Saturday, December 30, 2017

Nostalgia 31 by ZN

Nostalgia 31

Ketika menyarung cincin di jari manisku...Rahman berbisik..semoga jodoh kita kekal abadi selamanya. Itu kata-kata pertama yg dia ucapkan sebaik sahaja kami diijab kabulkan dan bergelar suami isteri. Terasa bahagia yg tidak terhingga. Hatiku berbunga-bunga mekar..

Penantianku untuk mengetahui siapakah jodohku selama ini sudah pun terjawab..rupa-rupanya dia. Allah kurniakan seorang jejaka tampan berasal nun jauh di Selatan tanah air. Jauhnya jarak kami. Antara bumi Kelantan dan Johor pada masa itu dirasakan amat jauh. Namun takdir Yang Maha Esa..kami bertemu di ibu Kota Kuala Lumpur...tepatnya Angkasapuri tempat kami mecari rezeki.

Kenapa tidak dengan orang Kelantan je. Kan itu jodoh namanya. Ada juga yg menaruh hati padaku. Namun hati ini seolah-olah hambar. Dan aku...aku tidak kesah pun dari mana asal jodohku. Pokoknya dia benar-benar serious dan ikhlas..

Ok..sebaik tiba di KL..aku berpindah ke rumah suami di kampong Dato Keramat. Sebelum ni Rahman menyewa sebuah rumah kecil sederet milik penduduk di situ. Walau pun rumah yg sedang-sedang je..namun aku terima keadaan itu seadanya. Yg penting kami bahagia..

Bermulalah tugasku sebagai seorang isteri. Menggalas tanggung jawab sedaya upayaku yg tidak seberapa ni. Di sini..kami berusaha untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain. Memahami hati budi dan perasaan masing-masing. Meneroka latar belakang..memahami gelagat..feel dan sebagainya..

Memang bukan senang. Kerana kami berasal dari latar belakang yg berbeza. Aku gemar masakan emak. Dia gemar masakan ibunya. Hari demi hari aku cuba belajar dan terima hakikat dengan hati terbuka. Lama-lama serasi itu mula timbul.

Kami berulang alik dari rumah ke pejabat dengan motosikal. Untuk membeli kereta..kami belum mampu. Jadual kerja shift kami cuba selaraskan..jika tidak dia terpaksa menjemput aku pulang. Begitulah hari-hari kami. Terasa bahagia saat bersama. Terasa sunyi bila berjauhan..

Tak beberapa lama..Rahman membawaku pulang bercuti ke kampongnya di Batu Pahat. Berdebar hatiku untuk bertemu keluarga mertua. Dlm hati ada bimbang ada seronok dan macam-macam. Namun..sebaik tiba.aku disambut mesra oleh mereka..

Serba ringkas..kami masing-masing akur tiada kenduri sambut menantu. Aku faham situasi kami yg kurang mengizinkan. Namun aku seronok bila dapat kenal keluarga mertua. Orangnya baik-baik dan peramah..Mereka menerimaku seadanya.

Yg jelas..aku orang kampong dan keluarga Rahman pun orang kampong. Latar belakang kami pun tidak banyak bezanya. So antara aku dan Rahman dikira amat sepadan..

Bila tiba hari raya..kami sama-sama sepakat. Ada kalanya balik ke kampong ku terlebih dahulu dan kemudian ke Johor. Dan begitulah sebaliknya. Saat muda. Semangat masih kuat. Darah masih panas. Kami tiada masaalah untuk berulang alik jarak jauh. Bahkan terasa seronok begitu..

Sudah setahun kami bersama. Seakan baru sekejap. Suka duka hilai tawa kami bersama.

Pada suatu hari..teringin sangat aku nak makan sayur pucuk ubi. Ia sayur kegemaran ibu mertua. Lantas aku cuba masak. Biasa lah bila dah kahwin..kerja-kerja memasak tu sentiasa aku lakukan bila berpeluang. Sayur pucuk ubi aku masak dengan penuh kasih sayang. Sebelum ke office aku jamah sayur itu dengan penuh berselera..

Tiba-tiba di tengah jalan..tekakku rasa semacam. Macam loya dan terasa nak keluar je apa yg aku telan tadi. Aku mabuk sbb makan pucuk ubi ke?? dlm hati terasa bimbang. Teringat cakap-cakap orang tua. Pucuk ubi jika tak kena cara masak akan ada racun. Risau hatiku di kala tu...

Bimbangkan kesihatanku..kami ke klinik untuk mendapat pengesahan. Alhamdulillah..rupa-rupanya aku hamil. Dan bermula dari saat itu hidup kami sedikit berubah. Aku sering muntah-muntah dan ada makanan yg aku tak boleh jamah. Ooo mcm ni rupanya rasa mengandung. Ketika ini perhatian suami amat-amat aku perlukan..

Cepat-cepat aku beritahu emak dan ayah di kampong. Sudah semestinya mereka gembira. Apatah lagi untuk menyambut cucu pertama..

Dari Keramat..kami pindah ke sebuah rumah di Pantai Dalam. Tujuannya agar lebih dekat untuk ke tempat kerja. Lebih-lebih lagi aku yg sudah hamil. Orang kata tak eluk naik motor jauh-jauh..Kami menyewa sebuah rumah dua tingkat. Agak lebih eluk dari rumah di Keramat. Untuk ke pejabat pun hanya dlm 10 minit je.

Walau pun hamil..namun aku tidak terkecuali. Tugasan keluar membuat liputan dan balik mengejar masa itu mesti aku laksanakan. Aku tidak mahu kawan-kawan lihat aku lemah dan tak mampu. Aku gagahi dan pikul tanggung jawab sebaik mungkin.

Berita adalah darah dagingku. Kadang kala aku terpaksa ke Ulu Selangor dlm keadaan sarat mengandung dan masa untuk bersalin hampir tiba. Namun..aku teruskan jua.

Beberapa ketika sebelum bersalin..aku mula bercuti. Suami menghantarku pulang ke kampong. Belum ada kereta kami naik bas je.  Kami sama-sama menunggu saat bayi pertama kami lahir...opss belum lagi. Tanda-tanda pun belum ada walau pun melewati tarikh  yg tercatat.

Sedangkan cuti Rahman sudah pun tamat. Tunggu punya tunggu bayi belum lagi nak keluar..Nampak gaya terpaksalah dia pulang ke KL..

Apa jadi selepas tu..

Tunggu..
___________________________________

Haha itu sedikit sebanyak yg dapat Kaknum catatkan dlm cerita kali ni. Harap tidak membosankan ye.

Assalamualaikum. .

Nostalgia 30 by ZN

Nostalgia 30

Alhamdulillah hujan yg tadinya lebat dah kembali reda. Cuaca masih redup. Suhu pulak sesedap rasa. Dlm keadaan mcm ni..Teringin pulak Kaknum nak sambung cerita. Jangan jemu baca ye kekawan..
________________________________________

Semacam bermimpi. Sebelum balik ke kampong aku sempatlah  pinjam dua pasang baju pengantin drpd kawan sebilik. Entah kenapa aku pinjam baju tu aku pun tak pasti. Sedangkan aku hanya balik nak bertunang je..

Kebetulan kawan sebilikku baharu je kahwin. Tak silap aku dia orang Kedah. Teringin bertemu dia namun kami lost contact dah...lama dah..selepas akad nikah..dia masih tinggal bersama kami sementara dapat bersama dgn suaminya...so aku bawa balik baju pengantin tu bersama ke kampong..sepasang berwarna kuning muda sepasang berwarna biru..

Di kampong..aku membuat persiapan ala kadar je. Maklumlah aku baru kerja dan wang simpanan utk beli itu dan ini belum cukup. Aku pun tak minta apa-apa yg pelik-pelik drpd emak dan ayah. Pertama kerana aku tahu kemampuan mereka. Ke dua aku malu.. aku segan dgn emak dan ayah.

Tiba-tiba ayah cakap..tak payah bertunang lah. Kawin terus. Wow!! Itu yg ayah cakap. Macam mimpi kan!!Kebetulan Rahman sudah pun tiba dan sudah bertemu ayah dan emak. Kata-kata ayah tu bagaikan satu kejutan buat kami. Aku tak kesah. Namun semuanya kami serahkan kpd ayah untuk uruskan. Ini temasuk persiapan mengisi borang dan sebagainya..

Dlm hati aku berkata..kahwin terus lagi baik. Haha.!!Sbb kami tinggal jauh di KL. Keluarga Rahman pun dok jauh kat Johor. Lagi pun kerja macam aku ni bukan boleh cuti sesuka hati...haha itu yg aku fikir..

Rahman berasal dari Johor. Dia dari keluarga yg biasa-biasa je. Sbb tu dia tak janjikan rombongan yg ramai ke rumah kami..

Ayah ke hulu ke hilir dgn motosikalnya bertemu tok imam dan orang-orang kampong. Ayah bertemu tok imam untuk uruskan majlis akad nikah. Orang-orang kampong pula ayah jemput untuk majlis tahlil pada malamnya.

Kami tidak membuat kenduri besar. Cuma emak dan ayah berpakat untuk menjamu jiran-jiran dan orang-orang kampong serta keluarga dlm majlis kesyukuran kecil-kecilan selepas tahlil pada sebelah malamnya.

Tukang masak pula emak jemput jiran tetangga datang menolong. Ramai yg datang tlg.Wak Timah..Wak Mek Jah..Tok Aji Daud..dll. Walau pun kecil-kecilan..namun aku rasa ianya cukup meriah..

Aku lihat ayah paling sibuk. Begitu juga emak. Aku pula agak tenang. Tak ada apa yg aku risaukan. Aku tak risaukan pakaian pengantin. Aku tak risaukan make up. Aku tak risaukan bilik pengantin..pelamin dan sebagainya...jauh sekali memikirkan cenderahati. Apatah lagi untuk aku mengimpikan bilik pengantin yg indah-indah bagaikan atas kayangan..

Apa yg ada itulah yg aku gunakan. Aku fikirkan sederhana. Amat-amat sederhana. Biarlah apa yg orang akan katakan. Yg penting aku selesa. Yg pentng kami bahagia.Yg penting akad yg sah dan kami tidak terbeban.

Tidak bersolek tebal..hanya sekadarnya. Seingat aku majlis akad di selesaikan di masjid. Selain pengantin lelaki..keluarga pihak lelaki termasuk ayahnya abang ipar dan keluarga ku turut menyaksikan majlis yg bersejarah dlm hidup ku.

Tahu-tahu aku dah pun bergelar isteri. Sebaik pulang dari masjid.. Rahman ke bilik untuk menyarungkan cincin di jari manisku.. Itu je..

Cukup sederhana. Cukup mudah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami pada ketika itu..kini aku sudah pun bergelar seorang isteri. Dlm hati ku..hanya Allah yg Maha Mengetahui..betapa aku gembira dan bersyukur di saat itu..

Dah dewasa rupanya aku kini. Aku bukan lagi seorang kanak-kanak kecil yg hanya berjalan kaki ke sekolah. Aku bukan lagi remaja yg dahagakan kasih sayang seorang ibu dan ayah kerana perpisahan terpaksa..

Terlintas zaman aku ketika kecil. Zaman aku belajar di sekolah dlm tingkatan. Saat kenakalanku..Ketika aku pelajar ITM ketika mengemis mencari kerja..ketika aku bekerja sementara dan sebagainya. Kini aku sudah beroleh kerja tetap dan kemudiannya berkahwin..

Aku mengharapkan aku bahagia sepertimana orang lain juga..malam itu orang kampong datang untuk majlis tahlil. Riuh di rumah dengan gelak tawa.. Emak ayah nenek dan adik-adik sibuk melayan tetamu...mereka kelihatan cukup gembira...dan majlis itu berakhir lewat malam dan masing-masing kami sudah kepenatan..

Keesukkannya..seperti biasalah jika lepas kenduri. Peralatan memasak pinggan mangkuk masih ada yg belum beres. Pagi-pagi Cik Ora sepupuku datang. Cik Ora yg tertelan duit syiling 20 sen dlm tekaknya ketika mandi manda dlm tali air dekat rumahku. Cik Ora tidak berat tangan. Dia sepantasnya berusaha membersih peralatan dapor dengan seikhlas hati..

Cik Ora baik orangnya. Dia adik Alwi yg tak berpeluang ke U walau pun tamat tgtan 6 swasta. Untuk mengisi masa Cik Ora menulis dan nukilannya ada yg tersiar dlm corong radio tempatan. Aku sebenarnya amat lega apabila Cik Ora datang membantu. Begitulah adat kami di kampong. Tolong menolong dan bantu membantu itu sudah menjadi kebiasaan. Kami dgn orang-orang kampong bagaikan aur dengan tebing..

Selang beberapa hari...kami terpaksa kembali ke KL untuk meneruskan tanggung jawab bekerja. Emak dan nenek begitu sedih untuk berpisah dgn ku. Ayah pun demikian. Namun apa daya. Aku bekerja nun jauh di ibu negara. Walau pun belum puas bertemu dan bermesra dgn emak ayah nenek dan adik-adik..namun aku terpaksa pergi..

Dengan menaiki bas..kami berangkat ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baharu. Aku dan suami. Apakah akhirnya aku berjaya melayari hidup yg penuh pancaroba ni..

Jika nak tahu...tunggu ye...
____________________________________

Itu je nukilan Kaknum dlm episod 30 ni. Maaf jika ia agak membosankan. Maaf jika fakta dan bahasa yg kurang tepat dan teratur..

Assalamualaikum..

Nostalgia 29 by ZN

Nostalgia 29

Cuaca hari ni kelihatan mendung. Suhu bilik terasa dingin sejak semalam. Ayuh kita ucap syukur atas segala nikmat dan anugerahNya. Jika jika syukur..nescaya kita akan dapat lebih lagi. Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye..
_________________________________________

Seronok bukan kepalang sebab aku dah beroleh kerja tetap dengan Kerajaan. Bermakna aku tak payah lagi jadi pengemis ke hulu ke hilir mencari kerja.

Paling seronok ialah emak. Pantang ada yg bertanya dia nak bercerita. Bangga emak sbb aku dah dapat kerja dgn ajensi ternama Kerajaan iaitu RTM. Orang-orang kampong dan waris warah turut gembira. Aku anak kampong yg dulunya bergelumang dgn selut di sawah..kini sudah pun menjadi pegawai Kerajaan. Haha..

Pengorbanan ayah..emak yg merantau jauh ke Sabah tidak sia-sia. Aku tahu kenapa ayah kental hatinya meninggalkan kami tatkala kami masih kecil dan perlukan perhatian keluarga. Ini kerana ayah mahu kami hidup senang. Ayah rela berjauhan demi mencari rezeki buat menyara pelajaran kami adik beradik..

