. Di saat persiapan itu ayah ubah fikiran.. entah apa yg ayah fikir ketika tu aku pun tak pasti..
Kenapa dan mengapa. Tunggu akan ku ceritakan!!
________________________________________
Haha itu lah serba sedikit cerita Kaknum dlm episod kali ni. Harap kekawan tak jemu membacanya ye. Tulisan sekadarnya untuk mengisi masa dan hobi. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Dan segala yg berlaku atas kehendakNya jua. Kita insan biasa yg tak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izinnya.
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment