Sunday, December 24, 2017

Nostalgia 14

Pagi Sabtu yg tenang..jam dah pun 10.26 pagi. Rutin pagi..selesai sarapan. Nak jengok kebun dah agak  lewat. Takut panas nanti. So Kaknum rasa nak bercerita lah. Harap kekawan tak jemu baca ye.
_________________________________________

Remaja anak kampong. Aku menjalani kehidupan mcm biasa walau pun hati kesunyian tanpa ayah emak dan adik di sisi. Masa ni aku makin rajin jaga penampilan. Tiada solekan mahal-mahal. Namun cukup sekadar pakai bedak bby Johnson debu dan sedikit gincu.

Waktu ni kulit muka ku masih licin dan segar. Tiada jerawat walau pun warnanya agak sawo matang. Rambutku lurus biasa-biasa je. Namun zaman dulu-dulu..aku pernah ke kedai Cina di Pekan Melor untuk ikalkan rambut. Adui! Lepas di buat ikal..rambutku mengerbang naik berombak-ombak. Perasan lah aku pada waktu tu..

Nak jaga kulit muka pulak..pantang ada buah. Tembikai ke..limau ke..lepas makan aku oleskan sisa buah tu ke kulit muka untuk membekalkan vitamin pada kulit wajah. Kadang-kadang waktu mlm aku oleskan bedak sejuk agar kulit muka kekal anjal.

Pakaianku pada waktu tu lebih terpengaruh dgn watak-watak dlm filem Hindustan. Kadang-kadang ku jahit baju mcm yg heroin pakai dlm filem bobby. Kadang-kadang aku jahit baju gaun. Tapi yg aku ingat fesyen..solekan..makanan dan kehidupan ku ketika remaja hanyalah ala kadar je. Aku faham dengan kedudukan ku seorang gadis kampong dan kami tak mampu bermewah mewah.

Namun..walau pun begitu..aku seronok menjalani hari-hari di kampong. Ketika ini tiada lagi hutan belantara yg aku sanggup masuk. Dlm tali air pun dah jarang aku terjun mandi manda. Kawan-kawan pulak..aku dah kurang bergaul dgn budak-budak lelaki kampong. Yg aku berkawan rapat ialah Rokiah jiran ku. Dgn Rokiah..aku sering kerumahnya berbual-bual dan bercerita.

Adik ku pulak..dah pandai belajar ilmu silat. Dulu yg tersohor ialah silat gayong. Aku kasihan tengok adik Azizi. Boleh dikatakan dia lebih banyak membesar tanpa ayah dan emak di sisi. Usia adik 9 tahun ketika ayah ke Sabah. Dan usiaku kira-kira 13 tahun. Ketika itu ilmu Al Quran belum cukup. Mengaji pun belum khatam. Ayah merantau di Sabah selama 10 tahun.

Datuk  dan nenekku kuat bekerja. Datuk dgn aktiviti berniaganya disamping berkebun dan tanam padi. Nenek pun begitu. Yg aku paling seronok ketika datukku kira duit untung dan rugi dia berniaga di Pekan Melor. Aku sering berada dekat-dekat dgn datuk melihat kepingan wang syiling yg di susun. Dlm hati penuh mengharap agar datuk ku menghulur sekeping dua untuk ku..

Hari siling berganti. Debaran ke mana arahku selepas SPM masih terasa...

Tetiba..seorang kawan sekelasku yg bernama Z datang ke rumah ku. Tak silap dia menonggang basikal. Waktu tu aku sedang mandi di telaga belakang rumah. Si Z bergegas menghampiriku...

Alamak..apahal pulak dia ni...

Aku malu tersipu-sipu. Almaklumlah dengan berkemban dan tengah mandi badan mestilah basah kuyup..

Num..mu boleh gi SMIP. Cikgu suruh royat. Minggu depe mu gi lah..!!

Itu rupanya yg dia nak bagi tahu aku. Patutlah tak sabar-sabar nak maklum kat aku. Berita gembira rupanya...si Z sebelum bergegas balek...sempat juga dia lemparkan senyuman kat aku..

Alhamdulillah...aku dpt naik ke tgtan 6 di Sekolah Menengah Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Aku dlm aliran Sastera. Tak banyak yg aku fikir..kecuali untuk masuk tgtan 6..ambil STPM dan masuk Universiti Malaya spt sepupuku Alwi..semangatku untuk belajar semula kian membara. Aku ingin ke menara gading.

Namun..Kota Bharu tu jauh sgt. Mcm mana nak ke sana. Penat aku berfikir...Lantas sekali lgi aku tebalkan muka. Aku hubungi sepupu emak iaitu abang Him yg duduk di KB. Aku mohon pertolongannya. Isterinya Kak Mah amat baik hati. Selang sehari untuk ku mendaftar ke SMIP..aku ke rumah mereka di Kota Bharu..

Abang Him kerjanya berniaga ikan di pasar besar Kota Bharu. Kak mah isterinya pandai memasak. Mereka tinggal di sebuah rumah papan. Aku jangka rumah tu rumah setinggan milik Pok Wel. Abang Him menyewa rumah tu. So aku berkawan rapat dgn anak Pak Wel yg bernama Nik Kamariah. La ni seluruh kawasan tu dah dibangunkan dgn lot-lot kedai dan hotel.

Bermulalah kehidupanku di bandar. Aku tinggalkan kg seketika semata-mata untuk kejar impianku. Sekali lgi aku tinggalkan adik bersama datuk dan nenek. Rumah datuk tanpa aku..semakin lah sepi..namun aku terpaksa pergi..

Hari pendaftaran pun tiba. Seingat aku Kak Mah yg bantu ku ke sekolah tu. Selepas selesai urusanku dia pun pulang ke rumahnya...

Di dewan besar SMIP..aku semacam terpinga-pinga. Belum ada kenalan. Ada sekumpulan budak lelaki dtg kpd ku. Disuruhnya aku baca qunut. Aku diam. Aku tak mahu baca. Aku takut. Budak-budak ni gesa lagi dan lagi..akhirnya aku menangis....rupa-rupanya mereka pelajar senior sekolah tu...rupa-rupanya aku kena regging oleh mereka. Itu pelajaran pertama yg aku dpt di SMIP. Bukan aku tak pandai baca..tp aku sedih dgn cara mereka yg kurang ajar dan kurang adab..

Hari-hari berikutnya...ialah hari-hari aku belajar. Aku masuk asrama SMIP. Bergaul dgn kekawan yg mempunyai pelbagai latar belakang. Sekolah terkenal. Cikgu pun ramai.

Mampukah aku untuk mengikuti apa yg cikgu ajar..
Bagaimana nasib aku selepas tu.

In Syaa Allah akan ku ceritakan..
____________________________________

Ok setakat tu dulu cerita kaknum ye. Akhir Kaknum nak pesan ni ye. Walau siapa pun kita...jgn kedekut untuk memberi maaf. Maafkan lah kesalahan org terhadap kita. Sebelum tidur..niat maafkan org. Ampunkan dosa2 mereka terhadap kita walau pun tak minta. In Syaa Allah..Allah akan bantu kita...

Assallamualaikum

No comments:

Post a Comment