Teringat keperitan hidup yg kami lalui sebelum ayah ke Sabah. Jika tidak berduit..ayah minta aku ke kedai Pak Zain (nama sebenar aku lupa) tak jauh dari rumah  untuk berhutang gula dan teh. Acap kali aku ke kedai kecil tu untuk berhutang. Masa tu gula hanya 30 sen je sekilogram. Tapi kami tak mampu beli..

Makan kami ala-ala kadar. Yg sering kami jamah ialah lauk ikan rebus.. ulam dan sambal jantan. Pakaian kami setahun sekali je bertukar. Itu pun jika ayah mampu. Ke sekolah aku dan adik Azizi berjalan kaki berbatu-batu...perit terasa bila memikirkan. Namun walau pun hidup susah..aku bahagia bila bersama emak ayah dan adik-adik..

Hello...hello!! Oo ini Rahman kan!! entah macam mana boleh terpacul keluar nama tu dari mulutku.  Aku boleh meneka siapa yg memanggil di talian telefon di bilikku pada suatu hari yg damai itu. Tekaanku memang tepat. Eh mcm mana u dapat no ni..aku terus menyoal. Seperti biasalah bila wartawan bercakap tentu banyak modal dan soal jawabnya.

Rahman rakan se pejabat. Namun kami jarang bersua...

Tugasku keluar masuk pejabat dan bila balik terus aku fokus mendengar/melihat visual..menaip skrip berita..menghantar kpd penyunting dan kemudian membuat voice over serta kerja-kerja suntingan bersama penyunting visual. So masa kerjaku memang padat..

Lebih-lebih lagi bila aku balik lewat petang dan line up bahan sudah masuk dlm senarai berita jam 6. Kelam kabut mengetuk berita dan menyiapkan proses seterusnya sehinggalah selesai. Selepas kerja selesai tu baharulah aku duduk di meja memikirkan apa tugasan keesukan harinya pulak...kadang kala untuk bersembang kosong dgn kawan-kawan pun agak terhad..

Aku dimasukkan dlm jadual shift. Ada kala masuk jam 9 pagi keluar jam 5 petang. Ada kala masuk jam 2 ptg keluar jam 10 dan ada kala masuk jam 6 ptg keluar jam 12 tengah malam. Paling seronok kerja ialah pada hari minggu. Masa tu tak ramai yg bekerja kerana pejabat ditutup. Jadi kami dapatlah bertenang sedikit dari gangguan kesibukan ramai.

Waktu kerja Rahman pula lebih banyak diwaktu petang kerana kerjanya terlibat di studio untuk berita jam 6 ptg 8 mlm dan 12 malam. Berselisih pun jarang-jarang sbb masing-masing sibuk...tapi hari tu dia call. Mesti ada benda penting ni kan!! Atau ada muslihat apa..biasanya jika tidak Khairuddin atau rakan sekerja..jarang orang lain yg call aku...Rupa-rupanya dlm sibuk-sibuk tu Rahman perhati atas mejaku ada tertulis no telefon rumah ku. Dari situ lah dia beroleh idea dan mencuba nasib..

Dah ramai kawan..aku semakin jatuh cinta dgn berita tv. Walau pun pola kerjanya sentiasa mengejar masa..namun hatiku puas bila bahan berita ku tersiar dan ditatapi umum. Namun..sejujurnya ia adalah atas usaha semua pihak. Pelapor yg keluar ke lokasi..penyunting yg menapis dan mengolah bahan...jurukamera yg merakam dgn elok serta menepati..penyunting visual yg menyunting bahan dgn baik serta semua pihak yg terlibat. Hasil kerjaku bukan keseorangan...

Dah hampir setahun aku bekerja. Syukur ya Allah atas segala anugerahMu. Banyak yg aku perlu belajar di sini. Satu persatu. Walau pun ada kawan-kawan lain yg sambung belajar buat Master di luar negara..namun aku nekad untuk terus bekerja di RTM ni. Dan aku seronok dengan kerja-kerja yg mencabar ini..

Aku juga kenal ramai kawan sekerja.. juuteknik..Fadhil..Rahim..dll..jurukamera Omar..Ismail Aziz..Mustapa..Cherry Ghama dll...ramailah yg ada sesetengahnya aku lupa namanya. Namun semuanya terpahat di hati..

Ketika ini aku terus berkawan dgn Rahman. Satu ketika ada ura-ura namaku akan ditukar ke stesen RTM Kuala Terengganu. Namun seorang editor mempertahankan agar aku kekal di Angkasapuri. Dia seakan tercium sesuatu antara aku dan Rahman. Entah lah...hanya Allah yg menentukan segala-galanya.

Kawan punya kawan..Tak lama..aku mengutus surat kpd ayah yg ada orang nak masuk meminangku. Ayah setuju..

Tiba masa yang sesuai..Aku memhon cuti dan pulang ke kampong. Tujuannya untuk membuat persiapan serba sedikit. untuk majlis merisik dan pertunanganku sekadarnya...

Hatiku seakan berbunga-bunga. Emak ayah ku juga gembira. Mereka pasti tak sabar untuk segalanya..

Tiba-tiba ayah tukar fikiran. Di saat persiapan itu ayah ubah fikiran.. entah apa yg ayah fikir ketika tu aku pun tak pasti..

Kenapa dan mengapa. Tunggu akan ku ceritakan!!
________________________________________

Haha itu lah serba sedikit cerita Kaknum dlm episod kali ni. Harap kekawan tak jemu membacanya ye. Tulisan sekadarnya untuk mengisi masa dan hobi. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Dan segala yg berlaku atas kehendakNya jua. Kita insan biasa yg tak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan izinnya.

Assalamualaikum..

Nostalgia 28 by ZN

Nostalgia 28

Jika kita pilih berniaga dan kerja sendiri...teruskan lah perjuangan tu. Jgn sesekali mengalah. Selesaikan masaalah... tempuhi cabaran mendatang. Buat persiapan untuk bersaing. Jgn cepat give up. Berdoa dan tawakkal.  Pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca yer..
_______________________________________________

Berat hati untuk melangkah ke Bahagian Berita dan Ehwal Semasa TV. Walau pun jarak antara TV dan Radio tak jauh..namun aku masih takut dan bimbang. Aku takut mcm mana keadaan ku di sana. Namun arahan Encik Saleh Pateh Akhir mesti ku akur. Dia bos dan calang-calang orang pulak tu..

Mahu tak mahu aku gagahkan hati. Aku kuatkan semangat. Ku kumpul segala kudrat. Aku pun ke BES TV untuk melapor diri dan bertugas. Aku melapor di Pejabat Hj Zahari Saad selaku Pengawal BES pada masa itu.

BES TV pada ketika tu suatu unit yg dilihat penting sekali. Di situ merupakan pusat berita. Dari peringkat Menteri..Raja-Raja sehinggalah ke peringkat akar umbi. Semuanya termasuk dlm sumber berita. Adakalanya mendapat arahan khas utk membuat liputan..BES juga merupakan lokasi panas. Jika tersalah lapor akan jadi riuh se negara.

Dulu Stesen RTM berdiri dgn gah sekali. Kurang persaingan. TV3 masih baru. Namun rata-rata masyarakat lebih percaya berita yg keluar daripada agensi Kerajaan..itu aku agak-agak je laa. Haha!!

Di bawah Unit BES ada juga sekumpulan petugas yg bertanggung jawab menerbitkan bahan-bahan berita mingguan dlm bentuk majallah. Ia diketuai oleh En Yahya Sulaiman.. Ada juga Unit Ehwal Semasa yg bertanggung jawab menerbitkan liputan siaran langsung majlis-majlis yg dianggap penting dan bersejarah.

Aku di tempatkan di Unit BES untuk menjadi wartawan TV. Belum ada pendedahan dgn TV. Aku terpaksa belajar dlm pelbagai peringkat. Menulis berita..melapor..suntingan..membaca dan sebagainya.

Namun..subjek Skript Writing yg aku belajar di ITM sebelum ni banyak membantu. Menerusi Pensyarah Puan Sujiah Salleh..aku belajar mengenai shot shot TV. Yg aku masih ingat..close up..medium shot..tracking shot. Over the shoulder shot dan mcm-mcm lagi.

Malah aku dah pun menghasilkan sebuah skrip drama TV siap dgn skrip pengarahannya sekali. Dan aku lulus dgn baik. Alhamdulillah...segalanya banyak membantu ku ketika di tempat baru ni..

Di sini aku kenal Khairuddin Che Long..Harjit Sing Hullon Mary Ann Masilamani..Salasiah Zakaria..Hashim Embi dll nama yg masyhur. Khairuddin adalah Ketua Pemberita yg tugasnya menentukan tugasan wartawan setiap hari.

Adnan Ghailan..Fakrulrazi..Azizah Sulaiman..Shamshuddin..Normah Khalid dll..itu kawan setugas. Manakala editor pula Mohd Mat Hussin..Ismail..Mohd Nor..Shah Bahrom..Zulkifli Munah Madar..Yah Mat Zain...semuanya aku mula kenal..termasuklah Ismail Mustapha..orang kuat berita yg sentiasa dgn hisap paipnya.

Walau pun masih baharu di TV..namun aku tak terkecuali. Biasanya sesuatu liputan..kami keluar dgn seorang jurukamera..seorang juru bunyi dan seorang pemandu. So kerjaku lebih mudah dan tidak terkial-kial keseorangan.

Err..awak nak suruh saya ambik shot mcm mana. Masih ku ingat juru kamera Omar Salleh bertanya ku bila kami membuat liputan di satu majlis perasmian di Ibu Kota. Aku jangka Omar tahu aku budak baru dan cara dia tanya tu utk menguji kemampuanku ketika membuat kerja...haha!!

Aku jawab dgn selamba. You rakamla shot yg biasa you ambik ye. Haha tu jawapan ku yg selamat. Sebenarnya dlm hati aku berkata.tak kan la liputan biasa nk shot yg pelik-pelik kot!..atau dia memang menunggu arahan penerbit. Aku pun sememangnya masih blurr lagi tentang proses kerja di TV..

Begitu lah hari-hari yg ku lalui. Makin lama makin timbul rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila kita ada ramai kawan.   Semua peringkat. Jurukamera..juruteknik..penyunting visual..juru bunyi..editor..ketua pemberita.. pemandu..semuanya kerja dlm satu pasukan. Semuanya baik-baik dan mesra.

Aku ingat ketika bulan puasa. Kami ramai-ramai share beli juadah berbuka di gerai dan sama,-sama menikmatinya ketika berbuka. Tukang beli juadah tu ialah Rozi Khamis. Maka sepantas kilat pembaca berita penerbit berita Pembantu skrip wartawan juru sunting editor masing-masing bergegas berbuka...kemudian mengejar solat maghrib sebelum ke studio untuk mengudarakan berita tepat pada jam 8 mlm...

Aku sungguh kagum dgn cara mereka bekerja dlm satu pasukan. Semuanya terpahat dlm memori ku..

Ketika ini aku menyewa bilik.bersama kawan-kawan di Kg Baharu. Rumah Sewa ku di Jln Dato Dagang. Untuk berulang alek kerja..aku menaiki kereta kawan dan aku bayar sewa kereta secara bulanan. Di rumah sewa aku pasang talian telefon untuk memudahkan urusan peribadi dan urusan kerja. Masa tu belum lagi ada telefon bimbit.

Masa kian berlalu. Aku dah makin seronok kerja di sini. Namun ingatan ku kpd ibu ayah adik- adik di kampong tetap terpahat di hati. Ingatan ku terhadap kampong halaman ku dan semua sanak saudara. Wang gaji..tak lupa ku kirim kpd ayah dan emak setiap bulan. Itu lah cara untuk membantu mereka sedikit sebanyak.

Seingat aku..ayah sudah pun balik dari Sabah dan tak akan sambung lagi. Paling seronok ibu ku. Orang-orang kg sudah ada yg menjadi imam solat mereka. Ayah diterima sebagai Pegawai Penerangan yg berpejabat d Wisma Persekutuan Kota Bharu..

Ketika ini terbuka hati ayah untuk belajar memandu kereta. Bayangkan dlm usia yg menghampiri 50an ayah baharu je belajar memandu. Namun ayah gigih. Semangat ayah kuat. Ketika diuji..ayah lulus dan dapat lesen memandu. Emak paling seronok. Aku pun gembira.

Masa kian berjalan. Semuanya dlm aturan Allah Yg Maha Esa. Tak lama ayah cakap nak buat rumah di tapak rumah kami dulu. Ayah minta sikit sumbangan wang daripada ku. Ayah nak buat tambah duit yg dia ada. Ayah cakap nak buat rumah yg biasa je cukup utk tempat kami berteduh. Aku sokong hajat ayah..

Tak lama..sempurna lah rumah kami. Ayah paling seronok sbb ada rumah sendiri tpt kami berteduh. Yg penting ia hasil keringat ayah sepanjang 10 tahun mengajar di Sabah. Yg aku lihat..keadaan keluarga kami sudah jauh berubah. Aku sudah bekerja. Adikku Azizi menjadi Guru. Ayah bekerja sebagai Pegawai Penerangan scara kontrak. Kami amat bersyukur..

Tak lama..emakku buka kedai di tepi rumah kami. Kedai runcit dan kueh mueh. Emak suka buat kueh mueh dan makanan. Sebelum buka kedai..emak buat kueh utk dijual di kedai orang. Tabiat emak ketika menjual di kantin sekolah di Sabah terbawak-bawak ke kampong. Emak suka. Kami pun happy..

Berbalik kpd kesahku di KL..ditakdirkan suatu hari aku bertemu si Z di KL. Entah mcm mana aku boleh bertemu dia.. Z ialah kawan sekelasku yg begitu happy dtg kerumah untuk memberitahu yg aku dpt masuk tgtan 6 di SMIP. Masa dia dtg aku sdg mandi berkemban di telaga belakang rumah datukku. Malu sungguh memikirkn saat lalu..

Rupa-rupaya Z memberitahu yg di memang minat kat aku ketika zaman persekolahan tu. Namun dia tak cakap. Mungkin segan atau mungkin belum matang..maklumlah kami masih belasan tahun..lagi pun mungkin bukan jodoh..banyak yg di bualkan dgn Z..kesah mcm-mcm. Seingat aku dia dah berkahwin masa pertemuan itu...dan aku masih mencari jodoh yg sesuai..

Memang aku ramai kenalan. Ada juga peminat. Namun..semuanya semacam hambar. Hatiku seakan belum terbuka. Belum sampai jodoh lagi kot...alasan untuk sedapkan hati..

Tak lama kemudian..aku menerima panggilan telefon. Daripada rakan sepejabatku. Dia ialah lelaki..seakan pelik tapi itu lah hakikatnya. Kami kenal gitu-gitu je. Sekadar berselisih..Sbb aku sentiasa sibuk keluar masuk pejabat buat liputan. Namun hari tu dia telefon. Kenapa ye..

Apa yg berlaku selepas tu...haha nanti.aku sambung.
In Syaa Allah..
_________________________________________________

Nampaknya cuaca di luar terang benderang. Jom buat kerja!!

Assalamualaikum...

Nostalgia 27 by ZN

Nostalgia 27

Hujan rahmat turun ke bumi. Tentu pokok-pokok yg dah beberapa hari tak kena air akan kegirangan. Itu lah aturan Allah. Rezeki yg Dia sediakan kpd kita amat luas.
Ok.. Pada petang yg berbahagia ni Kaknum nak sambung cerita ye. Harap kekawan baca.
____________________________________________

Seakan baru je aku kerja dengan Harian Nasioal yg beroperasi di Setapak KL. Selain Lokman..ramai lagi yg aku belum betul-betul kenal. Maklumlah tugas ku keluar masuk pejabat membuat liputan...masa untuk saling mengenali tu agak terbatas.

Dgn Lokman..dia yg mula-mula mengusikku dengan menyamar melalui telefon. Aku yg pada masa tu agak lurus mulanya mempercayai. Namun si Lokman ni agaknya tak tahan dgn sikapku yg lurus bendul tu lalu mula menunjukkan diri. Lucu fikirkan saat tu. Namun begitulah cara kami mula berkenalan dan saling berbaik.

Tak lama.. seakan berlaku krisis. Desas desus rakan-rakan mula merebak. Masing-masing seakan tak sedap hati. Aku juga terasa sesuatu. Aku fikir apa nasib jika aku terpaksa berhenti dari terus bekerja di situ...tak kan aku nak jadi pengemis untuk mencari kerja semula..o tidak!!

Dlm keadaan tak keruan tu..suatu hari Zahari Affendi meminta aku ke mejanya. Num...awak pilih nak ke TV3 ke atau ke The Star. Saya boleh tolong awak. Saya ada kawan yg boleh bantu. Kebetulan TV3 baru je  beroperasi dan sedang mengambil pekerja...

Zahari Affandi seingat aku orang Kelantan. Amat baik dan sanggup menolongku. Kata dia jika kerja dgn TV3 awak akan jadi wartawan TV. Jika memilih The Star..kerjanya buat rencana untuk majallah Kuntum. Cuti yg awak dapat 2 hari seminggu dan masa kerja ikut masa pejabat. Wah! Menarik juga ni. Aku berfikir akan tawaran tu..

Akhirnya aku memilih The Star yg beribu pejabat di Petaling Jaya. Alasan aku pilih di sini kerana aku seakan dah biasa dgn penulisan akhbar. Manakala TV3 aku belum ada pendedahan. Aku juga bimbang tahap penguasaan Bahasa Inggeris yg tak seberapa.

Selamat tinggal Harian Nasional. Kini aku berfokus kpd The Star pula. Pada hari yg di tetapkan oleh Zahari.. aku pun pergilah berjumpa pengarang/penerbit majallah Kuntum puan Fadillah. Setelah dimaklumkan serba sedikit mengenai tugasan yg bakal aku lakukan..aku faham dan bermulalah satu lagi era baharu dlm diari hidupku.

Pejabat penerbitan Majallah Kuntum..nun jauh disatu sudut. Untuk sampai ke situ..aku terpaksa melepasi jabatan berita dll. Seksyen kami hanya ada 4 orang pekerja. Seorang penerbit..dua orang penulis dan sorang juru grafik.

Kerjanya agak mudah bagi ku. Tak ada tekanan dan ala-ala santai je. Aku bersama seorang rakan yg bernama Sham bertanggung jawab menulis bahan. Semua atikel untuk majallah perlu di sesuaikan untuk sebulan ke depan. Ini bermakna aku perlu berfikir lebih awal sebulan untuk selaraskan dengan siap cetak dan masa pengedaran..

Pekerja di The Star rata-ratanya berbangsa Cina dan ada juga India. Pekerja Melayu boleh dibilang dgn jari. Aku amat bertuah dapat kerja di sini.

Cukup dua minggu..kami dapat gaji. Di sini gaji dibayar sekali dlm dua minggu. Seronok dapat gaji. Aku kirim sikit sebanyak kpd mak di kampong. Aku rindukan mak..ayah adik-adik. Aku juga rindukan kedamaian di kampong ku. Namun semua tu aku terpaksa simpan dulu...

Seronok kerja di situ...tiba-tiba aku mendapat surat jawapan. Aku di tawarkan kerja sebagai Penerbit Rancangan dgn Stesen RTM. Ia adalah kerja Kerajaan yg di tawarkan menerusi operasi is penuh JPA. Wah!! Seronok bukan kepalang. Aku akan bekerja dgn Kerajaan yg rata-rata orang impikan..

Tak berfikir panjang aku terus buat keputusan. Dlm hati aku berkata..tak berkesudahan jika aku tak kerja dgn Kerajaan. Ini kerana kerja dgn swasta tak akan kemana. Aku rasa tak selamat..

Rupa-rupanya sebelum tu aku sudah isi borang JPA untuk memohon kerja. Nasibku dan rakan-rakan amat baik kerana terpilih. Di saat aku melapor diri dan angkat sumpah..hatiku seakan berkata..di sinilah tempatku. Dan aku akan kekal di sini...emak seronok mendapat khabar. Ayah pun bersyukur...akhirya penantian berakhir..aku sudah mendapat jawapannya..

Aku ditempatkan di bahagian persembahan radio. Di sini aku kenal Kak Yong Rafidah. Aku Kenal puan Adilah (Dato) aku kenal Norani Ibnu..dll. Mulanya aku hanya diberi tugas sebagai pemerhati. Melihat-lihat dahulu cara kerja seorang dj dan penerbit bertugas.

Tak lama kemudian..aku ditugaskan di bahagian berita radio. Kerjaku membuat liputan dan laporan radio di lokasi. Ada kalanya aku ke hotel-hotel besar membuat liputan dan ada kalanya ke tempat lain atas jemputan. Namun sebagai orang baru..aku masih kekok dan banyak lagi yg perlu aku belajar...

Tak lama kemudian..bos En Saleh Pateh Akhir memberi arahan. Zainum..awak ditempatkan di Berita TV. Ramai staff diperlukan di sana. Mendengar arahan tu..aku kecut perut. Aku kurang suka di TV sbb aku tak biasa. Aku merayu untuk kekal di radio. Namun..surat arahan telah dikeluarkan. Mahu tak mahu..aku terpaksa ke Berita TV...

Mampukah aku menggalas tanggung jawab di TV. Nanti akan ku ceritakan. In Syaa Allah.
__________________________________________

Hujan dah reda. Kaknum pun nak stop di sini dulu ye. In Syaa Allah jumpa lagi..

Assallamualaikum..

Nostalgia 26 by ZN

Nostalgia 26

Memang hidup kita ni banyak cabaran. Banyak ujian. Ada kala kita tersungkur. Ada kala kita leka. Namun bila tersungkur dan terleka tu..cepat-cepat lah bangkit. Perbetulkan apa yg kusut. Leraikan apa yg tersimpul. Jangan kita terusan mengalah dan terlalai..ingat Allah. Allah sentiasa menguji kita...baik..pagi ni Kaknum nak sambung cerita. Kekawan baca ye!!
________________________________________

Emak seakan berat hati untuk melepaskan aku pergi ke KL. Lebih-lebih lagi aku baru saja balik. Penat belajar belum reda. Emak cakap..rehat-rehat la dulu...aku faham maksud mak tu. Lebih-lebih lagi kami baru je bersama. Sembilan tahun berpisah kerana emak megikut ayah ke Sabah. Kalau jumpa pun sekejap je ketika masing-masing cuti..

Namun bagiku..perasaan untuk mencari kerja membuak-buak dlm hati. Aku sisih semua perkara. Tumpuan ku kini untuk bekerja. Seakan cemburu bila melihat sepupuku Alwi dah tamat belajar di UM dan beroleh kerja sebagai pegawai besar di Kelantan. Bertemu jodoh pula dengan kawan se U nya...

Aku mesti kerja untuk membantu emak dan ayah..jika nak harapkan peluang kerja di Kelantan ni aku rasa agak sukar. Ini kerana aku tak nampak jalan kecuali di Ibu kota.

Teringat aku tatkala kerja sebagai PA kpd bos di syarikat jual kereta. Gajinya ciput je tak termampu nak bantu emak dan ayah. Teringat pulak aku kpd kerja pelayan disebuah restoren terkenal di Kota Bharu. Aku kerja tu masa cuti semester ketika emak masih di Sabah. Gaji yg ku dapat kira-kira 150 ringgit sebulan. Masa masih belajar takpa. Tapi tak kan aku nak sambung kerja macam tu selepas aku bertungkus lumus belajar dan dah dapat diploma..

Kali ni aku nekad. Aku mesti ke KL. Mahu tak mahu emak ikut je kehendak ku. Emak tahu niatku sebenar untuk membantu keluarga. Aku hubungi kawan se kampus yg ku panggil Adib. Kebetulan Adib pun sedang mencari kerja.

Tiba di KL..aku bertemu Adib. Berpakat cari kerja bersama-sama. Dek kerana duit dlm tangan yg tak seberapa..aku tumpang Adib duduk tempat dia. Dia pula tumpang kawan dia. Kami saling menumpang tinggal di sebuah bilik di KL.

Pagi-pagi kami beli akhbar. Dlm akhbar tu ada macam-macam iklan kerja kosong. Kami pergi dari satu pejabat ke satu pejabat. Bertanya dan mencari. Terfikir jugak seolah-olah hidup ku macam pengemis. Namun..niat kami adalah murni. Bukan minta sedekah.

Macam-macam syarikat aku singgah...awak pandai copy writing tak? Aku ternganga apa maksud copy writing tu...aku jahil dlm bab tu..tak pa la jika nak pakai pekerja kami bagi tahu. Itu antara jawapan yg kami terima..dlm hati berkata..rupa-rupanya susah jugak nak cari kerja kat KL ni ye..

Teringat kpd seorang kawan dari Melaka bernama Gayah. Dia lebih muda beberapa tahun dariku. Tak salah ingatan..Gayah ketika itu bekerja sambilan di Syarikat Dunlop di Petaling Jaya. Menerusinya aku mencuba nasib dan alhamdulillah aku diterima sebagai pekerja sambilan. Tugasku ialah kira mengira...

Bekerjalah aku di Syarikat tu. Namun pening kepala jugak bila berurusan dgn kira mengira ni. Silap-silap kira naya aku. Di Dunlop aku kenal dgn bosnya yg bernama Eric. Dia ni orangnya baik..tapi kata-kata bloody hell tu memang sentiasa dimulutnya. Gayah dah pesan..Kaknum..buat tak tahu je laa apa yg dia cakap tu. Yg penting kerja..

Dari situ aku masih meninjau peluang kerja di tempat lain. Kebetulan aku berkenalan dgn seseorang. Tak silap aku.. Husin namanya. Dia kata ada syarikat nak cari pekerja. Pemiliknya seorang berbangsa Cina. Dia berkongsi dengan seorang partner yg bernama Shariff orang Sabah. Syarikat ni nak bina stesen minyak.

Aku berhenti kerja di Dunlop dan kerjalah dgn Syarikat ni. Juga terletak di Petaling Jaya. Ulang Alik dari tempat kerja dengan bas. Satu hari bos suruh aku lukis plan stesen minyak. Berbekalkan bakat yg tak seberapa aku pun lukis lah pelan tu setakat kemampuanku.

Kedua-dua bos jarang-jarang datang. Bos Shariff ni bergaya orangnya. Sentiasa bawa brief case. Dia mengingatkan aku kpd bos pertamaku ketika bekerja di KB ketika dulu...

Tak beberapa lama..aku merasakan syarikat tu macam ada masaalah. Projek tak jalan pun. Sewa pejabat taukeh bayar. Dengan bantuan abang Husin..aku pindah kerja lagi. Kali ni aku kerja dgn taukeh berbangsa India. Aku kerja sebagai kerani. Namun aktiviti di tempat kerja tu aku kurang ingat. Yg aku ingat cuci karpet dan aktiviti menyelam.

Lari benar dgn kelayakan yg aku dapat. Aku bekerja sambil mencari kerja yg sesuai. Tak jemu-jemu aku mencari peluang. Suatu hari..aku terpanggil untuk menalifon Encik Khalid Jefri pemilik kepada syarikat percetakan akhbar tabloid di Sentul. Tak ingat dari mana aku dapat nombornya. Namun bila dial..Encik Khalid sendiri yg jawab dan aku terus bertanya peluang kerja...

Tak banyak kerenah..aku diminta oleh En Khalid ke pejabatnya di Sentul. Ketika itu akhbar Harian Nasional adalah di bawah terbitannya..

Setiba di pejabatnya..aku naik ke tingkat 7 tpt bos besar. Aku ditemuduga saat itu dan alhamdulillah..aku diterima bekerja sebagai wartawan kadet. Dlm hati aku berkata..kali ni memang kena dgn kelulusan ku. Aku harap aku akan berjaya di sini..

Saat melapor diri di pejabat Harian Nasional..ramai yg bertanya. Awak ni keluarga Encik Khalid ke..atau anak kekawan En Khalid. Mereka hairan bila aku jawab tidak ada kaitan dgn bos. Rupa-rupanya..rata-rata pekerja di situ ialah kerabat atau yg dah kenal dgn bos..ada juga pekerja dulunya staff Utusan Melayu.

Aku mula kenal ramai orang. Staff di pelbagai jabatan. Ada juga jabatan majallah. Di sini juga aku kenal Zahari Affandi orang Kelantan yg banyak berjasa dgn ku. Aku juga kenal dgn Lokman yg cuba mengusik ku dgn menyamar dlm talian telefon. Ghairah bercakap..rupa-rupanya si pemanggil ialah dia yg duduk tak jauh dari meja ku...maklum lah..waktu tu aku masih single mingle...haha!!

Bermulalah episod aku sebagai wartawan akhbar. Masuk keluar buat liputan itu lah kerja ku. Menghubungi orang untuk mendapat maklum balas untuk di buat berita. Semuanya memang sepadan dengan apa yg aku belajar. Segala masaalah aku atasi seadanya. Aku perlu banyak lagi pengalaman...

Namun..aku sangka panas hingga ke petang. Tak lama selepas itu syarikat seakan ada masaalah. Aku tak boleh lama di sini. Maka pengarang Zahari Affandi tampil membantu...

Apakah corak bantuan Zahari Affandi kpd ku. Tunggu episod seterusnya..
_______________________________________________

Itu saja cerita Kaknum kali ni. Mohon maaf jika fakta kurang tepat. Ada yg berterabur. Lama sgt dah kurang ingat. Nama-nama pun kurang ingat dah..

Assallamualaikum

Nostalgia 25 by ZN

Nostalgia 25

Agak lama jugak Kaknum berehat dari menulis cerita. Al maklumlah banyak program keluarga akhir-akhir ni. La ni dah reda sikit.. So pada petang yg syahdu dan sunyi ni Kaknum nak sambung cerita ye. Harap kekawan sudi baca.
____________________________________________

Di ITM Shah Alam aku meneruskan kehidupan sebagai pelajar U. Ada babak sedih. Ada babak yg kurang menyenangkan. Namun semua tu mematangkan fikiran dan aku terima dengan tabah.

Di sini aku kenal ramai lagi pelajar yg berasal dari pelbagai negeri. Aku belajar feel mereka. Setiap negeri ada feel dan perangai masing-masing. Di sini juga aku belajar beberapa perkataan yg pelik dan menakutkan. Perkataan 'celaka kau!!' Perkataan ' bercinta betul' serta perkataan-perkataan lain. Tapi bagi sipengucap..ia adalah sesuatu yg mesra.!! Baik tinggalkan tu dulu..

Aku dah pun sampai ke tahun akhir. Sebagai remaja..aku juga belajar bercinta di sini. Kekawan lain ada yg bertemu jodoh dengan pasangan pelajar. Namun aku hanya separuh jalan. Aku kecundang ditengah jalan dan meninggalkan parut yg pedih.

Semua tu aku belajar. Aku belajar sesuaikan diri dari seorang gadis kampong yg kolot dan tak pandai bersosial. Aku masuk geng sekampus dan geng study bersama. Diwaktu cuti..kadang kala aku tak balik ke Kelantan. Tapi aku ikut kerumah kawan. Ada kalanya aku ke Johor dan ada kalanya ke Pahang.

Ketika belajar di sini..aku menjalani latihan praktikal sebanyak dua kali. Kali pertama aku menjalani latihan di Berita Harian Kota Bharu. Ketika inilah aku betul-betul didedahkan dengan dunia wartawan. Aku belajar ke lokasi membuat liputan..menulis laporan khas serta bergaul mesra dengan wartawan media.

Kali ke dua aku menjalani latihan praktikal di Bernama KL. Dan kali ini lebih mencabar. Bayangkan macam mana aku ke hulu ke hilir buat liputan. Kadang kala dengan teksi kadang kala tumpang kawan. Kadang kala juga aku ditugaskan buat berita susulan. Ketika ini aku sedikit bermasaalah kerana belum faseh bertutur dlm Bahasa Inggeris. Itu kelemahanku...

Di Bernama aku mengenali ramai wartawan..pengarang dan editor. Semuanya peramah..
Selagi bos tak balik..selagi tu masing- masing tersipu-sipu nak keluar pejabat. Ini kerana meja bos paling depan dan bila keluar terpaksa bertemu mata dulu dengannya. Tak silap aku bos masa tu Abdul Rahman Suleiman...

Ok berbalik kpd cerita ayah...

Ayahku..ketika ini sorang-sorang di Sabah. Ayah seakan berat hati. Namun terpaksa demi anak-anak. Menurut ayah..masa-masa sunyi tanpa emak dan adik-adik tu digunakan untuk menghafal ayat-ayat alquran khususnya Yaasiin.

Emak di kampong tak jemu- jemu tunggu ayah pulang. Setahun bagaikan amat lama. Namun emak lebih bernasib baik kerana masih ada keluarga di sisi.

Ketika ini keadaan di kampong ku sudah jauh berubah. Anak-anak kampong ramai yg dah keluar macam aku. Masing-masing mendapat peluang menuntut ilmu di luar. Ada juga yg dapat kerja serta berhijrah ke luar.

Aku pula menduduki peperiksaan akhir. Peperiksaan inilah yg jadi penentu masa depan ku. Dan aku tidak mahu gagal..

Selepas menjalani peperiksaan...aku berpakat dgn kawan-kawan untuk menghadiri temuduga kerja dlm kampus. Ketika dulu..kebanyakan syarikat penulisan akhbar akan ke kampus untuk menemuduga pelajar untuk di jadikan pekerja mereka.

Kebetulan sebelum tiba waktu giliran ku..aku tiba-tiba hendak ke bilik air. So bila nama ku dipanggil ketika tu..aku tiada. Meneruskan sessi temu duga pada saat namaku dipanggil ialah rakanku Ishak Dalib Mhi. Haha.. dan aku menyusul selepas tu..dlm hati..aku mengharap!!

Kini..risau pula macam mana keputuan peperiksaan akhir..

Akhirnya..aku terima keputusan. Semua subjek aku lulus. Walau pun aku tidaklah secemerlang mana. Tapi dengan asalku dari kampong yg tak pandai berbahasa Inggeris aku telah lulus. Yg penting subjek Communication law. Seingat aku ramai yg kandas subjek tu dan terpaksa ulang..

Kemuncak aku di ITM ialah saat graduation day. Aku bakal menerima diploma yg sekian lama aku tunggu. Berbekalkan wang yg ayah kirim..aku beli sepasang baju untuk ditempah. Aku upah tukang untuk menjahit baju kebaya untuk ku pakai ketika majlis konvokesyen nanti.

Hari bersejarah..ayah dan emak tidak dapat hadir. Hanya adik lelaki ku yg kebetulan sedang berada di KL ketika itu. Adikku Azizi Noh sedang menuntut di Maktab Perguruan.

Zaman dulu-dulu belum ada jubah graduan. Jadi para graduan masing-masing tampil dengan beranika fesyen. Bila namaku dipanggil..aku pun keluarlah secara beratur. Seronok sedih bercampur baur. Aku memakai baju kebaya berwarna ungu gelap. Di kiri dada aku sisipkan sekuntum bunga ros. Perasan comel  la aku ketika tu..

Namun malang bila tengok gambar graduasi..aku rasakan ianya hodoh dan aku tak beli pun gambar tu. Masa tu gambar dijual sebanyak rm30. Mahal aku rasa.

Setelah itu aku terus balik kampong untuk bersama emak dan adik-adik. Dlm pada tu..dibenak pemikiran tak putus-putus aku berfikir macam mana untuk mencari kerja. Lebih-lebih lgi bila aku dapat tahu yg kebanyakan kawanku yg hadir ketika temuduga di kampus dulu dah pun ditawarkan pekerjaan. Kecuali aku..

Dlm pada tu..ada juga kawan-kawan yg nak sambung buat Master di luar negara. Namun..aku tak terfikir pasal nak sambung semua tu..yg aku tahu..aku nak kerja cari duit. Itu je!! Aku nak ubah keadaan keluargaku. Keadaan emak..ayah dan adik-adik..

Aku sedih bila tak dapat tawaran kerja...namun aku tak putus asa.

Tak beberapa lama bèrehat di kampong..aku memberitahu emak untuk kembali ke KL. Aku mahu cari kerja di sana. Ia setelah sekian lama aku tunggu keputusan interview in kampus tak kunjung tiba...aku tahu aku dah buat silap masa temuduga dulu. Namun aku masih belum menyerah kalah..

Berbekal duit yg tak seberapa di tangan...aku nekad cari kerja di KL..

Di KL.aku bagikan seorang pengemis...

Berjayakah aku untuk mendapt pekerjaan buat membantu menampung sara hidup keluarga..

In Syaa Allah akan ku ceritakan nanti..
__________________________________

Itu je cerita Kaknum kali ni. Tabahkan hati jika diuji. Sentiasa ingat Allah. In Syaa Allah hidup kita akan lebih berkat.

Assalamualaikum..

Nostalgia 24 by ZN

Nostalgia 24

Jumaat penghulu segala hari. Salam maulilrasul. Ayuh kita sama-sama muhasabah diri. Sama-sama sucikan hati dari segala dosa dan noda.. Ayuh sentiasa ingatkan baginda Rasulullah dan ajaran-ajarannya. Semoga kita kembali ke alam sana dengan keadaan yg bersih suci dari segala dosa.
Sebenarnya Kaknum nak sambung cerita ni. Setelah sekian lama tertangguh. Harap kekawan baca ye..
_________________________________

Terlibat dlm kemalangan bas merupakan suatu tragedi ngeri buatku. Namun aku bersyukur kerana Allah masih selamatkan kami. Tiada kehilangan nyawa kecuali cedera. Melihatkan keadaan bas yg keempat-empat tayarnya berada di atas dan bumbungnya yg senget kesebelah...sudah pasti orang menganggapkan ia sesuatu yg amat dahsyat..

Rupa-rupanya bas yg kami naiki itu dipecut terlalu laju. Terbabas di selekoh dan memasuki parit. Seakan sekelip mata disaat rata-rata penumpang sudah terlelap. Itu yg aku agak. Terdengar ditelingaku penumpang berkata pemandu bas telah melarikan diri..

Berserah aku pada nasib. Aku.tak putus-putus berdoa agar aku selamat tatkala berada dlm sebuah kereta dengan pemandunya begitu asing. Aku tak kenal pun siapa dia. Adakah dia orang yg baik-baik atau sebaliknya. Orang tu dlm lingkungan lewat 30han. Dia berdua bersama seorang lagi kawannya. Namun pelawaannya untuk membawa kami pulang ke Kota Bharu itu aku anggap dia benar-benar ikhlas.

Di rumah datuk..menjelang subuh emak bercakap-cakap dengan ayah mengenaiku. Emak kata mungkin aku dah tiba di KL waktu ni. Tiba-tiba ada orang memberi salam. Emak membuka pintu dan terkejut besar melihat wajahku yg kembali semula kerumah. Aku ceritakan peristiwa pahit kemalangan bas tu pada emak dan ayah...

Bermakna..orang yg tumpangkan aku tu orang yg baik-baik. Alhamdulillah Allah telah membantu kami. Aku terhutang budi sangat-sangat pada dia. Setelah pagi..ayah membawaku ke hospital. Aku dirawat sebagai pesakit luar..

Seingat aku..selang sehari selepas kejadian itu..aku terpaksa kembali semula ke ITM. Dengan kawan aku berpakat untuk pergi semula bersama-sama. Kali ni kami menaiki bas ekspress awam bukan bas pelancong.

Sebelum bertolak ayah membekalkan aku dgn satu ayat. Ia untuk mengelak dari rasa takut dan gerun untuk aku naik bas lagi.

LAA TAHZAN INNALLAH HAMAANA..Maksudnya jgn takut..Allah bersama-sama kita. Ayat itu aku hafal dan amalkan...

Apa dayaku insan biasa yg baharu saja terkena musibah. Sebaik bas bergerak..aku sudah mula kecut. Hati ku gerun. Perasaanku gelabah. Fikiranku masih tak keruan. Aku menjadi trauma. Kejadian kemalangan bas terbalik masih terngiang-ngiang di benakku...aku menangis dan menangis. Dek ketakutan yg teramat sangat dan trauma yg berpanjangan tu..aku sambar je tangan orang sebelah dan aku pegang tangannya kuat-kuat. Tak ku lepaskan tangan tu sehingga ke penghujung destinasi..

Aku akhirnya tiba di Pudu Raya dengan selamat. Tapi mukaku yg bengkak dan luka ditepi hidung masih berbekas. Aku berpakat dgn Zah untuk menaiki teksi ke ITM Shah Alam.

Trauma menaiki bas selama bertahun-tahun. Jika nak ke mana-mana aku sanggup menaiki teksi je walau pun tambangnya agak mahal. Atau aku lebih rela  tak ke mana-mana..dok terperap kat bilik..

Di kampus..aku agak segan dengan kekawan kerana mukaku yg bengkak dan tepi hidung yg luka belum sembuh. Namun aku terus gagahkan diri. Kuatkan semangat. Aku tidak mahu kecundang. Aku ingin habiskan pelajaranku dengan jaya. Seingat aku...ketika ini aku di semester ke 3. Namun ia adalah semester pertama dlm kursus yg ku ambik iaitu Sebaran Am..

Masih jauh lagi perjalanan aku untuk menuntut ilmu. Ada perkara baharu yg aku belajar. Yg aku.ingat antaranya Communication Law..Public Speaking..Fotografi..Script Writing..Journalism dll. Ia berlarutan dari satu semester ke satu semester. Namun pada tahun akhir..subjek aku lebih fokus. Aku pilih untuk mahir dlm kewartawanan. Jadi major aku ialah Journalism. Kawan-kawan lain ada yg pilih Advertising, Public Relation,  atau Broadcasting.

Aku seronok belajar Journalism. Pensyarah juga ada memujiku atas hasil laporan yg ku buat. Mungkin sebelum ni aku telah menyertai kursus kewartawanan tatkala ditingkatan 6 swasta atau mungkin kerana aku berminat. Semua tu pendorong dan penguat semangat untukku terus belajar.

Namun gadis kampong yg tak banyak pendedahan. Aku belum faseh bertutur dlm Bahasa Inggeris..aku belum pandai bergaya. Aku adalah aku yg cukup sederhana. Maka kekawan yg aku pilih juga terdiri daripada jenis yg citarasa sama dgn ku..

Namun aku masih rapat dgn Faridah anak seorang dato yg terkenal. Malah ditahun akhir..seingat aku..aku tinggal sebilik dengannya di asrama Kenanga.. aku juga rapat dengan Juwita yg akhirnya bertemu jodoh dgn seorang kerabat diraja Kelantan iaitu Tg Idris. Aku juga tinggal sebilik dgn Juwita..

Aku masih ingat Masnah..orang Muar yg menjadi rakan sedorm ku...kami saling bantu membantu terutama dari segi semangat..

Dlm kelas Sebaran Am aku masih ingat Ibrahim Yahya yg lebih dikenali dgn nama Tiger..Yg akhirnya menjadi KP Jab Penyiaran dan kini orang kuat TPM Dato Seri Zahid Hamidi..isterinya Rohaiza. Keduanya mendapat anugerah Dato. Aku masih ingat Rosni yg lemah lembut kini menjadi isteri kpd MB Johor dan bergelar Datin Seri. Amal..Kak Yong Melati Ariff..Norizan..Tumpang Saptu..dll. rata-rata dah menjadi orang yg hebat-hebat belaka...

Masa kian berlalu. Aku terus belajar dan belajar. Dlm pada tu banyak rentetan pahit manis yg aku hadapi. Cabaran alam remajaku juga serta lain-lain masaalah..akhirnya aku tiba di tahun akhir. Tahun yg agak mencabar juga. Jika aku kecundang kali ini bermakna aku tidak dapat diploma seperti yg ku harap-harapkan. Namun masaalahku ialah subjek Comunication Law.  Semuanya dlm BI. Aku risau dengan subjek tu...

Apakah aku berjaya meneruskan pelajaranku sampai ke titik penyudah. Akan ku ceritakan lagi. In Syaa Allah..
____________________________________________

Setakat tu je dulu yg dapat Kaknum nukilkan kali ni. Ingat ye. Teruskan berdoa. Jgn sesekali kita berputus asa. Sentiasalah ingat kepada Allah walau pun ketika kita senang dan ketika susah. In Syaa Allah..hidup kita akan jadi lebih berkat.

Assallamualaikum..

Nostalgia 23 by ZN

Nostalgia 23

Pagi khamis 23 hb November 2017. Sebulan lebih je lagi untuk ke tahun  baharu 2018. Kejap je rasa setahun dah berlalu. Ayuh kita hitung-hitungkan. Cukupkah amalan kita untuk ke sana nanti. Allahhuakbar..terasa sikit je kan. Apa pun yg kita buat..Ayuh kita niat kerana Allah. Agar semua benda yg baik-baik yg kita lakukan itu diberkati. Hari ni Kaknum nak sambung cerita lah. Harap kekawan baca ye..
_____________________________________

Perginya datuk buat selama-lamanya membuatkan hati mak cukup sedih. Apa tidaknya..dah kira-kira  9 tahun mak dan ayah ke Sabah. Dengan datuk mak jarang jumpa. Kalau jumpa pun hanya beberapa kali je ketika emak ayah balik bercuti di kampong. Datuk meninggal pun mak tak dapat tengok jenazahnya. Mak tak dapat menatap wajah datuk buat kali terakhir. Mak balik dari Sabah agak lewat kerana kelewatan dapat tiket pesawat. Namun mak redha.

Mungkin kerana terlalu sedih..mak beritahu ayah dia dah tak mahu ke Sabah mengikut ayah. Ayah sedih dgn keputusan mak. Ayah pun redha. Ayah izinkan mak tinggal di kampong bersama kami. Emak nak jaga nenek yg sudah semakin berusia..

Sebelum tu nenekku ada berpindah tinggal bersama sepupuku Mok Jah. Nenek dibawa tinggal di rumah peningglan pok teh Soh yg pindah ke Lebir. Rumah tu berhampiran rumah pakda Awang. Mok Jah nasibnya agak menyedihkan. Ibunya bercerai dgn ayahnya pakda Awang ketika dia masih kecil. Neneklah yg jaga dia sebaik kedua ibu bapanya bercerai. Itu lah yg aku ingat.
Kini mok Jah dah meningkat remaja..

Aku pulak..dlm sedih aku gembira. Aku seronok dapat jumpa adik-adik terutama adik baharuku Zuhaini. Itu kali pertama aku dapat melihat wajah adikku yg comel. Ketika itu adik baharu boleh bertutur sepatah dua.

Untuk serasikan diri..aku pujuk adik dan ku bawa dia round-round kampong naik motosikal. Ada sekali tu aku dan adik terjatuh motosikal dan aku bisik kat adik jangan beritahu mak ye...seronoknye aku ada ayah dan mak di sisi.

Selang beberapa waktu..tiba masanya untuk ku kembali menyambung pelajaranku di Uitm. Berat rasa hati nak pergi. Tapi aku terpaksa juga. Kebetulan waktu musim cuti..maka semua berebut nak beli tiket. Aku ketinggalan dan tak dapat beli tiket bas ke KL.

Lantas aku hubungi seorang rakan yg sama-sama senasib dan dia tolong belikan. Kawanku ini orang Pasir Mas kalau tak silap nama Zah. Zah cakap satu-satunya bas yg masih ada ialah bas Mustapha Agensi. Sebuah bas pelancongan.

Nak tak nak aku terpaksa naik bas tu. Pada hari yg ditetapkan...ayah pagi-pagi lagi menghantarkan aku dari rumah datuk ke jalan besar. Ayah hantar dengan basikal. Namun yg aku ingat basikal tu kami tak naik cuma untuk membawa beg barang-barangku sahaja.

Aku naik bas ke KB. Sampai di stesen bas KB aku ke rumah abang Him terlebih dahulu sementara untuk menunggu naik bas kira-kira jam 8 malam. Selepas maghrib aku turun dari rumah abang Him ke stesen bas yg terletak tidak jauh dari situ. Setelah bertemu kawanku Zah..kami pun sama-sama naik dan duduk di kerusi yg tertera no ditiket.

Malam tu seperti biasa. Tiada hujan dan mlm yg tenang. Bas kami mulanya bergerak perlahan-lahan meninggalkan bandar KB. Hati ku agak sunyi..

Aku duduk di sebelah seorang warga Singapura berbangsa Melayu.. so kami mula berkenalan dan berbual-bual. Macam-macam yg kami bualkan. Ada mengenai Malaysia dan ada yg mengenai Singapura. Peramah je pelancong tu. Aku seronok berbual dgnnya.

Laluan kami dari KB menghala keTerengganu...kami melepasi bandar Pasir Puteh Jertih dan seterusnya bandar Kuala Terengganu. Tiba-tiba aku rasakan bas tu bergerak terlalu cepat. Laju dan laju. Aku pada mulanya tak rasa apa-apa. Lantas aku terlelap seketika..sedar-sedar aku merasakan bas kami terhoyong hayang. Dlm kegelapan mlm aku rasa panik dan takut...tiba-tiba dum!! Bas yg aku naiki terjunam dan terbalik...

Aku..dlm keadaan mamai terdengar jeritan dan pekikan. Ada yg minta tolong ada yg menangis. Masing-masing trauma. Kebanyakan penumpang adalah pelancong. Penumpang Singapura tu membantuku.

Dia membantu aku keluar dari bas. Penumpang lain cuba mencari jln keluar. Mereka cuba pecahkan cermin belakang bas. Orang-orang kampong turut membantu..Seorang demi sorang merangkak keluar. Aku lihat kawanku selamat. Alhamdulillah..Aku juga selamat cuma luka kecil di tepi hidung dan mukaku bengkak. Mungkin kerana terhantuk ke depan ketika aku terlelap seketika.

Penumpang lain ada yg cedera dikepala. Patah pahanya dan sebagainya. Aku bersyukur kerana selamat. Namun aku sangat takut dan panik. Dlm kegelapan mlm aku mengambil beg ku dan duduk ditepi jln. Aku buntu tak tahu nak buat apa. Kami beramai-ramai mennggu bantuan.

Peristiwa pahit dan ngeri. Tiba-tiba ada hamba Allah yg kebetulan nak balik ke Kelantan ingin membantu. Dia mahu menghantar aku dan kawanku balik ke rumah kami di Kelantan.

Mengharapkan dia orang yg baik-baik aku pun bersetuju menumpang keretanya balik ke Kelantan semula. Kami sebenarnya sudah berada jauh melebihi Kuala Terengganu. Dlm perjalanan..seingat aku orang tu singgah di kedai dan belanja kami minum. Aku pun ikut. Dlm hati penuh tawakkal dan berserah hanya kpd Allah..aku benar-benar mohon agar kami selamat.

Apa jadi kpd ku selepas itu.

Betulkah yg aku tumpang tu orang yg baik-baik..

Selamat kah aku tiba ke kampong.

Tunggu akan ku ceritakan..in Syaa Allah..
______________________________________

Tu je cerita kaknum kali ni. Maaf jika turutan dan fakta yg kurang tepat. Yg sudi baca Kaknum ucapkan byk-byk terima kasih.

Assallamualaikum

Nostalgia 22 by ZN

Nostalgia 22

Dlm hidup kita...tak usah dengki atau iri hati jika ada kekawan yg berjaya. Tu bahagian dia. Bahagian kita tetap ada. Allah dah janjikan. Percayalah. Ikhtiar doa dan tawakkal. Itu yg perlu... Ok Kanum nak sambung cerita ni. Yg baca tu tk byk-byk ye..
___________________________________

Di Uitm semester ke dua pra diploma..aku melalui kehidupan sebagai mahasiswa Universiti. Biar pun aku tak berpeluang untuk melanjutkan pengajian di UM sebagaimana sepupuku Alwi..namun ia adalah rahmat yg cukup besar.

Uitm sebuah IPTA khas dijana untuk anak-anak bumiputra. Bukan senang untuk ke situ..kena melalui proses saringan dan temuduga. So..aku redha. Ketentuan Allah aku di sini. Kerjaku tumpukan sepenuh minat dan semangat untuk belajar dan belajar..

Semester ke dua di kampus...aku lalui dengan perasaan tenang. Di sini macam-macam benda baharu yg aku nampak. Aku dapat peminat baharu..haha.  Aku juga ada kawan baharu dan segala-galanya baharu. Aku berusaha menyesuaikan diri. Lupakan gadis kampong yg miskin dan sederhana. Di sini..kita adalah pelajar U yg punyai cita-cita sama. Untuk belajar..untuk jaya dan seterusnya bina kerjaya yg sebaik mungkin.

Tiap pagi aku ke kelas dgn kawan-kawan. Berjalan kaki dari asrama yg terletak di lereng bukit. Seingat aku asrama Seroja. Menapak ke atas puncak bukit  yg meletakkan bangunan induk Uitm yg punyai berbelas-belas tingkat. Jika khidmat lift tergendala..kami terpaksa berlumba-lumba naik tangga ke tingkat atas dengan berjalan kaki. Ada yg terpaksa naik ke tgt 12 atau 14 dgn berjalan kaki je. Biar pun penat..tapi kami seronok!!

Aku juga tempuhi alam remaja di Uitm dengan penuh cabaran. Bergaul dengan pelbagai ragam dan kerenah  manusia. Berlari mengejar waktu yg telah pun diatur dgn rapi. Tiada masa yg terluang kecuali belajar..

Dlm kesibukan tu..hatiku tetap merindui kampong halaman. Merindui ayah emak adik-adik. Aku rindukan datuk dan nenek ku. Aku rindu suasana kampong ku yg santai. Aku rindu segala yg ada di kampong. Lantas perasaan ingin pulang semakin membuak-buak..

Cuti lagi selepas peperiksaan akhir semester. Aku pulang ke kampong menjalani hari-hari yg amat berharga bersama datuk dan nenek.

Datukku masih dgn rutin biasa. Berulang alik ke pekan Melor berniaga daging dan hasil kebun. Biar pun kudratnya dah makin kurang..namun semangatnya tak pernah luntur.

Aku perhatikan je pergerakan datuk. Entah kenapa datuk kerap ke klinik yg terletak di Selising. Seingat aku di situ lah satu-satunya klinik yg ada untuk menerima rawatan jika sakit. Jururawat yg bertugas di situ bernama kak Zi ada juga pertalian darah dgn kami.

Satu hari yg damai..datuk perlahan-lahan berjalan kaki ditebing tali air menuju ke rumah. Aku lihat kelibat datuk..dia merenung jauh..melihat kiri dan kanan. Mungkin perhatikan sesuatu. Melihat landskap dan panorama kampong ku yg indah permai..

Sebelum tu..aku perhatikan datuk merenung cermin..melihat wajahnya ketika datuk memakai serban. Aku perhati je. Dlm hati terdetik pelik. Tapi aku ingat itu biasa-biasa je..

Kebetulan Pak Su Ri dan moksu Ana balik bercuti dikampong. Terasa lebih meriah dan seronok. Terlebih seronok ialah nenekku dan datuk. Lama merindui anak bongsu kesayangan. Sekarang baharu boleh jumpa.

Pada satu petang..kami berkumpul untuk minum petang. Juadah yg moksu hidang ialah ubi rebus. Datuk ku kelihatan kurang sihat. Dia selalu mengadu pening kepala. Untuk mengambil wudhu bagi menunaikan solat asar..nenek terpaksa bantu datuk ke dapor. Aku pula ingat..ia sakit biasa-biasa je. Jahilnya aku.

Sebaik ambil wudhu..datuk ingin solat. Namun..kesihatannya makin terganggu. Datuk tiba-tiba sesak nafas. Nenek meriba datuk yg sesak nafas tu. Aku seakan panik. Mok Su Ana pun agak panik...datuk ku makin teruk..

Pak Su Ri yg berada di sawah di beritahu. Aku turun rumah berlari ke rumah Pak Cu Ya dan Wak Timah memberitahu khabar. Wak Aji Daud dan Wak Mek Jah dimaklum. Wak Mek Jah ialah anak datukku daripada ibu lain. Pok Su Loh..semua datang melihat datuk ku yg sedang sesak nafas.

Masing-msing cemas..ada yg nak bawa ke hospital. Tapi seingat aku datuk tak mahu.  Ada yg kata datuk mabuk ubat. Lantas Wak Aji minta daun kangkong untuk ubati mabuk ubat datuk. Masing-masing agak panik..

Wak Aji..orang lama mungkin dah boleh baca. Dia mengajar datukku mengucap. Ajar dan ajar mengucap. Itu lah yg aku ingat. Aku sedih..nenek sedih..semua kami sedih tengok perkembangan datuk..

Akhirnya datuk ku menghembuskan nafas terakhir. Di hadapan anak-anaknya kecuali emak ku yg berada nun jauh di Sabah. Datukku meninggal ketika waktu maghrib masih lagi dlm wudhu untuk solat asar..

Itu lah ketentuan Allah. Ajal maut tidak ada sesiapa yg boleh tentukan kecuali Yang Maha Esa. Waris warah dan orang-orang kampong di maklumkan. Kpd mak..ada orang kg yg tolong hantar telegram ke Sabah. Waktu tu tiada hand fone. Tapi berita datuk meninggal merebak dgn agak cepat.

Malam tu..rumah nenek penuh dgn sanak saudara yg datang. Aku membaca yassin di sisi jenazah datuk. Begitu juga yg lain-lainnya..

Keesukannya baharulah jenazah datuk ku di mandi dikafan dan di kebumikan. Dlm suasana yg pilu. Datuk tpt kami menumpang kasih telah pergi buat selama-lamanya. Dan bgi ku..itu lah kali pertama aku menyaksikan sebuah kematian. Di depan mata sendiri...Allahhuakbar!!

Rupa-rupanya apa yg aku lihat sebelum ni adalah petanda. Tingkah laku datuk yg lain macam seolah- olah ingin memberitahuku sesuatu. Namun..berat mulut ku untuk berkata-kata. Berat hati untuk meluah. Lidah kelu dan kaku..

Datuk telah pergi buat selama-lamanya. Yg tinggal hanya kenangan. Kenangan mendengar datukku mengaji. Datuk solat dan bacaannya menerpa ke hati. Kenangan datuk mengira duit hasil niaganya selepas solat. Kenangan aku bersama datuk mengail ikan..kenangan makan ikan sawah yg datuk jerkap serta lain-lain kenangan menerpa ke sanubariku....

Tinggallah nenekku seorang diri tanpa datuk. Rumah usang yg besar tu seakan sunyi...

Selang sehari kalau tak silapku..emak dan ayah pulang dari Sabah. Di bawa adik ku yg baharu. Berusia kira-kira setahun lebih...dlm sedih tu..aku rasa seronok juga dpt tengok adik baharu. Adik yg aku amat rindu-rindukan..

Namun perubahan demi perubahan berlaku rentetan ketiadaan datuk. Aku pula mengalami kecelakaan.

Nak tahu selajutnya..tunggu ye.
_______________________________

Maaf nukilan yg tak seberapa. Maaf juga jika fakta tak berapa tersusun.

Assalamualaikum..

Nostalgia 21

Nostalgia 21

Alhamdulillah..kita dapat bernafas lagi dlm udara Allah yg segar bugar dan percuma plak tu.  Bayangkan jika kita bangun pagi dlm cuaca yg berhabuk dan berjerebu. Pastinya nafas kita sesak dan rimas kan. So..hargai lah nikmat yg kita ada ni. Syukuri..jaga dan jangan mengomel serta kata itu dan ini. Allah sebaik-baik perancang. Dan kita hanya lah insan yg tak punya apa-apa tanpa izinNya.
Ok pada pagi Sabtu yg damai ni Kaknum nak sambung cerita ye. Semoga kekawan sudi baca.
________________________________

Balik bercuti ke kampong pada hari tu..emak kelihatan kurang sihat..selera makan mak agak menurun. Biasa juadah yg mak suka makan dulunya ..kini emak dah tak boleh telan. Emak risau. Ayah risau. Datuk dan nenek lebih-lebih lagi risau dan sedih.

Kami terfikir-fikir apa penyakit mak sebaik balik dari Sabah. Mesti ada benda yg tak kena. Dah lebih tujuh tahun kat sana..balik-balik hari ni emak sakit. Adik perempuan ku yg bernama Zuraimah kini usianya kira-kira 10 tahun. Adik Azizi jugak dah jadi remaja..semua risau tentang perkembangan emak..

Nenek masak masakan kegemaran mak..tapi.mak semacam tak lalu nak makan..aku berfikir dan sedih melihat mak begitu.

Selang beberapa ketika..aku mendapat jawapan kenapa emak sakit. Ya Allah...tak sangka sungguh!
Mak kesayanganku telah hamil kpd adik kami. Sungguh tak sangka sebab mak dah lama tak mengandung. Alhamdulillah  rezeki Allah bagi kpd kami sekeluarga. Ayah paling gembira kerana cahaya mata ke empat dari darah dagingnya bakal dilahirkan..

Aku mengikuti perkembangan kesihatan mak daripada ayah. Ketika berada di Sabah selama kira-kira tujuh tahun..ayah dan emak tak pernah lupakan kami. Aku dan adik Azizi. Bahkan ayah ke Sabah pun kerana kami berdua. Ingin melihat kami berjaya dlm hidup. Dlm pelajaran di dunia dan di akhirat.

Dari cerita-cerita ayah..berada di Sabah dan jauh dari sanak saudara..ayah dan emak tidak pun rasa terasing. Kecuali ketika saat mula-mula menjejakkan kaki di bumi orang. Kini ayah dah ramai kenalan. Malah ayah dan emak ada ramai anak-anak angkat. Rata-rata orang Kelantan dan orang-orang semenanjung memanggil emakku 'emak'. Mereka memang mesra dan rapat.

Aku masih ingat antara anak angkat ayah dan emak ialah yg bernama Othman dan isterinya Ani. Mereka orang Bachok. Suatu ketika bila Ani masuk wad untuk bersalin di Sabah..emak lah yg tolong jaga anaknya atau pun jaga dia di wad. Bila rindukan masakan Kelantan..mereka berkumpul di rumah emak untuk masak-masak dan menjamu selera berama-ramai.

Begitulah akrabnya perhubungan antara mereka. Bahkan antara penduduk tempatan. Seolah-olah ayah tempat rujukan mereka. Ketika ini adikku Zuraimah memang dah terlalu faseh berbahasa Bajau. Ini kerana kawan-kawanya juga ramai orang-orang Bajau.

Aku hanya membayangkan keadaan ayah emak dan adikku di sana. Aku bayangkan berada ditengah-tengah kelompok masyarakat Sabah dan berada dekat-dekat dengan emak dan ayah. Namun untuk pergi secara realiti..aku tak mampu kerana kurang duit untuk tambang.

Aku juga teringat cerita ayah. Suatu ketika ayah membawa rombongan anak-anak sekolahnya ke sebuah pulau. Pulau ni agak popular juga tapi aku dah lupa namanya. Ia tak jauh dari Tagasan. Namun untuk ke sana terpaksa menaiki bot yg mengambil masa kira-kira sejam.

Setelah selesai aktiviti di pulau tu..rombongan anak murid menaiki bot untuk pulang. Ketika ditengah laut..bot yg ayah naiki dipukul ribut. Ayah cakap angin kencang dan bot terumbang ambing dilambung ombak. Ayah dan beberapa petugas lain cemas..bimbang kot-kot perkara yg tak diingini berlaku.

Ayah terus berdoa dan membaca ayat-ayat suci AlQuran.. memohon pertolongan Allah. Dlm keadaan cemas itu..hanya Allah tempat bergantung..

Alhamdulillah...akhirnya ribut beransur reda. Bot yg mereka.naiki pun dah tiba di pengkalan. Anak-anak murid ayah selamat dan dapat pulang ke rumah masing-masing. Ayah ceritakan kesah ni kpd ku dan adik-adik tatkala ayah cuti balik kampong.

Ayah memang suka bercerita. Tak putus-,putus ayah bercerita pengalamannya di Sabah bersama masyarakat dan orang-orang di sana. Aku lebih suka bertanya ayah tentang kesah-kesah nabi. Ada-ada je yg aku sebut dan ayah terus bercerita satu persatu..

Kadang kala aku minta ayah cerita mengenai kesah-kesah lagenda negeri Kelantan. Kesah Puteri Saadong..kesah Raja Abdullah yg maqamnya tak jauh dari tempat aku bersekolah di Padang Lengkuas. Menarik sangat cara ayah bercerita. Aku terlopong depan ayah mendengar kesah.

Kadang-kadang ayah bercerita tentang zaman sebelum merdeka dan rentetan kemerdekaan negara. Masa tu usia ayah dlm belasan tahun. Tapi ayah ingat detik-detik bersejarah tu. Sehinggakan ayah pernah ditemubual melalui radio Kelantan mengenai topik rentetan kemerdekaan negara.

Menurut ayah...kemerdekaan yg kita capai satu nostalgia menarik. Orang-orang kampong dulu juga lain. Dari segi mentaliti dan cara hidup. Amat susah..

Aku juga teringat cerita ayah mengenai kesah anak durhaka. Menurut ayah ini cerita betul dan benar-benar terjadi. Di ceritakan disebuah kampong ada seorang anak. Anak ini sering menyakiti hati ibunya. Aku pun dah lupa apa yg sianak ni buat sehingga dia dikatakan anak durhaka.. Tapi pada satu hari dek kerana tak tahan dengan perangai anaknya tu..ibu tadi mengangkat tangan dan berdoa. Tiba-tiba Allah hadirkan petir. Nak dijadikan cerita si anak tadi terus disambar petir sehingga mati.

Begitulah dahsyatnya doa seorang ibu. Allah akan kabulkan dengan segera.

Cantik dan tersusun cerita ayah tu. Tapi aku dah ingat-ingat lupa la babak-babak yg diceritakan tu. Maaf ye!
Hebat ingatan ayahku. Itu lah juga anugerah Allah terhadap ayahku..seorang guru Alquran seorang ustaz dan seorang ayah yg baik..

Berbalik kpd emakku. Kini emakku makin sihat dan boleh makan seperti biasa. Menanti saat kelahiran anak ke empat dengan penuh kegembiraan.

Masa kian berlalu. Emak di masukkan ke wad lebih awal. Mungkin ada masaalah mengenai kandungan atau sebab mak dah lama tak melalui proses bersalin. Ketika ini anak-anak angkat emaklah yg membantu ketika mak susah. Seingat aku..mak bersalin sbb dr paksa. Dr bagi ubat agar mak bersalin dgn cepat..

Alhamdulillah.19 Ogos 1980...adik ke empatku lahir dgn sihat. Di beri nama Zuhaini. Wajahnya comel. Kulitnya puteh melepak. Bulu matanya lentik. Rambut ikal sedikit..Jauh tpt lahirnya iaitu di hospital Semporna Sabah.

Lepas tu bermulalah masa berpantang emak di rantau orang. Ayah yg jaga emak ketika berpantang. Anak-anak angkat emak turut membantu.

Ok..berbalik kpd kesahku pula. Aku mendapat keputusan periksa melalui pos. Alhamdulillah aku lulus utk semestar pertama. Bermakna aku boleh terus sambung belajar. Ke Uitm lagi tapi kali ni aku lebih bersedia..lebih pengalaman dan lebih bertenaga..

Namun..ada sesuatu yg menyedihkan aku tiba-tiba terjadi selepas tu..peristiwa tu juga merobah pola kehidupan kami anak beranak.

Nak tahu? Tunggu nostalgia seterusnya..In Syaa Allah akan ku sambung cerita.
______________________________________

Weh..bateri fone dah merah. Kaknum stop dulu ye. Apa pun ayuh jadi yg terbaik hari ini esok dan seterusnya. Jika ada noda-noda hitam sebelum ni..lupakanlah. Hapuskan ia dgn taubat nasuha. In syaa Allah..Allah Maha Pengampun..Maha Penerima taubat hambaNya.

Assallamualaikum..

Nostalgia 20 by ZN

Nostalgia 20

Seronok menulis. Seronok bila kekawan baca. Tulisan Kaknum ni jika tak elok..harap bagi komen ye. Ia untuk tatapan anak cucu dan kekawan juga. Satu hari nanti Kaknum akan pergi jua. Harap tulisan ni kekal di sini. Pesan Kaknum..jangan sesekali kita mencari musuh. Jaga adab sopan kita. Jangan dengki khianat. Jangan syak wasangka. Semua tu tak elok. Buat apa nak tambah dosa kan. Sedangkan dosa yg lepas masih bertimbun. Semoga Allah ampunkan kita semua. Aamiinn..petang ni Kaknum nak sambung cerita. Baca ye..
______________________________________

Berada di kampus yg besar..aku bagaikan seorang anak yg terlalu kerdil. Seolah-olah satu kejutan dengan suasana yg agak sibuk dan penuh berdisiplin. Namun aku lebih bertuah kerana telah pun merasainya sebelum ini tatkala aku menjadi pelajar Uitm Dungun.

Namun kali ini agak berbeza. Minggu suai kenal lebih mencabar lantaran geografi Uitm Shah Alam yg berbukit bukau..pelajarnya yg lebih ramai dan kawasannya juga amat luas. Aku dah agak lupa rentetan suai kenal tu. Namun seingat aku..kami dikejutkan seawal jam 4 pagi. Tiupan wisel membingitkan telinga dan kami cepat-cepat bingkas dari tidur yg lena.

Ada program solat..ceramah dan juga berbaris beramai-ramai. Beramai-ramai kami menyanyikan lagu-lagu patriotik. Antaranya Malaysia Berjaya dll. Begitu bersemangat kami menyanyi beramai-ramai. Timbul rasa seronok pula menjadi pelajar baharu walau pun alam kampus selepas ini yg entah bagaimana keadaannya.

Ketika suai kenal tu aku memilih untuk menyertai pasukan beruniform iaitu Kesatria. Ada juga pasukan lain atas minat masing-masing. Ada team agama. Ada team kebudayaan dan pasukan beruniform lain.

Sebagai ahli Kesatria..aku mesti menyertai kawad kaki bersama ahli lain. Uniform ku dibekalkan oleh Uitm.  Seronoknya menjadi student Uitm. Yurannya agak murah. Kemudahannya juga lengkap.

Aku tinggal dlm dorm. Sewaktu Pra Diploma..aku ditempatkan bersama-sama pelajar dari Johor Melaka dll negeri. Seorang demi seorang menjadi kawanku. Dari slang Kelantan..aku ubah cara cakapku menggunakan slang Kuala Lumpur. Kecuali dgn orang Kelantan..aku tetap mengekalkan tradisi ayah bondaku dgn slang budu. Haha..

Antara yg masih ku ingat ialah Rogayah dari Melaka .Adib dan Aya dari Johor..biasanya untuk ke kelas ke atau ke mana-mana..kami biasanya berempat bagaikan satu kumpulan kecil. Dan kumpulan kami ni pulak bergabung dengan kumpulan pelajar lelaki dari kursus Kejuruteraan. Maka makin teguh lah kumpulan kami.  Untuk study pun kami kadang kala masih bersama.

Ok tinggalkan kumpulan tu dulu.

Ketika ini aku memang sibuk. Sibuk menyesuaikan diri sebagai pelajar baharu..sibuk mencari kawan.. sibuk serasikan dengan mata pelajaran baru. Aku juga sibuk dengan masaalah Bahasa Inggeris. Lantas terlintas kenakalan kami ketika di tingkatan 6 dulu. Masa tu..kami bagi tahu cikgu yg kami tak mahu belajar BI..tapi nak belajar ekonomi. La ni padan muka ku!! Bila masuk IPTA baru terasa pentingnya BI..

Penguasaan BI ku terlalu lemah pada awalnya. Sedangkan student bandar..mereka memang selesa dan mahir bertutur dlm BI. Aku budak kampong yg tak pandai BI ni terasa begitu kecil dan terasing. Namun pada sesi pra diploma tu aku tidak keseorangan. Bahkan ramai lagi rakan yg senasib yg tak pandai BI terutama yg datang dari luar bandar.

Semesta pertama dan kedua kami belajar grammar writing pemahaman komunkasi BI dll. Disamping itu aku juga terpaksa belajar Akaun..matematik dan statistik. Kesemua subjek itu adalah musuhku kerana aku tak pandai dlm kira mengira.

Namun..dek kerana semangat tidak mahu gagal..mahu tak mahu aku terpaksa tempuhi juga. Diam-diam aku berbaik dgn seorang yg bijak dlm matematik yg bernama Mahat budak Johor.. Mahat ni best student matematik dan mendapat Prinsipal dlm STPM..

Untuk BI pula..aku berbaik dgn seorang sahabat yg bernama Faridah. Faridah anak seorang yg berada. Ayahnya berpangkat dato dan ada nama. Tak hairanlah anaknya pandai BI. Namun Faridah..seorang gadis yg baik hati..merendah diri dan suka membantu ku..jika ada tugasan yg diberi dlm BI..aku seakan demam. Kpd Faridahlah tpt aku meminta tolong..

Aku lalui semester pertama dengan penuh semangat walau pun aku berhadapan dgn beberapa masaalah.

Ketika ini aku tak kesah sangat dengan penampilanku. Cukup ke kelas dengan baju kurung yg aku jahit sendiri..bedak baby dan sedikit gincu. Bila belajar malam..kami mendaki bukit menuju ke kelas sebelum naik lift ke tgt 12. Malam cukup aku mengenakan gaun labuh yg ku jahit sendiri..cukup simple sebagai gadis kampong.

Namun..walau pun penampilanku yg tidak seberapa..ramai pulak kumbang yg berkenan. Haha..
Ok tak payahlah aku sebutkan hal tu ye. Biasa lah zaman remaja. Menyukai dan disukai antara lelaki dan wanita tu satu fenomena alam yg biasa. Ia satu perkembangan sihat. Full stop.

Kebiasaannya selepas belajar malam..kami beramai-ramai pi minum kat gerai di tepi jalan raya. Agak meriah di sini dan tak kurang juga dgn pelajar couple. Aku dgn kumpulanku kadang-kadang ke luar kampus bila ada masa terluang..biasa kami ke Kelang.

Waktu ni..ayah mengirim wang belanja sebanyak rm50 sebulan. Kadang kala lebih. Dgn wang tu cukup untukku beli barang keperluan sekadarnya. Tak banyak yg aku nak beli. Aku jarang beli baju..apatah lagi yg mahal-mahal. Solekan pun hanya ala kadar..makan ku ialah di asrama.

Di hari pertama makan di asrama.. aku seakan terkejut. Sbb ku lihat ramai yg tak habiskan juadah. Roti dimakan hanya yg bahagian tengah je. Yg tepi-tepi depa buang. Telor pulak ramai yg tak makan. Ikan pun mereka kurang gemar kecuali ayam pedas. Maka ramailah yg beratur untuk juadah ayam pedas..

Aku lihat je apa yg berlaku dengan penuh kesal. Di kampong kami tak berapa mewah..jarang jumpa roti. Namun di sini mereka pandai pilih. Itu lah hakikat yg aku belajar dan jadikan tauladan..dlm hati..aku bersyukur kerana aku dapat rezeki di sini..

Ok tinggalkan hal tu..

Selepas kira-kira 6 bulan belajar..aku mengambil peperiksaan pertama..kali ni peperiksaan yg rata-rata ada kaitan dgn BI. Susah jugakla org macam aku ni...

selepas berakhir peperiksaan tu
aku pun pulang bercuti dikampong. Ketika ini..seorang demi seorang anak kampong ku berjaya ke IPTA...termasuk maktab perguruan dan sebagainya. Ini termasuklah Ziad Abdullah..Faridah..Yah Mok Som dan ramai lagi. Kesimpulannya ramai yg dah berjaya dan terpaksa melanjutkan pelajaran diluar Kelantan..

Namun..dlm kegembiraan berada di kampong..ada sesuatu yg mengejutkan berlaku kpd ku.

Apakah itu.

Tunggu akan ku ceritakan nanti. In Syaa allah.

Mohon maaf jika tersilap fakta.

Assallamualaikum..
_________________________________________

Haha dah panjang cerita kaknum ni. Harap jgn jemu baca ye..maaf ler jika ada bahasa yg  tak berapa betul. Unuk santai-santai je...

Nostalgia 19 by ZN

Nostalgia 19

Hidup kita ni memang banyak ranjau dan durinya. Berhati-hatilah jangan sampai terbabas. Dan bila kita tersedar jika kita dah tersesat jalan..pulanglah ke pangkal jalan. Banyak-banyak istighfar pada Allah. Mohon keampunan dan rahmat drpdNya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ok petang ni Kaknum nak sambung cerita ye. Ke dah ada yg terlupa dgn cerita Kaknum...harap kekawan sudi baca ye..
__________________________________

Agak lama juga aku menunggu keputusan untuk ke U kali ni. Itu perasaan yg ku alami. Mungkin dlm hati rasa takut. Mungkin juga bimbang. Aku takut gagal untuk ke U. Sekaligus hancurlah harapanku. Aku bimbang apa orang kampong akan katakan nanti. Dah lah ku lari dari Uitm Dungun. Paling aku risau ialah masa depanku..

Dlm hati seolah-olah meratap. Apa akan jadi padaku jika aku kandas. Aku tidak mahu terus-terusan hidup ditakuk lama. Susah..miskin..aku tidak mahu emak ayah kecewa dgnku.

Ya Allah!! perkenankan lah segala hajatku. Hajat kedua ibu dan ayahku...

Dlm pada tu..teringat aku kesah-kesah silam sewaktu belajar di sekolah menengah. Seingat aku masa tu aku dlm tingkatan 3. Entah kenapa mengapa dan bagaimana aku boleh pulak nak bergaduh dgn rakan sekelas lelaki yg bernama Lutpi. Aku hampir-hampir bertumbuk dgn dia dlm kelas. Lutpi budak Kayu Rendang masa tu dgn rambut afronya. Entah apa sebab pun aku sudah lupa. Haha itu cerita zaman kanak-kanak remaja yg manis untuk diingat..

Aku juga sering bersaing dgn seorang lagi sahabat bernama Rainah. Dgn Rainah ni aku bertanding siapa yg dapat nombor terbaik. Biasanya kami dapat gilir-gilir. Kadang-kadang aku tinggi dan kadang-kadang dia tinggi dan aku di bawahnya.

Ok tinggalkan dulu kesah di sekolah. Satu hari aku menerima surat panggilan temuduga. Ia daripada Uitm Shah Alam. Kelam kabut juga aku dibuatnya. Pada hari berkenaan aku pun hadir lah ke lokasi yg ditetapkan. Aku rasa sama dgn dulu iaitu di SIC Telipot.

Rupa-rupnya itu temuduga untuk saringan kemasukanku ke Uitm sekali lagi. Tapi kali ini di Shah Alam Selangor. Kursus yg ditawarkan ialah Diploma Sebaran Am.

Ketika temuduga tu..panel penemuduga bertanya kpd ku kot-kot aku pernah menulis kat mana-mana akhbar dsbnya.. Apa lagi..aku pun jawaplah yg aku pernah menulis. Mereka nakkan bukti penulisanku so aku bagi keratan akhbar yg aku telah pun buat fotokopi..habis temuduga tu aku pun pulang ke rumah..

Menunggu dan menanti..

Dlm hati aku berkata..agaknya memang aku dah tak ada peluang untuk ke UM. Tak apa lah aku redha. Zaman dulu-dulu..kpd sesetengah kursus akan dibuat saringan terlebih dahulu untuk ke Uitm. Ia untuk mempastikan hanya yg benar-benar layak je boleh masuk.

Aku tunggu dan tunggu lagi..

Ketika ini posmen lah kekasih hati yg sentiasa ku rindui. Tak lama posmen bawa surat yg menggembirakan. Aku lulus ujian saringan dan ditawarkan masuk ke Uitm Shah Alam. Alhamdulillah..syukur. Aku dapat terus belajar di Shah Alam. Kiranya dekat-dekat dgn ibu Kota metropolitan yg ramai anak-anak muda teringin nak datang.

Sekian lama aku berhajat untuk sampai ke KL. Tempat yg tak pernah aku lihat secara terus. Orang kata KL tu tempat sibuk..tempat segala-galanya...dan aku dah sah akan ke sana. Bukannya mimpi atau angan-angan lagi..

Emak dan ayah aku utus surat. Nenek datuk dan Pak Da Awang turut gembira. Ayah mengirimkan wang untuk bayar yuran dan aku pun.buat persiapan sedikit sebanyak untuk ke Uitm Shah Alam.

Satu masaalah muncul. Siapa yg nak hantar aku kesana. Adik Azizi masih kecil..datuk nenek tak boleh. Bapa saudaraku juga tak boleh..

Aku berfikir..

Nak tak nak aku terpaksa tebalkan muka lagi. Aku hubungi abang Mat sepupuku yg tinggal di Bangi. Kebetulan isteri dia Sharifah..kawan serumahku sewaktu ketika di SMM dulu. Aku membeli tiket bas dan seorang diri aku ke KL..seingat aku..aku minta abang Mat tunggu di hentian bas Pudu Raya....

Keesukan paginya abang Mat dan Sharifah menghantar aku ke Uitm Shah Alam. Kami ke sana dgn menaiki teksi. Selepas selesai urusan pendaftaran..abang Mat dan Pah pun balik ke Bangi.

Tinggallah aku dengan seribu persoalan di tempat baharu. Bahkan tempat ini agak terasing. Disatu kawasan berbukit..agak jauh dari kawasan bandar. Memang aku agak takut ketika itu. Namun hati berkobar-kobar.

Kali ni aku mesti tamatkan pembelajaranku. Tegas hatiku..

Oya..pada semester pertama dan ke dua aku di letakkan ke program Pra Diploma terlebih dahulu. Di sini semua mata pelajaran aku terpaksa belajar selama setahun..akaunting..statistik..matematik..bahasa Melayu Bahasa Inggeris Agama dll.

Aku pun kurang faham kenapa aku diletakkan dlm Pra Dip tu. Tapi.mungkin ia ada kaitan dgn Bahasa Inggeris. Masuk U kan..kebanyakan subjek yg diajar dlm Bahasa Inggeris..

Mampukah aku meneruskan pengajian kali ini..
Bagaimana aku menghadapi saat-saat sukar apabila tak faham Bahasa Inggeris..
In Syaa Allah akan ku ceritakan.
______________________________________

Setakat itu dulu yg mampu Kaknum coretkan..Mohon maaf jika tersilap fakta. Dlm hidup kita ni..jangan sesekali berfikir yg negatif. Be positif dan In Syaa Allah hasilnya positif jua.

Assallamualaikum..

Sunday, December 24, 2017

Nostalgia 18 by ZN

Nostalgia 18

Ada orang mengeluh..kenapa hati rasa tak tenang. Fikiran gundah gulana. Perasaan bercelaru...jawabnya mudah je. Cuba renung kot-kot ada kesilapan yg telah kita lakukan. Kadang-kadang kita terkasar bercakap dgn ibu bapa. Kadang-kadang kita kerja banyak ponteng. Kadang-kadang tuang solat malah bermacam lagi kesilapan dan dosa kita. Ok dah tahu puncanya..ayuh cepat-cepat mohon maaf. Cepat-cepat bertaubat. Sisihkan karat-karat dosa yg bersarang dlm hati. Maaf dan beri maaf. In Syaa Allah..hati kita akan jadi lebih tenang...alright..petang ni Kaknum nak sambung cerita. Harap sain sobat waris warah sahabat kenalan baca ye..
-------------------------------------------------------
Balik dari Sura Gate Dungun aku terus sambung belajar di sebuah sekolah swasta di Kota Bharu. Di Kelantan ketika tu sekolah swasta boleh dikatakan banyak. Ada yg nama IP..Kadir Adabi..Islah dll. Aku masuk ke tgtan 6 untuk belajar dan ambil STPM sekali lagi.

Di sekolah ni..aku tinggal di rumah sewa tak jauh dari sekolah. Ramai juga kawan-kawanku yg turut belajar di sini. Semuanya berhajat untuk masuk U.

Di sekolah ni..aku mula mengenali pelbagai ragam kehidupan manusia. Ia juga turut membuka mata dan minda remajaku..

Ketika ini hubungan ku dgn dunia pekerjaan PA ku seakan terputus. Aku terputus hubungan dgn bosku Maklum lah..dulu-dulu masih belum ada hand fone. Yg ada hanya public fone. Jika nak berurusan kena hantar surat atau pun melalui telefon awam je.

Aku belajar macam biasa walau pun kadang-kadang ranjau hidup sebagai anak remaja terlalu menekan..

Di sekolah ni..aku juga terlibat dlm aktiviti ko kurikulum seperti berlakun. Aku juga terlibat menyertai bengkel kewartawanan yang dianjurkan oleh seorang guru di situ yg bernama cikgu Alias. Pada bengkel itu..beberapa orang wartawan senior telah dijemput untuk memberi ceramah. Banyak panduan menulis berita dan laporan yg diberitahu..begitu juga cara-cara menghantar bahan tulisan ke akhbar.

Selepas bengkel..aku cuba menulis. Kebetulan tulisan pertamaku terkeluar di dada akhbar Utusan Melayu. Terpampang namaku sebagai penulis. Seingat aku ada beberapa tulisan yg tersiar dan aku gunting yg keluar tu utk disimpan. Selang beberapa ketika..aku mendapat bayaran dari hasil tulisanku.

Wah!! Bagus ni jadi penulis akhbar..aku dapat duit. Tegas hatiku..

Kesibukan belajar membuatku jarang balik kampong. Lagi pun aku nak jimat belanja. Jika terluang aku hanya ke rumah abang Him utk berkawan dgn Nik.

Tiba waktu periksa. Seperti biasa aku menjawab soalan. Satu kertas ke satu kertas. Akhirnya selesai STPM kali ke dua ku..dah selesai semuanya aku pun pulang ke kampong meneruskan aktiviti biasa..

Ketika ini..nenek ku dah makin berusia. Datukku juga kian di mamah usia. Namun keduanya masih meneruskan aktiviti tradisionalnya...berkebun..tanam padi..berniaga di pekan. Kadang-kadang jika rajin datuk ku turun ke sawah jerkap ikan..

Ketika ini..rumah yg aku berteduh ketika kecil sudah tiada. Aku masih ingat..didepan rumah ada pokok cermai. Di kanannya ada pokok jambu di tepi jalan. Ruang depan rumah tu..dipenuhi pokok-pokok bunga berwarna kuning. Sekeliling rumah..aku tanam pokok-pokok cili. Ketika remaja..aku rajin tanam pokok. Kesemua pokok tu aku siram dgn air perigi yg aku angkut dgn baldi.

Ketika ini..rumah tu telah tiada. Yg segar ialah kenangan..

Kenangan bila aku..emak dan adik bernyanyi-nyanyi ketika bersantai bersama..kenangan apabila ayahku terjerumus kakinya di dapor akibat terpijak lantai yg reput..kenangan enaknya makanan yg emak sajikan bila aku balik dari sekolah..walau pun ia sekadar ikan rebus ulam dan sambal jantan...semuanya terpahat disanubariku..

Tiba waktu STPM diumumkan...aku sekali lgi mendapat 3P 2S. Adui susah jugakla nak cemerlang dlm STPM ni. Jerit hatiku. Aku seakan cemas. Ingin give up. Namun aku kuatkan semangat untuk isi UPU dan Uitm. Kali ni aku berserah kpd takdirku. Jika aku gagal untuk ke UM pun aku redha...

Seingat aku..aku pernah mohon masuk maktab perguruan. Namun aku kandas dlm temuduga. Mungkin aku tak cekap menjawab soalan panel penemuduga. Atau mungkin kerana personalitiku yg tak sesuai..mcm-mcm yg aku fikir. Namun aku berserah dan berdoa moga-moga kali ni Allah makbulkan hajatku dan ke dua ayah dan emak..

Berjayakah aku untuk ke UM...In Syaa Allah akan aku ceritakan nanti. In Syaa Allah..
------------------------------------------------

Itu je yg dpt Kaknum tulis kali ni. Masa agak suntuk so Kaknum tak leh karang elok-elok. Mohon maaf ye jika ada yg tak tepat.

Jom solat dulu..

Assallamualaikum. .

Nostalgia 17 by ZN

Nostalgia 17

Pagi Sabtu yg dingin. Cuaca pun agak mendung. Kaknum masih lagi batuk-batuk. Namun redha je la. Sakit demam tu kan Allah nak bahagi pahala kat kita. Oya seronok dengar khabar pagi ni orang-orang kampong kaknum berpakat nak buat gotong royong. Terima kasih cikgu Wel..Ismail Latiff dan Saifuddin Abdullah yg bersungguh-sungguh dlm hal ni. Teringat kg halamanku. Apa kata kaknum bercerita sikit ye..kekawan baca ye..
________________________________________

Yang dah pergi tak kan kembali lagi. Namun yg kecil pasti membesar dan dewasa serta beranak pinak bercucu dan bercicit. Yg terpaksa meninggalkan kampong kesayangan pun ramai. Aku..adikku Azizi Noh..Ziad Abdullah dan ramai lagi. Jika nak dikira satu persatu memang tak cukup helaian. Haha..

Namun..jauh disudut hati..aku sayang dan rindukan kampong halamanku. Tempat kami membesar..mengenal erti hidup dan yg mengajar kami erti tabah. Sekali sekala kami berkumpul terutama ketika aidil fitri.

Jika dihitung..banyak perubahan yg berlaku. Jika sebelum ni jalan sempit tidak berturap. La ni jalan dah bertar. Jalan di tali air juga di tarkan. Seingat aku ketika Tan Sri Annuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar..kebanyakan jln ditebing tali air telah ditar. Bukan tpt aku je. Tpi hampir keseluruhan terlibat.

Lampu-lampu jalan turut dipasang. Satu darinya dipasang betul-betul di tepi laman rumahku...satu lagi di pasang dekat jambatan tempat orang-orang muda bersantai...

Oh kampong ku..

Cuma yg aku ralat..dari dahulu hingga sekarang kampong ku belum dibekalkan air bersih. Oleh itu kesemua orang-orang kampong terpaksa guna air perigi atau air yg di pasang tube dan disedut dengan enjin penyedut..

Ok itu kesah kampong ku. Berbalik kpd kesahku pulak. Debaran menunggu keputusan untuk masuk U semakin terasa. Namun aku gagal untuk ke Universiti Malaya. Apalah sangat keputusan yg aku dapat cuma setakat ala-ala kadar. Aku belum layak. Aku termenung mengenang nasib. Aku sedih. Aku nak tinggalkan kampong ni untuk belajar..perasaanku untuk pergi kian membuak-buak...

Tak lama aku terima panggilan untuk menghadiri satu ujian. Lokasinya di SIC Telipot. Bergegas aku ke sana. Sebenarnya aku akan menghadiri ujian saringan melukis. Ini kerana aku telah memohon untuk masuk ke Diploma Arts & Design kat Uitm.

Dek kerana aku mendapat Prinsipal dlm subjek lukisan..aku pun mohon lah kursus tu kat Uitm. Yg sebenarnya aku pun kurang pasti sangat dgn Diploma tu. Namun dlm ujian melukis tu aku cuba buat dgn sebaik mungkin. Berbekalkan bakat yg Allah anugerahkan dgn sepenuh jiwa raga aku lukis apa yg diarahkan oleh para panel.

Selang beberapa ketika aku menerima keputusan. Aku diterima masuk ke Uitm dlm Diploma Arts & Design. Kampus tempat aku ditawarkan belajar ialah Uitm Dungun Terengganu...

Alhamdulillah...aku seronok menerima khabar itu. Ayah dan emak di Sabah aku utus surat...

Persiapan ala kadar untuk keperluan aku dikampus nanti. Aku bakal bergelar mahasiswa Uitm. Tiada ayah untuk menghantar. Namun Pakda Awang iaitu bapa saudaraku dengan rela hati ingin membantu. Pakda mencari teksi untuk ku ke Dungun Terengganu..Pakda..aku dan seorang kawan bertolak ke Dungun pada awal pagi..

Perjalanan agak lama. Kami tiba di Dungun dah petang. Selepas aku mendaftar masuk..Pakda Awang balik semula ke kampong meninggalkan aku terkontang kanting belum ada kawan.

Kampus Uitm Dungun di Sura Gate berada dekat dengan kawasan pantai. Banyak pohon-pohon rhu cantik dan daunnya bunyi semacam apabila ditiup angin pantai. Asrama kami berbentuk sebuah rumah dan berbilik-bilik. Dlm bilik ada katil. Aku mula mendapat kawan..

Ketika kami dlm proses mendaftar diri..kedengaran petikan gitar dan nyanyian drpd pelajar-pelajar senior. Lagu Guan Tana Mera..masih ku ingat. Namun tajuk sebenar aku tak pasti. Ia seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami..Itu antara yg aku dengar. Sekarang aku bukan bermimpi. Aku benar-benar berada di kampus..bukan lagi di kampong.

Hari pertama aku di bilik asrama..kami bercampur. Ada dari negeri Selangor dll. Ada seorang tu khabarnya ibunya dan bapanya calang-calang orang.. Maka bahasa yg digunakan ialah bahasa Inggeris. Rata-rata student pada hemat ku pandai berbahasa inggeris. Tapi aku ??

Kebetulan budak tu macam terkena tekanan perasaan. Tak mau turun makan dan keluar. Kekawan sebilik minta aku baca Yaasin dan airnya diberi kpd budak tu. Aku agak-agak dia homesick..itu antara gelagat pertama kekawan ketika aku berada di kampus Uitm Dungun.

Selepas itu aku semakin ramai kenalan..

Minggu pertama sebagai pelajar baharu berakhir...

Aku mula masuk kelas. Banyak juga subjek aku kena belajar. Salah satunya percetakan..bila masuk bengkel printing aku jadi kurang berminat. Jiwaku tertekan. Minyak hitam untuk cetak tu aku tak suka. Perasaan tu seakan terbawa-bawa...dari sini minatku untuk belajar di situ semakin kurang.

Ketika ini timbul semula ingatan untuk ku sambung belajar untuk ambil sekali lagi STPM. Kebetulan sebelum diterima masuk ke Uitm Dungun..aku telah pun mendaftar ke sebuah sekolah swasta untuk STPM kali ke dua. Aku berfikir dan berfikir...

Cuti semestar pertama seingat aku..aku terus balik ke Kota Bharu. Aku nekad tak mahu lagi belajar di Uitm Dungun. Lantas aku ke sekolah swasta itu..Aku nak ambil STPM. Aku nak masuk UM. Hatiku berkata-kata. Aku balik dan tak pergi-pergi lagi ke kampus. Kawan-kawan dikampus tertanya-tanya..begitu juga dengan pensyarah...

Orang-orang kampong tertanya-tanya. Kenapa dan mengapa tiba-tiba aku lari balik dari kampus. Apa kesalahan yg telah aku lakukan. Atau apa perancanganku seterusnya...agak-agak begitulah dlm hati mereka. Semuanya aku terima...

Apa jadi dgn nasibku selepas itu.
Adakah aku berjaya kali ni..
Atau macam mana...

Kekawan nak tahu tak? Jika nak tahu sila bgi komen yess ye...!! In Syaa Allah akan diceritakan nanti.
___________________________________________

Nampaknye hujan dah mula turun lagi. Pesanan Kaknum jangan sesekali mencari musuh ye. Kita tak elok saling bermusuh. Jika selisih faham tu..cepat-cepat lah minta maaf. Tak rugi pun. Malah sifat tu ternyata lebih baik. Jgn simpan dendam ye. Ia akan jadi barah dan makan diri sendiri. Seeluknya beri maaf. Berlapang dada atas kesilapan orang lain. Jadilah insan yg berkualiti kpd diri..keluarga rakan-rakan..agama bangsa dan negara kita..

Assallamualaikum..

Nostalgia 16 by ZN

Nostalgia 16

Wookeh..dah 3.11 petang. Orang tua-tua pesan tak elok tidor petang-petang terutama lepas makan. Yg eloknya  kita tidor sejenak waktu tengah hari spt yg nabi kita buat. Ia untuk rehatkan minda dan fizikal kita utk tempuhi jam-jam berikutnya. Qailullah juga membantu kita jadi kuat terutama yg nak bangun solat sunat pada sepertiga mlm. So untuk hilangkan rasa nak tidor..Kaknum rasa nak bercerita lah. Jom baca cerita Kaknum yg tak seberapa ni ye..
__________________________________________

Berulang alek dari kampong ke bandar..itulah yg aku terpaksa lakukan demi mencari rezeki. Jika malas berjalan kaki dari rumah datuk ke jln besar..aku minta tolong sepupuku Udent atau Azmi hantar dgn membonceng motosikal. Aku ke Kota Bharu naik bas..

Jalan ke kampongku ketika ini lebih elok berbanding ketika aku masih bersekolah rendah. Ketika dulu..jalan kampong belum bertar. Ketika hujan ia akan menjadi lecak dan berselut. Aku masih ingat ketika ke sekolah pada musim tengkujuh..aku sanggup berjalan dengan berkaki ayam kerana tak sanggup biarkan kasut sekolah ku kotor terkena selut.

Tiba di jln besar..aku cari perigi untuk bersihkan kaki sebelum pakai kasut sekolah. Biasanya aku singgah di kedai mak ji di persimpangan jln untuk mencari telaga.

Ketika ini taraf hidup orang-orang kg agak lebih baik. Bahkan dah ada yg mampu membeli motosikal...masa ni yg mampu beli kereta pun boleh dibilang dgn jari. Kebiasaannya mereka daripada kalangan org-org yg bekerja makan gaji. Salah seorang drpd mereka suami Hj mek tu. Aku sering terserempak dgn dia yg menaiki kereta ketika aku berjalan kaki balik dari sekolah..

"Tok leh muat doh..tayar ggessek"...itu yg dia cakap ketika terserempak dgn aku. Aku angguk je kepala. Aku faham..keretanya pun bukannya kereta baharu sgt...namun jauh di sudut hati...aku teringin sangat untuk naik kereta. Lebih-lebih lagi ketika aku dah penat berjalan kaki dlm bahang panas dan perut yg kelaparan...In Syaa Allah..suatu hari akan aku miliki keretaku sendiri..pujuk hati kecilku..

Mentaliti orang-orang kg juga aku lihat dah semakin berubah. Masing-masing dah mula dorong anak-anak belajar. Bahkan semacam ada pertandingan pula. Anak siapa yg dah berjaya dan dpt masuk U. Bermula dgn sepupu ku Alwi yg masuk UM..cikgu Wel yg terpilih belajar di sekolah tersohor di luar Kelantan dan seterusnya masuk maktab perguruan...

Seorang demi seorang anak-anak kampong ku melakar kejayaan. Malah..ada yg berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi. Bermakna..seorang demi seorang..anak-anak muda di kg ku yg terpaksa keluar..meninggalkan emak ayah adik beradik..kawan-kawan dan keseronokkan suasana kg.

Sekaligus suasana kg menjadi seakan semakin sepi. Yg tinggal orang-orang yg agak banyak umurnya meneruskan aktiviti tradisi menanam padi berkebun menoreh getah dan menternak..

Bagi yg dah berumur pula..seorang demi seorang terpaksa pergi menyahut panggilan Ilahi. Bermula dgn Pak Teh Latiff..kaknik mek..mok Sar dll...

Kemeriahan hanya kembali ketika musim raya Aidil Fitri dan Raya Aidil Adha. Masa ni ramailah anak-anak muda berkumpul di jambatan menantikan tiba waktu berbuka puasa atau pun ketika solat sunat raya. Ibu ayah lah paling seronok kerana anak-anak semua dpt balik meraikan hari raya bersama-sama..

Ok berbalik kpd nasibku yg mula belajar erti bekerja makan gaji... Aku terus bekerja dan bekerja. Segala arahan bos aku turuti demi tugas. Waktu ini badanku agak susut mungkin aku dah pandai jaga badan...atau pun aku mungkin nak jimat duit.

Satu hari aku  bergambar yg menampakkan susuk tubuhku yg semakin mengecil. Aku poskan sekeping untuk tatapan ayah dan emak yg jauh diperantauan. Aku ingat mak suka apabila dpt menatap wajah anak sulung kesayangannya. Namun..sebaik buka sampul surat dan menatap susuk tubuhku yg kurus..emak cukup terkesan...

Mak sedih sekali. Mak tanya kenapa aku jadi begitu kurus. Adakah aku tak cukup makan. Atau aku dilanda masaalah..itu lah naluri seorang ibu...emak sebak menatap gambarku..dia yg mulanya nak beli barang-barang dapor di pasar Tagasan..terus balik rumah. Tak terbeli apa-apa pun. Aku tahu emak rindukan aku dan adik Azizi...

Lama juga aku bekerja sebagai PA kpd seorang taukeh kereta...ditakdirkan dlm diam-diam bos menaruh hati kat aku. Kadang-kadang bos luahkan perasaannya. Aku malu tersipu-sipu. Apalah yg aku nak cakapkan sbb bagiku aku belum betul-betul matang untuk menilai perasaanku sendiri..

Aku mengutus sekeping surat buat ayah...

"Ayahanda...bos sekian-sekian nak masuk meminang anakanda. Sebagai isteri kedua. Apa pandangan ayahanda. Harap ayahanda bgi jawapan"...begitulah agak-agak isi surat aku kpd ayahku di Sabah.

Selang beberapa minggu...ayahku menjawab surat yg ku hantar...

"Ayahanda belum berminat bermenantukan orang yg sebaya dgn ayahanda"...demikian ayahku menulis. So aku pun terima keputusan ayah dgn rela hati.

Bagiku..masih jauh lagi perjalanan untuk ku mengejar cita-cita. Aku ingin terus belajar. Aku ingin ubah nasib keluarga dan diriku sendiri. Walau pun bosku orang kaya...namun aku perlu berusaha sendiri. Itulah namanya perjuanganku..untuk diri dan keluarga..

Keputusan STPM pun diumumkan. Aku mendapat 3 Prinsipal dan 2 Subsid. Kurang berpuas hati. Namun aku terima ketentuan itu. Mungkin aku tak cukup gigih. Mungkin aku main-main. Atau mungkin itu dan ini..

Namun..aku tetap cuba nasib mohon ke U. Aku isi borang UPU dll. Dlm hati aku berdoa dan mengharap. Satu pengharapan tak yg kunjung padam...

Adakah aku berjaya ke menara gading yg amat aku dambakan?

Bagaimana kesah perjalanan hidupku seterusnya.

Jika adik-adik..anak-anak waris warah berminat nak tahu..In Syaa Allah akan ku ceritakan nanti.

Mohon maaf jika ada fakta yg tak selari dan bahasa yg tak betul ye..
___________________________________________

Haha..sebenarnya Kaknum terus tulis cerita ni spontan dari hf ni ha. Sbb tu byk typing error. Mata pun dah berpinar semacam.

Akhir kata pesan Kaknum..jgn mengeluh jika nasib kita tak mewah spt org lain. Kita ada bahagian kita. Mereka ada bahagian mereka. Semua tu dah pun Allah tetapkan. Terimalah dgn berlapang dada. Fikir yg baik-baik je. Usaha ikhtiar dan doa. Itu sebaik-baiknya.

Assallamualaikum. .